9 Tahun

9 tahun, tiada bertemu.. tiada berkhabar.. Apa rasanya? Rindu atau sudah lupa? Sebelum kamu baca cerita ni, cuba fikirkan jika orang yang kamu sayang dan sangat dekat di hati, pergi 9 tahun tiada khabar.. bahkan tiada ucapan perpisahan.

Pergi secara tiba-tiba… dan kini pula dengan cara tiba-tiba kamu dikhabarkan dia akan datang menemui mu.. Setelah sekian lama? Marah? Benci atau masih sayang?

Ini adalah kisah tentang Ayah aku. Sudah 9 tahun tidak bertemu, pergi tanpa ucapan perpisahan. Sepanjang pemergian tiada berhubung, satu khabar pun tiada. Yang ada cuma airmata dan kerinduan.

Hari ini, awal pagi lagi aku bangun untuk mandi dan bersiap. Memakai wangian dan pakaiaan yang cantik-cantik. Kami di rumah semua sangat gembira akhirnya Ayah pulang.. Khabar yang paling lama aku nantikan selama ini. Akhirnya rindu di hati bakal terubat juga, Ayah akan pulang ke rumah.

Ibu, abang, kanak dan anak2 buah semua teruja tiada satu pun yang sedih seperti sebelum ini. Kami semua menanti dengan pelbagai persiapan untuk Ayah yang bakal pulang. Setiap minit berlalu aku hitung, tak sabar untuk melihat bila Ayah tiba nanti di muka pintu. Teringat waktu dulu, Ayah biasa kerja luar sehingga berhari2 tiada pulang, setiap kali Ayah muncul di muka pintu aku sangat gembira.

Bahkan sejak pemergiannya selama 9 tahun ini, tiada satu detik pun kami lupakan, setiap kami merindui Ayah dan berdoa agar tiba harinya kami boleh bertemu semula. “Ayah, cepatlah tiba. Kami rindukan Ayah”, bisikku dalam hati.

Jam sudah menunjukkan 10 pagi, kami semua siap dengan baju baru. Makanan sudah berhidang. Rumah sudah dikemas bersih dan rapi. Aku ambil tempat duduk dekat dengan pintu. Kerana aku sudah tidak sabar untuk menyambut ayah nanti di muka pintu. Mama awal lagi memasak makanan kesukaan ayah, iaitu “Nasi Ayam”, yang juga merupakan hidangan terakhir yang kami nikmati 9 tahun yang lalu bersama ayah.

Aku perhatikan mama dari celah pintu bilik, rupanya mama sedang solat Dhuha. Abang dan kakak ada yang di bilik, di ruang tamu dan ada yang sibuk melayan kerenah anak-anak kecil mereka. Aku tersenyum, terdetik di hati rasa tak sabar untuk melihat wajah ayah dan senyumannya nanti ketika bertemu dengan kami dan cucu-cucunya. Alangkah 9 tahun telah berlalu, ada yang sudah besar. Bahkan ada yang dari lahir tak pernah bertemu dengan Ayah…

Sejam telah berlalu.. Ayah belum tiba. Beginikah rasa penantian? Ya Allah, Ayah pulanglah segera dalam keadaan selamat, doa ku di dalam hati. Aku berteka teki dalam hati mungkin Ayah akan sampai sebelum waktu solat zohor.

Namun… sejam… dua jam.. Ayah masih tak muncul2… Aku yang tadi gembira.. Mula risau, cemas dan sedih.. Seakan2 harapan ku yang tinggi tadi roboh perlahan2.. Perasaan rindu ku yang amat kuat, rasanya tidak akan terlunas lagi..

Dan… akhirnya….

“Nur.. Bangun.. Subuh… Bangun Nur..” Aku dikejutkan oleh mama. Aku mengosok2 mata yang masih mengantuk. Perlahan2 aku pusing ke kanan, sambil mengingatkan apa yg baru berlaku sebentar tadi terasa amat nyata bagiku.

Sungguh terlalu nyata ingatan aku tentang persiapan kami tadi untuk menyambut Ayah. Sungguh terlalu nyata rasa teruja ku tadi untuk bertemu Ayah. Dan sungguh benar2 nyata rasa rindu aku pada Ayah, dan saat ini sangat2 kuat.. Aku bangun dan duduk di tepi katil, cuba menenangkan perasaan ku setika.

Iya, Ayah sudah 9 tahun meninggalkan kami, pergi bertemu Maha Pencipta. Perginya di bulan syawal tahun 2010. Iaitu hari terakhir dalam bulan syawal. Dan harini di pagi hari Aidilfitri 2019, rupa2nya aku dihadirkan dengan mimpi yang terlalu nyata yang pasti sukar untuk aku lupakan.

Biarpun cuma mimpi, tapi aku sempat merasa teruja, merasa seakan-akan Ayah bakal pulang ke rumah. Dan kami berpeluang melihatnya di muka pintu sekali lagi. Aku sempat berfikir kalau Ayah akan bertemu dengan Mama, dan kami adik bradik.

Dan ayah sempat berkenalan dengan cucu-cucunya di sini. Memang aku kecewa kerana di akhir mimpi aku tak diberi peluang melihat Ayah betul2 muncul di muka pintu, tapi perasaan teruja ini aku simpan menjadi tiang kerinduan aku pada Ayah yang telah pergi 9 tahun yang lalu.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah Ayah kami,  Al-fatihah.

Ini adalah kisah nyata berdasarkan mimpi aku pada pagi aidilfitri.. Terima kasih yang sudi membaca sehingga ke penghujung cerita. Mohon doa2 sahabat untuk arwah ayah dan semua saudara muslim kita yang telah pergi bertemu Allah SWT.

Terima kasih.

– Lola Queenie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *