Saya adalah seorang ibu kepada 6 anak. Yang paling kecil 2 tahun dan paling besar 12 tahun.
Memandangkan anak2 saya semua rapat2, maka boleh faham sendiri la kan stress dia camane nak handle 6 ketul ni. Memang stress tapi saya gagahi jua demi sayang pada anak2.
Saya adalah ibu yang berkorban kerjayanya untuk menjaga anak2 secara sepenuh masa di rumah. Dah 9 tahun tidak bekerja. Buat bisnes sambil2 tapi fokus utama adalah keluarga.
Apa yang saya nak ceritakan di sini ialah berkenaan anak sulung saya yang saya panggil kaklong. Walaupun umurnya baru 12 tahun, tapi dia sangat cepat matang.
Pemikirannya sama seperti remaja yang dah berumur 16 tahun. Maksud matang di sini adalah matang dari segi percakapan dan keinginan.
Kaklong pandai berkata2, kalau dia tidak puas hati dia akan berterus terang bertanya. Jadi jenuh juga saya sebagai ibunya kena terangkan kenapa, bagaimana dan akibatnya.
Contoh kenapa dia kena buat kerja rumah dan tak boleh duduk relax dan tidur saja? Kenapa kawan dia boleh warnakan rambut tapi tidak dia? Haa soalan yang macam tu la.
Kaklong juga mempunyai keinginan macam remaja yang lain. Nak berfesyen, memiliki hp, berkawan dengan lelaki, minat kpop, 24 jam berinternet tanpa disuruh buat kerja rumah atau ikut jadual dll.
Tapi sebagai ibu, saya limitkan apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Handphone, boyfriend, full access to internet (maximum sehari 2 jam sahaja, itupun dah banyak sangat bagi saya).
Kalau nak keluar dengan kawan2, saya benarkan tapi saya akan ikut sekali hantar dia sampai jumpa kawan2 dan saya tunggu dia berjalan2 dengan kawan dia di mall sambil saya window shopping dengan ayahnya. Lepas tu kami akan balik sama2.
Saya bukan apa, cuma nak kenal siapa kawan2 dia. Kalau tak berkenan, saya akan bagitau dan nasihatkan dia untuk pilih kawan yang betul. So far baru 2 kali je pun saya bagi dia keluar dengan kawan2 sebab nak bagi dia pengalaman saja.
Sebelum pkp, pergi balik tuisyen saya akan hantar dan ambil. Tapi rupanya2 dalam diam sempat pula dia berboyfriend. Tapi saya tak bagitau dia yang saya tau. Saya cuma nasihatkan dia secara halus tanpa dia sedar yang saya tau. Lama2 dia putus dengan lelaki tersebut.
Dari segi agama saya memang sangat tegas. Saya hantar dia ke sekolah tahfiz tapi bukanlah yang berasrama penuh. Hari2 dia balik. Solat, mengaji, hafazan dan homework saya pantau.
Bab kerja rumah pula memang saya latih dia dan adik2nya untuk buat kerja rumah mengikut kesesuaian umur. Yang besar kena basuh pinggan, buang sampah, mandikan adik2, kemas ruang tamu dan meja makan dan cuci bilik air.
Yang kecil tolong kakak, susut kasut, bawa kain kotor ke mesin basuh dan kemas mainan. Saya latih supaya semua bekerjasama bantu mama.
Saya ada sediakan jadual untuk anak2. Ada waktu solat jemaah, makan jemaah, buat kerja rumah, buat homework, berinternet, main atau tidur. Jadual yang taklah begitu pack tapi masa terisi dengan perkara yang berfaedah.
Nampak macam tiada masalah kan? Tapi dipendekkan cerita sebenarnya kaklong mengalami deppression dan stress yang sangat teruk. Baru 12 tahun.
Bila ditanya, katanya dia telah memendam perasaan semenjak 3 tahun yang lepas. Dia rasa stress sangat dengan semua orang sekelilingnya. Kawan2, cikgu, adik2, ayah dan yang paling teruk stress dengan saya.
Kawan2 – semua benci dia.
Cikgu – semua asyik nak cari salahnya dan percaya cakap kawan2 yang bencikannya.
Adik2 – semua asyik nak menyusahkannya, merosakkan barang2nya dan buatkan dia kena marah selalu dengan saya. Dia benci jadi anak sulung sedangkan saya tak pernah bezakan anak sulung dan yang lain.
Ayah – katanya ayahnya asyik perli2 cakap dia malas, melawan cakap mama, tau nak tidur saja dan berinternet.
Mama (saya lah tu) – 24 jam asyik nak cari salah dia saja. Semua kebaikan yang dilakukan tidak nampak. Katanya saya terlalu mengongkong, semua dia nak buat tak boleh.
Ini semua apa yang dia rasa. Sebenarnya itu cuma perasaannya saja. Kami semua layan dia ok saja. Saya sendiri telah berjumpa cikgunya secara sukarela dan berbincang tentang kaklong.
Cikgunya kata dia berperangai agak pelik disekolah, bergaduh dengan kawan sana sini dan pernah tulis di kertas untuk membunuh dirinya.
Saya perasan dia jadi begini semenjak dia meningkat remaja, sejak baligh. Ya betul, lebih kurang 3 tahun lepas.
Saya fikir mungkin ia adalah perubahan hormon dari alam kanak2 ke alam remaja. Saya banyak bagi nasihat padanya dalam versi perbualan santai.
Tapi dari hari ke sehari, perangainya semakin teruk, saya sampai dah tak kenal anak saya sendiri. Hari2 ada je perangai dia buat yang betul2 buat saya hilang sabar. Dirumah cari pasal dengan adik2 dan ibubapa. Di sekolah bergaduh dengan kawan2.
Sejak sebulan yang lepas dia banyak kali mengelar lengannya. Tapi bukanlah pergelangan tangan. Toreh lengan dan tunjukkan pada saya.
Saya rasa dia bukan nak bunuh diri tapi nak bagitau saya yang dia marah dan nak tarik perhatian saya dan orang sekeliling. Tapi banyak kali juga dia kana nak bunuh diri tapi takut. Dia selalu tanya kenapa allah tak amik nyawa dia.
Kami cuba ikhtiar. Ayahnya ada hantar dia untuk berubat dengan beberapa orang ustaz, kami juga ada hantarnya untuk berjumpa dengan kaunselor private,
Saya hari2 motivate dan bagi nasihat, saya limitkan kegunaan internetnya sebab saya rasa internet adalah antara sebab dia jadi stress, tapi perangainya tetap sama.
Dia masih kemurungan teruk dan stress. Malah dia makin marah dan tak keruan bila saya sekat penggunaan internetnya. Untuk makluman, dia guna internet untuk tengok kpop idolnya saja. Utube la kebanyakannya.
Sekarang, sejak dia mengelar lengannya dan asyik cakap pasal mati, saya pula yang mengalami kemurungan dan stress yang sangat teruk.
Saya takut sangat2 memikirkan yang anak saya akan mati depan mata saya sebab saya tak dapat bantu dia.
Tapi setiap kali saya cuba slow talk, motivate dan bagitau nak bantu dia, perbualan itu menjadi tegang sebab dia terus menerus cakap yang semua benci dia dan dia benci semua orang,
Dia tak nak hidup dengan manusia termasuk saya, dan akhirnya saya terus lari tak nak bercakap dengan dia lagi.
Sebab saya tak nampak solusi bagi masalah dia, saya tak rasa dia nak berjuang bersama2 saya untuk pulihkan dirinya.
Saya rasa stress sangat2 dan menangis sepanjang malam memikirkan dia. Saya jadi terlalu fokus padanya sampai abaikan anak2 yang lain. Saya tak boleh senyum lagi.
Setiap kali suami saya peluk saya, saya akan menangis sebab depan anak2 saya memendam perasaan yang amat sangat. Bila suami cuba tenangkan saya, saya terus menangis semahu2nya sampai teresak2.
Saya rasa tak kuat nak harungi dugaan dari kaklong ni. Dia menolak mentah2 semua usaha saya untuk bantunya.
Katanya dia tak nak ada orang disekelilingnya dan dia cuma nak internet saja sebab dengan internet dia boleh happy bila dapat tengok muka kpop idolnya.
Kaunselor private ada bagitau saya dia mengalami obsession dengan kpop idolnya sampai dia tak dapat bezakan mana realiti dan mana fantasi.
Sebab tu dia benci sangat dengan kami sekeliling dia ni sebab kami realiti tapi kpop idol tu hanya fantasi dia yang berjaya buatkan dia bahagia.
Saya pun tak taulah nak setuju atau tak dengan kata2 kaunselor ni. Tapi saya dah stop dari bawanya jumpa kaunselor ini sebab faktor kewangan.
Minggu lepas saya cuba untuk bawanya jumpa doktor di klinik kesihatan dengan membawa ujian dass. Saya juga buat ujian dass. Hasilnya kami sama2 mengalami deppression dan stress yang sangat teruk.
So saya hantar kedua2 borang. Pertama sebab saya sendiri rasa saya perlu dirawat dahulu untuk saya bantu rawat anak saya.
Kedua, saya mahu tanya pada yang pakar bagaimana cara untuk saya handle anak yang mengalami masalah sebegini. Saya sendiri tak tahu, tak sabar dan tak kuat untuk handlenya. Mungkin pakar boleh bagi cadangan yang betul untuk saya.
Di klinik kesihatan doktor cadangkan saya dan kaklong untuk jumpa pakar psikitri tapi di hospital yang berbeza sebab kaklong kena jumpa dengan pakar psikitri kanank2 dan saya dewasa.
Tapi biasalah, bila dengan hospital kerajaan, terpaksalah menunggu. Temujanjinya lagi 2 minggu.
Tapi saya menulis ni sebab rasa terlalu tertekan dan nak minta motivasi dan nasihat dari kawan2 diluar sana sebelum temujanji kami lagi 2 minggu.
Saya sendiri dah rasa terlalu lemah nak hadapi masalah kaklong. Kadang2 rasa tak nak tengok muka dia lagi sebab marah dengan perbuatannya yang seperti orang tiada iman.
Kadang2 rasa terlalu kasihan dengannya sampai saya menangis teruk sebab kasihan dan tak tau cara untuk bantu kaklong. Saya buntu.
– Ibu kaklong (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit