Bila baca di berita baru-baru ni pasal kisah seorang dai’e yang dituduh dengan tuduhan mer0gol, saya jadi terimbau kisah saya 5 tahun lepas.
Alhamdulillah, tak adalah sampai r0gol, tapi saya dipaksa melakukan perkara-perkara keji dalam kereta dia. Sampai sekarang, saya masih trauma dan saya tak akan drive kereta kalau tak perlu.
Nak dijadikan kisah, lelaki yang buat perkara tu adalah abang usrah yang dihormati oleh ramai orang. Boleh dikatakan, dari luaran, cara berpakaian dan bercakap memang sangat baik.
So, macam perempuan-perempuan lagi, kita rasa tempted dengan lelaki yang bagi feeling ala-ala kalau kita kahwin dengan dia, kita confirm masuk syurga.
Saya crush juga lah dengan dia, bukan saya seorang lah, ramai juga lah perempuan lain pun. Masa tu umur 21, tahun tiga dekat university, mungkin cara fikir pun tak berapa cerdik lagi.
Nak dijadikan cerita, satu hari dalam pukul 8, kebetulan pulak hujan masa tu, abang usrah ni, dia ternampak saya dekat café, masa tu sorang-sorang.
Lepas tu dia dengan baiknya tanya, macam mana nak balik nanti hujan-hujan macam ni. And then, dia pun offer lah nak hantar balik rumah.
Cakap je lah saya naive, tapi dalam kepala saya, saya tak terfikir langsung yang dia sanggup buat saya macam ni.
Dalam hati saya masa tu, subhanallah caring nya dia ni. Cair jugalah ada orang ambil berat. Tengok perempuan sorang-sorang, sudi melindungi. I might be foolish, but how would I know his intention?
Saya tak nak cerita detail lah apa yang berlaku next, I was scared and I didn’t react to it.
Masa kejadian tu saya memang tak boleh fikir. Yang saya boleh ingat masa dia sentuh badan saya, say rasa sangat takut dan terkejut, saya tak scream langsung. Physically saya lawan, tapi dia lelaki, memang dia lagi stronger lah jawabnya.
Bila balik rumah, saya ingat feeling rasa macam dirty sangat. Saya shower dalam bilik mandi memang lama.
After benda tu happened, baru saya faham kenapa dalam scene perempuan kena rogol, dorang mandi. Memang kita akan rasa dirty sebab someone violated our body dan buatkan kita rasa vulnerable.
Dan 2 hari lepas kejadian tu, saya cerita lah dengan seorang housemate apa yang berlaku. Tapi tahu apa response saya dapat?
‘Sebenarnya selama ni kau tergila-gilakan dia kan, sebab tu kau tuduh dia macam tu?’. Masa tu saya fikir, kalau housemate saya tak percaya, takkan lah orang lain akan percaya. So, cerita tu terkubur lah mcm tu.
Apa yang buatkan saya rasa menyesal, lebih kurang setahun kemudian (masa tu saya dah habis study), saya dengar dari seorang kakak usrah yang abang usrah yang berkenaan dituduh buat benda tak senonoh dekat student lain dalam kereta.
Kakak usrah tu pun pung pang pung pang cakap fitnah apa semua, biasalah orang ramai peminat, akhir zaman perempuan sanggup buat apa sahaja. Student tu report dia ke police tapi drop charge.
Bila saya baca kisah dai’e tu, saya jadi terfikir how easy someone can do that, having secret life and get away with it dan sesetengah lelaki anggap itu perkara biasa. Saya rasa abang usrah tu pun sama lah, mungkin mangsa dia pun ramai tapi hairannya tak tertangkap.
Abang usrah tu relax je kahwin, sedangkan kita yang perempuan ni nak kenal lelaki pun jadi takut. Agaknya membujang lah sampai tua saya ni.
Satu je saya nak cakap, to violate someone s3xually equate to violate them emotionally to their deepest core. It is unforgivable sin.
– Kleenex (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit