‘Weh ko ambik baju aku eh?’ pappp. Aku tampar adik aku nombor 7. Meraung la dia. Tak lama, 5 saat je aku kena pap papp papppp dengan abah. Hahaha. Kecik besar aku pandang adik aku.
Yes, aku memang bengang bila adik-beradik aku pakai barang aku tak minta izin. Petang semalam, baru je kakak aku nombor 3 masuk hospital. Sebab dia panjat pokok lepastu tergelincir, terseliuh kaki. Abah tambah dengan sebatan getah paip. Mendapat.
Kalau nak tahu, adik-beradik aku menang rekod ke hospital berulang kali. Ade yang sebab jatuh pokok, sebab kena langgar motor, sebab kaki berkudis main air hujan, macam-macam la sebab nya. Sudahnya, memang mak dengan abah aku pandang kitorang kecik besar je, hahaha.
Meh aku cerita kenapa kakak sulung aku, nombor 1 bukan je dalam adik-beradik tapi nombor 1 jugak dalam kena libas. Kesian dia. Kalau kitorang main, ade yang luka, patah, benjol, memang dia kena sebat, libas, marah. Tapi, jangan ingat dia diam. Memang lepastu berkejaranlah dia nak libas kitorang pulak.
Eh kenapa aku dari tadi main nombor? Sebab adik-beradik aku 9 orang, 3 lelaki. Satu ibu dan satu bapa. Yes, sebab tu la abah yang bekerja sebagai tentera dan mak yang bekerja sebagai guru tak menang tangan. Keduanya sangat penyayang sebenarnya, cuma sebab kami ni nakal belaka, mana tak pening orang tua tu.
Tu cerita zaman kecik. Bila dah besar, alhamdulillah ramai yang masuk universiti dan kerja tu okay juga. Ada yang bergelar ustaz, tentera laut, buka restoran sendiri, ada yang peguam, aku sendiri sekarang bergelar pengurus kanan di sebuah syarikat luar negara. Kegembiraan zaman kecik takkan kami dapat lupakan.
Abah dah semakin berumur. Semakin kami dewasa, dia semakin penyayang. Dah takde dah marah kan kami hehe. Sebab dah habis zaman nak nakal kot. Abah masih akan peluk cium walaupun kami dah tua bangka. Dan kami tak segan walau depan kawan. Sebab itu abah kami, ketua keluarga kami.
Mak pula, seorang yang berjiwa besar, selalu berlapang dada, lembut je, kalau abah marah, dia mesti urut dada abah and suruh kitorang masuk bilik. Mak la hero hehehe. Dia selalu tenangkan bukan je abah, tapi kami semua.
Daripada kecik sampaila besar, mak jadi bff kami semua. Sebab tu bila aku tengok akak atau abang aku marah anak2 diorang nakal, aku terfikir macam mana lah abah dengan mak hadap perangai nakal kami semua. Ramai tu 9 orang.
Aku belajar erti hidup daripada orang tua aku. Adik-beradik aku juga bff aku sejak kecik. Takde rahsia antara kami. Aku belajar mengurus kewangan dengan mak, belajar displin dengan abah. Macam mana mak dan abah yang bergaji tidak terlalu banyak, menyara kami semua yang kuat makan, aku godek bagaimana caranya.
Zaman universiti, aku juga macam sesetengah dari kita, aku jual topup, jual nasi lemak RM2 bila cuti semester, aku join MPP, pergi jadi anak angkat untuk program universiti untuk tingkatkan soft skill, aku jarang balik sebab ticket flight mahal. Aku masuk kelab debat sebab nak berjalan-jalan tengok universiti orang hehehe, selain mengasah skil komunikasi.
Berdikari di tempat orang buat aku jadi keras dengan lelaki. Kepercayaan abah tu utama, bukan senang dia nak lepaskan aku belajar jauh. Kawan biasa ramai, yang berhasrat lebih2, aku tolak dengan baik. Tolakan tu sampaila sekarang, belum berjodoh lagi. Doakan ya.
Satu je aku nak cakap, gaduhla macam mana pun dengan adik-beradik, atau terasa hati dengan mak ayah, jangan pernah merajuk lama. Sebab mak abah atau adik beradik kita, kita tak tahu sampai bila je akan dipinjamkan kepada kita. Dah call mak ayah awak semua harini? :)
– Suri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit