9 Sebab Mengapa Aku Belum Kahwin

Assalamualaikum semua. Aku perempuan single berumur 27 tahun. Tak pernah bercinta dan belum berkahwin. ‘Chill lah sis, baru 27 tahun.’ Tak kisahlah kalau ada yang nak cakap macam tu. Tapi kali ini aku hanya nak tulis dan mungkin minta pendapat jugaklah dari pembaca semua.

Bukan nak cakap pasal ‘belum berkahwin’ tu, tapi nak cakap pasal ‘tak pernah bercinta tu’. Aku ada ramai kawan sebaya yang single jugak, obviously la kan. So bila kami jumpa, sudah semestinya topik hangat perbualan kami ialah pasal jodoh dan kahwin.

So bila berborak, aku akan tanya kawan-kawan, ‘at least mesti ada orang pernah minat kau or cakap dia suka kau kan?’ Dan jawapan kawan-kawan aku, semestinya ‘YA’. At least sekali dalam hidup diorang, baik di bangku sekolah/university atau alam pekerjaan, pasti ada orang yang minat, suka dan cuba tackle diorang. AT LEAST SEKALI.

Tapi guys, kalau korang bagi soalan tu kat aku, jawapan aku ialah ‘TAK’. Dan ya, aku tak tipu kat sini, memang TAK. ‘Mungkin ada je yang suka, tapi tak cakap kat kau.’ Sebab tu aku cakap TAK, sebab kalau dia bgtahu aku takde la aku tulis confession ni haha. Yang jelas zahir di mata dan telinga aku, TAK pernah ada yang cakap dia suka aku.

Bila aku cakap kat kawan-kawan, diorang pun terdiam. Diorang pun fahamlah, aku bukan nak humble ke atau pura-pura innocent, tapi aku memang ikhlas cakap, TAK pernah ada orang approach, minat, suka apatah lagi tackle aku sepanjang 27 tahun ni.

Tujuan aku terus-terang gitu kat kawan-kawan bukan nak suruh diorang simpati, apatah lagi nangis sedu-sedan. Tapi more like, aku nak jawapan kepada ‘kenapa tak pernah ada orang suka, minat, approach or tackle aku?’ ‘Adakah salah cara aku berkawan, berkomunikasi dengan orang selama ni?’ ‘Ada yang tak kena ke dengan life style aku ni?’ Lagi satu aku nak solusi dari belenggu aku ni. Sebab tu aku tebalkan muka cerita kat kawan. Kat korang aku tak tebal muka la sebab kita tak saling kenal. Haha.

So aku cuba listkan perkara-perkara yang mungkin jadi sebab, dan mungkin jugak bukan sebabnya. Haha aku pun tak tahulah. Mungkin dengan menulis ni aku dapat analisis diri sendiri, dan korang pun boleh tolong analisis sekali dan bagi aku solusi. Kalau bukan solusi pun nasihatlah.

1. So first thing first, FAMILY aku.

Pengalaman membesar dan zaman sekolah setiap orang ni berbeza kan. So circle of friend setiap orang pun berbeza. Al kisahnya aku, baik pengalaman di sekolah dulu dan pengalaman di rumah, aku memang membesar dalam suasana yang ‘kawan sekeliling aku tak ada pakwe’ dan ‘adik-beradik aku pun taka da pakwe makwe’.

Dan tambah lagi ‘mak ayah pun tak pernah pula galakkan cari pakwe/makwe masa sekolah/belajar dulu.’ Yupp, itu environment aku membesar. Abang aku ade la die kenal2 online gitu, tapi kitorang tak pernah dengar dia ada steady girlfriend. Last2 kahwin mak aku carikan. Kak aku pulak sekolah perempuan, masuk A-Level pun kawan2 lelaki semua non-muslim. Dia masuk university pun, asyik hang out dengan housemates dia, tak pernah ada boyfriend jugak.

Adik perempuan aku pun sama. Dia kira cantik la jugak berbanding kitorang. Pun takde boyfriend sampai sekarang. Lol. Mak ayah aku tak pernah larang pun. Tapi entahlah, dah jadi culture kitorang pulak, secara tak sedar. Mungkin culture ni tak triggered aku untuk ada pakwe, tapi adakah ia triggered lelaki-lelaki untuk tak approach aku jugak. Tak kan?

2. Aku budak sekolah agama, tapi cakap dengan lelaki pandang je mata.

Aku kira background sekolah agama la jugak. Aliran pun aliran agama. Tapi aku bukan mereka yang cakap dengan lelaki belakang pintu bisik2 tu, tak ye. Aku biasa je. Aku cakap dengan budak lelaki dulu macam biasa je. Dan budak lelaki sekolah aku pun tak ekstrem sangat tunduk lantai bagai. Aku bergaul macam biasa, tapi takdelah sampai hang out pergi makan pergi koperasi sekali, main basketball sekali ke apa takdelah.

Ikhtilat jaga macam biasalah. (Untuk yang tak tahu, Ikhtilat tu maknanya pergaulan lelaki dan perempuan ya. ) Masuk university pun sama. Berlambak kawan lelaki, senior lelaki. Tapi tulah. Diorang semua KAWAN jelah. Tapi aku rasa bezanya waktu university mungkin aku secara tak sengaja ter’set’ mind aku untuk jadi budak perempuan yang mereka selesa untuk berkawan. Faham tak? Aku ter’set’ mind aku untuk jadi budak perempuan yang mudah didekati.

Aku suka kalau diorang rasa fun borak dengan aku. Haa gitu. So secara tak sengaja aku telah mengfriend zonekan diri sendiri. Tanpa sedar. Haha. Tapi kan, kalau aku friend zone diri sendiri pun, kalau ada yang suka je kat aku, akan suka jugak kan? Betul tak guys. Aku tengok ramai je yang sangkut dengan kawan U, senior kat U. Pokoknya, tak adalah pulak diorang suka aku. Aku suka diorang ade la. Biasalah kan crush2 ngan kawan dan senior ni kan. Tapi akhirnya ‘crushed’ begitu saja. Ahah.

3. Wait, wait. Cuba kau cakap kat crush tu yang kau suka dia. Mana tahu dia pun suka kau jugak?

Hahaha. Eh kenapa gelak. K. Sebab alkisahnya, bab-bab make the first move, confess semua ni, aku dah makan garam dulu dah *flip tudung. K gurau. Takdelah makan garam apa pun, tapi nak cakap aku dah pernah buat dah. Korang rasa, kalau dah tak ada orang cakap dia suka aku, takkanlah aku tak cuba make the first move dulu kan? Aku dah pernah dah. Kat sekolah pernah, dah dewasa pun pernah.

Masa sekolah dulu mungkinlah korang consider itu cinta baboon kan (walhal bagi aku ia taklah berapa baboon sgt), tapi setahun dua yang lepas punya cerita takkanlah cinta baboon jugak weh. Kita tolak tepi cerita sekolah tu, tapi ni cerita setahun dua yang lalu. Aku pernah je cakap aku suka kat crush aku. Ni bukan crush acah-acah ajak couple. Aku time tu dah 25-26, agak serius la fikir pasal kahwin. Aku consider lelaki tu seperti consider calon suami bukan calon pakwe. Baik orangnya. Tapi tulah, masalahnya dia tak suka akulah. Haha. End of story.

Oh ya, sebelum orang ni pun ada orang lain aku confess jugak. Tapi sad ending jugaklah. Kawan-kawan aku semua cakap baguslah, beranilah ape la. Hmm tapi entahlah. Mungkin aku jenis macam tu kot. Aku rasa unsettled kalau tak tanya, tapi aku kena bersedia dan terimalah kalau kesudahannya tak seperti yang diharapkan. Aku baca vlogger/ speaker tersohor Aiman Azlan pun cakap benda sama. Kalau suka, tanya je. Kalau ya jawapannya, lorongkah hubungan tu ke arah yang betul. Kahwin. Kalau tak, move on. Ya MOVE ON. Easier said than done, but miraculously it is not impossible at all.

4. A friend of mine once said yang muka aku ni memang muka ‘tak nak ada pakwe’. ‘No, don’t approach me, I’m not ready’-kinda face.

Ketahuilah bahawa, bila kawan aku sebut macam tu, aku terkejut sangat. Tak pernah terlintas pun kat fikiran aku untuk ada feeling macam tu or buat muka macam tu. I’m always open and welcome any relationship except for LGBT. :P Aku tak pernah tolak ideology kahwin, baik cinta sebelum kahwin mahu pun selepas kahwin. Zaman-zaman baru nak up dulu memanglah rasa macam ‘wah bestnya cinta lepas kahwin. So sweet’. Tapi bila dah makin dewasa ni, aku serba sedikit fahamlah konsep kedua-duanya. Sometimes bukan situasi yang membentuk kau, tapi kaulah yang mencorakkannya sendiri. Cewahh.

Faham ke? Maksud aku, manusia berubah dan cara hidup pun berubah. Kau yang sebelum kahwin tak menentukan pun siapa kau lepas kahwin. So berbalik pada point no 4. ni, aku jujurnya tak tahu kenapa kawan aku cakap macam tu. Mungkin aku masih terbawa-bawa dengan perangai ‘nak jadi kawan perempuan yang fun’ tu ke? Atau pun, kalau dia bukan cakap pasal ‘real life’, so dia maksudkan life aku on social media can be read as ‘single and proud’ ‘single and happy’ ke? Aku tak pernah pulak buat caption sedemikian, tapi aku juga bukan perempuan yang meroyan pasal jodoh kat social media. Lol.

Lepas kawan aku cakap macam tu, tiap kali aku tengok cermin aku perasan muka aku kurang senyum. Aku curious betul dengan expression aku bila kat luar rumah dan ofis. Adakah muka aku sombong atau derita? Lol. Bila aku teringat pasal ni, aku cuba la untuk senyum dan maniskan raut wajah. Tapi most of the time aku lupa. Yalah, takkan aku nak senyum sorang-sorang tanpa reason. -.-“ So aku rasa dilemma tak ada orang approach aku tu, sampai sini je kot. Seterusnya ni mungkin lebih berkait kepada ‘kenapa aku belum kahwin lagi’.

5. Hang out with the same circle of friend.

Haha this is so true. Ye lah. Aku rasa ni pun antara punca. Alih-alih muka aku masuk Instagram kawan aku dan muka kawan aku masuk Instagram aku. Muka yang sama je. Dan semua pun all single ladies lols. Sometimes la hang out pulak dengan young moms. Kitorang pun yang sama-sama single ni aware je dan cuba cari solusi. Nak buat cane, orang Kelantan cakap ‘tok pandai gewe’, tak pandai ada pakwe semuanya.

So kitorang rasa one of the solution is to create a new hobby or change the way we enjoy our hobby up until now. Maksudnya, kalau tak ada hobi memang kena cari hobi dan join kumpulan yang mempunyai hobi yang sama. Kalau dah ada hobi, tukar cara enjoy hobi tu. Contohnya kalau suka travel, dari travel dengan circle of friend yang sama, join group travel dengan strangers. Sebabkan hobi aku ialah travel, aku tengah usaha ke arah join group travel la ni. Sebab selama ni aku suka buat trip DIY je, tak pernah join group travel melainkan time umrah la.

6. Jawapan yang aku selalu dapat dari religious/motivational talk about being single.

Jawapan itu ialah, mungkin Allah masih nak bantu aku baiki hubungan aku denganNYA dan ibu bapa. Betul. Aku setuju je. Aku pun dapat rasa yang hubungan aku dengan mak ayah pun bengkak-bengkok lagi. Dengan Tuhan, lagilah. Mungkin Allah nak suruh aku buat pahala lebih sikit, berbakti dulu kat mak ayah, belajar untuk kurang sakitkan hati diorang sebelum ada suami sendiri. Mungkin Allah sedang test aku, sejauh mana aku akan minta sungguh-sungguh dengan dia untuk dapat jodoh. Aku pun perasan sebenarnya, betapa kurangnya aku berdoa tentang jodoh.

Aku bukan tak nak doa pasal jodoh, tapi aku kadang-kadang rasa malu nak minta doa kurniakan aku jodoh. Aku malu dengan Allah. Sebab banyak lagi doa lain yang aku rasa aku perlu utamakan, macam minta diampunkan dosa yang banyak ni, dan macam-macam lagi. Tapi at one point aku cubalah juga istiqamahkan doa jodoh tu. Bulan puasa ni pun aku segan nak minta doa jodoh. Aku takut Allah tak terima puasa aku, jadi aku banyakkan doa supaya Allah terima puasa.

Kadang-kadang aku rasa doa aku pasal jodoh ni macam bermusim je. Contohnya bila aku ada crush atau pun masa aku pergi Mekah dan balik dari Mekah. Betullah kalau orang cakap, sometimes manusia akan ingat Allah hanya bila they are at lowest point. Time aku sedih kena reject dulu, memang banyak la minta doa pasal jodoh. Ditenangkan hati dan diredhakan hati. Time pergi umrah, sebab aku tau doa mustajab, aku banyakkan doa jodoh. Tapi lama-lama lepas tu stop balik.

Orang cakap, kalau nak sesuatu kena sentiasa minta tanpa henti. Aku rasa Allah belum kurnia jodoh tu, sebab mungkin DIA pun nampak aku masing tak bersungguh2 doa pada DIA siang malam. Macam tu jugak baiki amalan dan diri. Allah tak nampak lagi usaha aku untuk baiki amalan dan diri, supaya nanti dapat baiki atau didik suami dan keluarga pula. Mungkin Allah masih nak didik aku hormat mak ayah sebelum dia hantar suami dan mertua yang perlu aku santuni pulak.

7. Timeline setiap orang berbeza.

Ya. Ni lah jugak penguat semangat aku untuk lalui hidup single ni. Haha. Kalau kawan aku kahwin umur 24, ada anak kedua umur 27, dapat master umur 26, adakah aku juga kena buat benda sama. Tak. Timeline aku ialah pada umur 27, aku ada mak ayah yang masih sihat dan pekerjaan tetap yang stabil. Alhamdulillah. Tu timeline aku. Timeline kawan aku mungkin dapat kahwin umur 25 dan beranak dua, tapi masih struggle perbaiki hubungan dengan mertua. Timeline kawan aku mungkin dah tengah buat phd di umur 27 tahun dan dalam masa yang sama mengurus rumah tangga yang baru dibina.

Orang kata all we need to do is to just walk and live our timeline. Yang penting sekali ialah syukur. Syukur dengan apa yang kita ada dan juga yang kita tak ada. Kalau nak banding dengan orang sampai bila pun tak sudah. Tapi aku pun manusia jugak. Kalau dua tahun lepas newsfeed aku penuh dengan kawan-kawan yang ‘just married’, tahun ni newsfeed aku penuh dengan kawan-kawan yang buat hashtag #babyAkindysjourney #babyFgoestoschool haha. Of course aku pun nak ada anak, tapi aku pun perlu yakin dengan janji dan perancangan Allah kan.

8. Allah masih nak pelihara.

Yang ni pun aku selalu dengar dan baca. Couldn’t agree more. Allah lebih tahu tahap tolerance aku dengan relationship dan commitment macam mana, which aku sendiri pun maybe tak tahu. Berapa ramai yang kecewa dengan relationship yang tak ada hala tuju ni. Jujurnya aku tak pernah pasang niat pun nak couple2 acah2 ni. Aku confess kat orang pun bukan niat nak ajak couple main2. Sebab aku kenal kawan-kawan yang couple bertahun-tahun ni. Seksanya lelaki bila nak kahwin tapi tak ada duit. Seksanya perempuan tunggu lelaki ada duit dan bersedia.

Aku memang dari mula pasang niat nak build relationship yang janjikan perkahwinan la. Tapi tetap Allah masih belum kurniakan rezeki tu lagi. Aku tak kata couple lama-lama ni tak janjikan kahwin. Terpulanglah. Ramai yang couple sejak sekolah, last kahwin jugak. Alhamdulilah. Tu kahwin. Kalau tak? Jadilah macam yang korang sebut ‘jagakan jodoh orang, tunang orang’ tu kan. Bercinta lepas kahwin pun is not the ultimate solution to this couple2. Ada jugak yang tak bahagia. Bahagia ke tak, dua-dua pun ujian. Dua-dua pun nikmat. Sebab dua-dua pun mesti ada hikmah yang Allah nak kita belajar.

Tapi yang aku pasti, ada cara yang afdal untuk cari pasangan yang elok. Ada cara berkenalan, taaruf yang lebih afdal menggunakan orang tengah. Yang tu aku malas nk ulas panjang, carilah vlog2 aiman azlan atau speaker kegemaran korang yang lain. Diorang banyak nasihat pasal macam mana nak cari jodoh yang baik.

9. Bila sebut pasal orang tengah, aku teringat sesuatu. Mungkin hati akan belum terbuka.

Mungkin hati aku belum terbuka untuk perkahwinan aturan keluarga. Aku tahu pilihan mak ayah tu selalunya afdal. Tapi situasi aku ni, mak ayah aku tak urgent pun tolong tengokkan anak-anak teruna orang untuk aku lagi. Haha. Maybe sebab aku ada kakak yang single kot. Sekarang attention semua terarah kepada dia. Phewww. Haha. Dan personally aku… Entahlah.

Lepas dah banyak kali confess dan tak berjaya, aku jadi tawar hati untuk make effort dah. Bagi aku, bila mak ayah aku carikan, itu pun bermakna effort datang dari pihak aku. ‘Maknanya kau nak tuuunggguu je sampai orang masuk minang kau?’ Jujurnya, entahlah. Haha. Mungkin sebab spotlight sekarang ialah kakak aku, so aku tak ghairah sangat nak suruh mak ayah aku carikan untuk aku. Kalau ada, adalah. Takde, takdelah. Gitu.

Cakap pasal mencari ni, aku rasa ni masalah utama aku la kot sekarang. Aku dah tawar hati nak mencari dan mula dulu. Aku rasa cukup-cukuplah aku yang mula dulu, its time for orang lain pulak mula dulu untuk aku. Penat kot asyik make effort ni. Aku pernah jumpa kakak-kakak yang tua sikit dari aku dalam awal 30-an.

Diorang cerita macam mana diorang join macam-macam online portal untuk cari jodoh. Aku kagum dengan diorang. Bila tengok effort diorang, aku rasa memang aku sebenarnya tak usaha mana pun nak cari jodoh. Mungkin sebab circle terdekat aku takde orang yang guna online portal or dating app ni.

Dan malangnya, aku pun masih tak terbuka hati untuk ke arah tu lagi. Mungkin aku je kot yang agak sceptical dengan cara-cara ni. ‘Nanti kau dah 30 lebih baru kau gelabah nak cuba semua dating app online portal tu.’ Maybe yes, maybe not. Wallahu alam.

Aku rasa panjang sangat dah aku tulis ni. Cukuplah sampai sini je. Kalau ada pandangan dan nasihat, lontar-lontarkanlah. Dapat jugaklah aku baca, itu pun kalau cerita ni disiarkan.

Sekian. Assalamulaikum.

– Amanda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *