9 Sebab Mengapa Ibubapa Mudah Terlepas Pandang Masalah Pendengaran Anak

No.5 paling kerap ibubapa perkatakan! Jemput baca. Barangkali ada manfaatnya InsyaAllah.

No.1, adik-beradik lain semua mempunyai pendengaran yg normal. Sejarah keluarga pendengaran normal boleh jadi benar utk semua anak tetapi ada juga kes-kes yg kita jumpa anak-anak kecil yg bermasalah pendengaran yg mempunyai sejarah keluarga yg normal. Maka, adalah tidak tepat seandainya sejarah keluarga yg normal diaplikasikan kpd setiap anak yg dilahirkan.

No.2, anak saya menoleh bila dipanggil. Silap tu. Kalau hanya 1 telinga sahaja yg bermasalah atau tahap masalah pendengaran pada 1 telinga lebih baik berbanding telinga 1 lagi, sudah pasti anak kecil itu boleh respons bila dipanggil. Sebabnya, masalah pendengaran boleh berlaku pada kedua-dua telinga atau salah satu saja; dan boleh jd kedua-dua berada pada tahap masalah pendengaran yg sama atau pun berbeza.

No.3, mana kita boleh kesan masalah pendengaran sebab anak saya masih kecil. Tunggu la dia besar sikit. Hakikatnya, pada zaman kini, anak kecil boleh diuji pendengarannya sebaik sahaja kelahiran. Maka, adalah tidak tepat sama sekali anak kecil tidak boleh diperiksa pendengarannya. Makin awal ujian pendengaran dijalankan, makin awal la kita dapat kesan kalau ada masalah.

No.4, saya tengok telinga anak saya normal je mcm budak-budak lain. Itu organ telinga luaran spt cuping telinga dan salur telinga je yg boleh kita lihat dgn mata kasar. Tetapi, ada organ-organ di bahagian telinga tengah, telinga dalam dan saraf pendengaran yg tidak mampu dilihat dgn mata kasar. Dan kalau nak uji bahagian-bahagian yg tak mampu dilihat ni kenalah diperiksa menggunakan alatan khas.

No.5, anak saya kerap terkejut pd bunyi kuat. Paling kerap salah faham soal ini. Masalah pendengaran berbeza tahapnya. Kalaupun anak kecil tersebut mempunyai masalah pendengaran pada tahap ringan, sederhana atau tahap teruk, sudah pasti dia akan bertindak balas pada bunyi yg kuat spt bunyi hon kenderaan, hempasan pintu dll.

No.6, biasalah tu budak-budak kecil tak respons kalau kita panggil. Dia tak fokus je tu. Sebenarnya, tidak fokus berbeza dgn tidak mendengar. Maka, kalau ibubapa perlu memanggil anaknya berulang-ulang kali misalnya, boleh jadi anak itu ada masalah pendengaran.

No.7, kalau ada keluar air ke nanah ke darah ke dari telinga anak saya barulah betul dia ada masalah pendengaran. Soal ini tidak boleh disamakan. Kebanyakan kes-kes berkaitan penyakit di telinga boleh menyebabkan masalah pendengaran. Sedangkan, masalah pendengaran itu sendiri boleh berlaku tanpa penyakit-penyakit yg terlihat oleh kita spt masalah telinga dlm, kerosakan saraf dan sebagainya.

No.8, pertuturan anak saya tak mcm budak-budak sebaya dia tapi nanti dia dah sekolah nanti okay la tu. Ramai yg tak tahu masalah pertuturan boleh jadi disebabkan masalah pendengaran (walaupun tidak semestinya). Ini kerana ringkasnya, kanak-kanak belajar utk bertutur melalui apa yg dia dengar.

No.9, masa mengandungkan & melahirkan anak saya, tak ada apa-apa masalah pun. Cuma dia dpt demam kuning (jaundice) je slps tu. Kalau saya bagitau jaundice boleh menyebabkan masalah pendengaran ramai yg tak tahu. Sebaiknya, sejarah masa mengandung & melahirkan diperhatikan dgn cermat sebab ada sesetengahnya boleh menyebabkan masalah pendengaran. Kalaupun semuanya normal, anak tersebut masih berpotensi utk mempunyai masalah pendengaran.

Wallahu a’lam. Moga ada manfaatnya.

Muhammad Rizal Marsudin | Clinical Audiologist & Perunding Motivasi

– Muhammad Rizal Marsudin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit