Selamat Bahagia, Kebelakangan ni keluar dalam Newspaper Askar Pelatih dipukul, ditumbuk & Muka nya diberus, sehingga mangsa tekad terjun bangunan sehingga mati.
Aku tak tahu nak cakap macam mana, aku dengar laporan tu aku dulu pun macam tu, sebab aku salah seorang yang menjadi mangsa buli di asrama sekolah. Kena pukul, dibelasah ramai-ramai, dipulau kawan-kawan, diejek junior.
Pendek kata badan dan muka aku ni tempat peninju buli test skill menumbuk dia, tak kira masa dan tempat di asrama malam-malam, di surau, di kelas waktu sekolah segala-galanya mimpi ngeri untuk aku.
Sekolah tak best, aku benci sekolah, aku benci asrama.
Sebelum lebih mendalam, mari aku cerita sikit tentang latar belakang hidup waktu sekolah, parent aku sibuk cari duit tapi bukan untuk anak dia, bapak aku sibuk dengan mencari wang hingga keluar negara, mak aku pula sibuk urusan keluarga abang & adik beradik dia.
Pergi asrama pun dibekal rm50 2 minggu ke sebulan itulah duit belanja sekolah itulah buat beli sabun basuh, pensil, buku selama bertahun macam tu.
Kalau boleh, jangan minta duit, beli buku pun habis kena marah-marah dan ungkit-ungkit. Aku buntu masa tu, barang asrama+barang sekolah kena beli sendiri.
Kalau balik asrama, aku tak boleh lupa barang, nak kena tapau sabun dari rumah, tuala, selipar. Kalau tak mesti kena pinjam barang orang, orang tak suka. Sesekali boleh la, tapi kerap tak boleh, betul la kan.
Warden selalu pukul terajang sekuat hati sebab aku selalu lambat pergi sekolah, surau dan prep.
Aku sebenarnya marah pada bapak, tapi tak boleh melawan pernah melawan tapi dilempang-lempangnya aku dipukulnya aku sepuas hati dalam kereta otw ke asrama.
Bapak cakap Zahiran tak berguna, bapak nak buang, kalau tak suka jangan balik rumah. Pergilah, bapak tak ikhlas pun RM50 untuk 2 minggu-sebulan tu. Untuk budak umur 13-15 tahun apa yang awak jangka wahai ayah.
Sampai asrama aku lepas geram bapak pada kawan-kawan, aku cakap ko tak berguna, tak ada masa depan -cari gaduh, tapi sebenarnya aku nak minta tolong untuk barang-barang, bapak tak nak tolong aku.
Biasanya yang baik tak nak kawan dengan aku, yang samseng akan belasah aku. Aku sorang-sorang kawan-kawan tak baik bantai aku sesedap rasa sampai luka, bengkak-bengkak setiap hari, junior ejek-ejek sebab hidup aku tak terurus baju aku berbau, kasut comot.
Kalau sukan atau program asrama aku tak tahu nak buat apa sebab aku tak ada kawan, semua pulaukan aku. Dalam dewan makan, bilik prep asrama aku makan sorang-sorang, orang malu nak duduk dengan budak comot mangsa buli.
Sampai sekolah, aku tak boleh belajar, alat tulis tak ada, buku tak lengkap, kelengkapan sekolah bapak belikan sekali je setahun, baju 2 pasang, kasut 1 pasang, dalam 2 ratus lebih kalau boleh jangan beli lagi, itupun berbulan-bulan diungkit.
Jadi, di sekolah aku jarang ada duit belanja, pakaianku comot, kasut aku buruk, songkok aku tak senonoh, aku sangat buruk, bodoh dan hodoh.
Cikgu selalu marah zahiran jangan tidur dalam kelas, mana alat tulis tak lengkap, masih segar ungkapan mereka dalam otak aku,
Cikgu matematik: “Ini kuat tidur tak ada masa depan ni, esok jadi tukang sapu sampah” sambil tunjal-tunjal muka dan kepala aku.
Cikgu Bi: “Saya tak nak layan awak ni” dengan mimik muka jijik melihat aku.
Cikgu-cikgu lain pun hampir serupa.
Seingat aku hanya ada seorang cikgu lelaki muda yang sangat menjaga air muka nya melihat aku, dan menasihati dengan sangat ikhlas tanpa menghina.
Keputusan periksa aku sangat teruk, nombor 2 terakhir di kelas paling akhir. Tapi aku tetap semat suatu cita-cita untuk jadi manusia yang orang pandang.
Setiap hari waktu malam aku tak boleh tidur di asrama selalu fikir nak terjun bangunan asrama, kenapa Allah masih hidupkan aku masa tu, aku nak mati. Hari hari doa nak mati. Hari hari aku dibuli secara mental dan fizikal, pantang jumpa dipukul untuk mengisi masa lapang.
Setelah 2 tahun duduk asrama, aku selalu dengar suara orang dalam diri aku, aku pujuk dia, dia pujuk aku. Aku tak ada kawan melainkan suara tu, sebagai penasihat dan kawan. Kami berbual-bual untuk isi masa lapang, aku sangat gembira berseorangan.
Masa terus berlalu, aku sambung belajar walaupun bodoh dan dikatakan bodoh oleh bapak aku ribuan kali dan diperlekeh ibu.
Macam-macam liku (panjang cerita) cara aku buat tanpa parent dan keluarga untuk sambung belajar dan dapat keputusan yang baik & Allah bagi rezki untuk aku menjadi guru di sarawak. Aku berkahwin dengan seorang doktor dan dikurniakan 3 orang anak.
Sekarang, aku terpaksa baik dengan parent, diaorang suka betul dengan anak anak aku dan selalu cerita kejayaan aku pada orang luar macam mereka berusaha susah payah.
Maaflah tapi aku manusia biasa, tak boleh lupa apa mereka buat, tak boleh lupa apa kawan-kawan buat, tak boleh lupa apa cikgu-cikgu buat.
Sebenarnya, Ayah, ibu, kawan, cikgu, hari ini Zahiran selalu dengar suara suruh tikam orang, bunuh orang, selalu bisik kat telinga zahiran orang tu jahat nak buli kau, semua orang benci kau Zahiran sebenarnya benci semua orang.
Mental aku terseksa, aku kena nampak baik dan normal walaupun aku sendiri berperang dengan suara tu.
Tapi aku kena kuat, sebagai cikgu dan ayah aku tak boleh lemah. Aku kena beri terbaik untuk diri sendiri keluarga dan anak murid. Aku tak boleh undur ke belakang walau selangkah.
Aku rasa mereka yang buat aku pun dah terima pembalasan,
1. Rasanya Ayah rasa kosong dengan kejayaan aku.
2. Rasanya Kawan-kawan tersebut masih terumbang ambing.
3. Rasanya Anak-anak cikgu gagal dalam hidup.
Ayah ibu, berjuanglah untuk anak-anak mu sebba mereka akan beri kenangan indah apabila anda tua – masa tak boleh kembali.
Kawan, bumi ni bulat sampai masa karma akan terkena pada diri anda atau anak anak pula.
Cikgu, belajarlah untuk memberi secebis pengharapan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bukan menghina pelajar.
Kepada mangsa buli, berjuanglah anda tidak keseorangan, aku juga sepertimu dulu, bunuh diri, nak bunuh orang, rasa nak mati, its part from me. Mangsa buli andalah hero.
Mohon doakan aku, aku nak suara tu pergi.
– Zahiran (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit