Angkara Bahan Terlarang: Adikku Bukan Adikku

Sedikit pengenalan tentang diriku. Namaku NurD, berusia awal 30an, bujang, berkerja syif, dan tinggal bersama ibu ayah dan 2 adik yang masih bujang, berumur 26 dan 16 tahun.

Aku ade seorang kakak yang dah berkahwin dan tinggal di negeri lain.

Adikku bukan adikku yang aku maksudkan adalah adik lelaki yang berumur 26 tahun tu. Aku panggil dia Dol jelah ye.

Semasa aku menulis luahan hati ni, aku baru sahaja pulang dair syif petang, dan perasaan aku sekarang adalah sangat2 benci pada Dol dan tidak anggap Dol sebagai adikku lagi.

Dol seorang penganggur dan menghisap dadah. Bagi aku, dia tiada fungsi pon dalam rumah ni. Hanya tahu mintak duit dari ibu, malah pernah minta duit dari adikku yang masih bersekolah tu.

Dia selalu berkelakuan begitu apabila ayah bekerja. Dan dia akan mengamuk jika tak dapat wang tersebut.

Nak dijadikan cerita, pagi tadi aku bergaduh besar dengan Dol. Aku sebenarnya dah tak tahan dengan sikapnye yang panas baran, pemalas dan menyusahkan hidup kami.

Sebelum ni ayahku dah pernah menghalaunya dari rumah, namun dia kembali jugak.

Ade ke patut handphonenye rosak, dia minta ibuku belikn yang baru. Tak sedar dek untung sudah makan free hari2, air, letrik dan tempat tidur disediakan. Aku sangat2 meluat dan benci dengan Dol.

Pagi tadi selepas gosok baju kerja, aku tinggalkan seterika dan papan seterika berhampiran tv dan telah menghalang Dol menonton tv.

Secara tiba2 Dol mengamuk, membaling papan dan seterika sehingga terbalik. Aku menengkingnye dan kami bergaduh mulut.

Aku rase sangat marah kerana hanya kesilapan kecilku itu dia mengamuk tidak tentu pasal. Pergaduhan menjadi lagi teruk apabila dia menyimbah mukaku dengan air kopi yang ada di situ.

Nasib baik air tu suam. Kalau tidak, pasti melecur mukaku ini. Kemudian dia ingin memukul dan menumbukku, namun ibu menghalang. Dia tak putus asa.

Dia mencapai kerusi dan membalingnye ke arahku. Aku sempat mengelak.

Kemudian yang paling membuatku terkejut apabila dia masuk ke biliknye dan mengambil sebilah pisau. Dia ingin membunuhku! Bahana dadah!!

Ibu cepat2 menenangkan Dol dan menyuruh aku pergi dari situ. Aku segera membuka pintu agar jiran dpt melihat apa yang berlaku. Aku tak mahu matiku sia2 tanpa pembelaan.

Pada ketika itu, ibu menolak Dol ke biliknye, manakala aku ke bilikku. Perasaanku? Marah dan benci yang teramat sangat.

Aku terus mesej kakakku agar memberitahu abang iparku tentang kejadian tersebut. Abang iparku polis.

Yelah, bukan sekali ini dia hampir membunuhku.

Sebenarnya 5 tahun yang lalu kami juga pernah bergaduh sehingga Dol mahu menghayun helmet ke kepalaku, namun nasibku baik kerana ayahku pulang dari kerja pada masa itu.

Dol juga pernah mengugut mahu memecahkn keretaku. Yang buat aku bertambah benci apabila Dol turut memukul adik lelakiku hanya kerana adikku masuk ke biliknye untuk mengambil pakaian.

Dan selepas dia memukul adikku, adikku pengsan, stress dan mengalami tekanan jiwa. Dia seakan takut untuk duduk di rumah.

Selepas kejadian itu, ayahku menghantarnye ke sekolah berasrama. Alhamdulillah dia semakin pulih.

Pada saat ini, aku bertekad untuk mencari rumah sewa sementara dalam proses membeli rumah. Setiap minggu aku akan pulang menjenguk ibu dan ayah.

Aku juga tidak mahu stress kerana pekerjaanku memerlukan aku sentiase berinteraksi dengan orang awam. Aku jenis lantang bersuara, mungkin sebab itu aku berani melawannye.

Tapi selepas kejadian tadi, aku mula teringat akan berita2 di tv dan surat khabar berkenaan penagih dadah membunuh orang. Bahaya mereka ni.

Cukuplah sampai di sini ceritaku. Ketika ini aku dapat simpulkan, dadah membunuh! Jauhilah dadah!

– NurD (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *