Peminat Sejenis Yang Bertaubat

Salam. Aku Joey (bukan nama sebenar), seorang lelaki, hujung 20-an, dan aku bukan alumni student UIA or IIUM, tapi alumni dari IPTA lain. Cuma aku rasa nak share something tentang kehidupan sisi gelap aku dengan harapan sesiapa yang sama dengan aku yang dahulu, aku nasihatkan berubahlah. Ikut lah admin nk share or tak, cuma sekadar nak luahkan apa yang pernah aku buat dan tinggalkan sekarang ni. Dan aku berdoa dan harap sangat-sangat aku istiqamah pasal ni.

Aku dahulu adalah golongan yang termasuk dalam golongan suka kepada dua jantina, tetapi tertarik pada sama jantina ni sangat kuat. Aku tak mintak dengan perasaan sebegini dan aku sebenarnya tidak mahu, tetapi pada masa tu aku sangat tunduk pada nafsu yang salah. Sejarahnya berlaku pada masa sekolah, tapi bermulanya hidup yang dilaknat tu adalah sewaktu aku kerja. Lama kan memendam?

Rupa paras aku dulu dikatakan tidak mempunyai pakej yang menarik, sejak sekolah badan aku dikatakan lebih besar dari Syamel (masa dia dalam AF, bukan sekarang). Sebabnya aku malas, malas nak bersenam, malas nak berjalan, malas nak buat outdoor, malas semuanya. Masa kecik pun tak pernah nak bermain kat luar. Masa umur 20-an, saiz pinggang aku 41 dan berat badan aku 110++ kg. Siapa yang nak? Even perempuan pun kutuk aku, sampai pernah ada perempuan kata “Sapa yang nakkan kat kau?”. Sejenis? Lagi laa, of course diorang nakkan badan yang kekar, sado, kurus, sedang2. Gemuk? Cubby? Sorry bro, lagi kutuk ada.

Aku pernah rasa jeles dengan rakan-rakan sekelas aku yang memang berperwatakan menarik, boleh menggayakan pakaian. Jeles giler. Walaupun begitu, aku tak endahkan sebab aku rasa nak jadi diri aku dan aku selesa dengan badan aku masa tu, walaupun aku cuba nak approach kaum sejenis aku. Selalu ditolak itu perkara biasa. Sehingga satu hari, aku asyik lihat gambar-gambar sejenis yang metrosexual. Pakai baju kemeja petak2 dengan roundneck tshirt, pakai spek hitam, jeans, slack khakis, kasut sneaker, rambut ala artis korea. Ape lagi? Macam trend sekarang laa cuma sekarang da jarang orang pakai baju kemeja petak tu.

Disitu seperti aku terus pasang satu tekad. Aku nak kurus. Semuanya bermula masa tahun kedua aku kerja. Aku diperkenalkan sesuatu makanan tambahan untuk mengkuruskan badan (yang sebenarnya produk itu hanya produk yang memberi nutrien, selebihnya hanya bermain psikologi dan disiplin, tak membantu dalam mengkuruskan pun). Dengan bayar beratus-ratus, hasilnya, aku tak nafikan, memang berkesan. Dalam sebulan itu aku turun dekat 10kg. Tapi agak mengecewakan bagi aku sebab kesannya lambat (bagi aku). Pakej produk tu bertahan sebulan sahaja. Aku disyorkan untuk beli lagi, dan aku beli lagi untuk tahun seterusnya. Hasilnya pun sama, turun dekat 10kg. Jadi lbih kurg 80++ kg. Selepas tu aku tekad untuk tidak menggunakannya lagi.

Tahun ketiga, berat aku naik lagi jadi 90 – 95 kg sebab badan aku adalah yang paling cepat naik bila start makan macam biasa, padahal sama ja aku makan macam orang lain jugak (ada member aku makan macam hantu, tapi badan kurus kedengkung). Agak frust disitu. Tapi pada masa sama, nafsu salah aku makin memuncak. Aku makin berani guna laman sosial yang dilaknat, dan cuba untuk approach beberapa kaum sejenis aku. Tapi, ye lah, macam aku cakap tadi, siapa yang nak dengan badan aku yang comel montel tu?

Entah macam mana, tekad nak kurus aku makin menjadi2. Mungkin jugak disebabkan aku selalu ditolak. Akhirnya aku setkan dalam kepala aku, lepas hari raya aku nak pegi exercise. Entah macam mana semangat aku membuak-buak, aku buat high intense exercise, dalam seminggu hampir setiap hari aku buat. Lepas tu, aku pegi join event2 yg berkaitan dengan running. Tu tak termasuk hiking. Pernah aku jogging sambil hiking. Futsal, badminton, swimming. Macam nak buat semua benda. Termasuklah pergi gym. Semua itu aku tak pernah buat masa aku sekolah dan awal2 aku kerja, tetiba nak buat. Pasal makan? Ye aku masih lagi makan everything, tetapi portion aku cut seboleh-bolehnya, sampai nasik tu tak sampai segenggam. Aku tak ikut ape yang di rekemen macam atkins la, diet daging laa ape sume tu. Bagi aku, these are the bullsh*t diet (sorry to say).

Hasilnya? Akhirnya… Berat aku turun sangat banyak walaupun mengambil masa hampir setengah tahun. Kesihatan badan aku bertambah baik (aku dah tak kerap sakit-sakit biasa macam dulu), tekanan darah aku optimum, kandungan gula dalam darah aku sangat baik, everything is fine. Alhamdulillah. Cuma kadang-kadang cepat rasa nak pitam, mungkin sebab gula dalam darah aku hampir-hampir jadi hypo. Tapi cuma makan something bergula akan jadi normal balik. Dan yang penting, pinggang aku dari 41 dahulu, kini sudah mengecik 30 – 33 dan berat badan aku menurun sampai bawah 70 – 75 (fluctuate sbb badan aku cepat naik dan turun).

Sudah pasti bila keadaan macam tu, saham aku terus naik mencanak. Pakej badan aku menarik, body lean, fit. Tak sangka aku sebab tak pernah macam tu semenjak sekolah. Cuma, malangnya, dengan pakej camtu, aku gunakan secara salah demi tuntutan nafsu salah aku. Memang dengan pakej menarik tu, ramai yang memandang. Dan bila aku cuba untuk approach kaum sejenis aku, dengan mudahnya aku dapat. Sehingga aku penah ada beberapa orang bf dan adik angkat, dan jugak pernah terlanjur beberapa kali. Oh my god, what I have done . Aku taknak cerita apa yang aku dah buat sebab itu sesuatu yang bukan dibanggakan dan bukan untuk diceritakan. Malah, mengaibkan dan memalukan aku. Prediction dari korang apa yang aku dah buat tu aku tak kisah. Thats what in your mind and I have no capability to prevent it.

Pada masa yang sama, aku juga selalu menanamkan hasrat untuk menjadi seorang mukmin yang sejati, walaupun ada perasaan salah itu. Dalam aku hanyut tu, aku juga mula untuk tak tinggal solat, selalu pegi kelas mengaji, dengar kuliah agama. Sangat pelik kan? Dalam kehanyutan lautan nikmat palsu itu, aku masih lagi melakukan perkara-perkara yang mendekatkan aku kepada Allah. Malah rajin. Dengan itu hati aku rasa tenang.

Seriously, bila aku cuba buat perkara mungkar dengan bf or adik angkat aku, aku rasa tak tenang, tapi dalam tak tenang tu, nafsu terasa nikmat . Dahsyatnya makhluk yang bernama nafsu tu menguasai seseorang. Bila aku pegi kuliah agama, pegi mengaji, mengikut ustaz-ustaz, jiwa aku rasa macam tenang dan seperti berazam untuk menjadi orang yang baik. Sehingga satu hari, Allah mengetuk pintu hati aku.

Selama setahun setengah aku bergelumang dengan dosa yang dilaknat dan selama itu jugak aku tergolong dari kalangan kaum Sodom, tetapi satu hari tu, datang rasa kesal yang amat sangat. Ditambah dengan aku baca artikel berkenaan penyakit-penyakit kelamin dan HIV, dan berapa ramai yang hidup sebagai orang hidup dengan HIV (PLHIV) dan orang dengan HIV/AIDS (ODHA), tak kurang mati pasal tu jugak. Tetiba dalam satu hari tu, hati aku rasa sedih sangat, bila mengenangkan apa yang aku pernah buat dulu. Sepanjang masa aku menangis. Setiap kali aku solat aku menangis. Solat taubat aku menangis. Baca doa aku menangis. Sampai basah tangan aku menangis. Sampai rasa sakit aku keluarkan air mata. Kadang-kadang, aku hampir-hampir menangis bila aku menatap muka mak ayah aku .

Aku malu, malu dengan Allah. Malu dengan Rasulullah. Aku malu dengan mak ayah aku. Malu dengan adik-beradik aku. Malu dengan saudara-mara aku. Aku malu sangat-sangat. Bila aku dengar doa taubat, zikir taubat, dengar alunan mengaji, air mata aku deras keluar. Aku tak tahu kenapa tapi rasa sedih sangat sebab mengenangkan perbuatan aku dahulu. Aku bila nak melihat mak ayah aku, aku rasa malu sangat-sangat, cuma aku pendam. Masuk bilik aku menangis lagi. Entah kenapa hati aku begitu. Bila teringat pada Allah, aku menangis lagi.

Setiap hari aku berdoa supaya dijauhkan perbuatan maksiat itu, dan dijauhkan nafsu salah itu, dan jugak hilangkan perasaan salah tu, dan kembalikan nafsu sebenar kepada aku seperti nafsu Nabi Adam kepada Siti Hawa, dan bukan nafsu kaum Sodom. Aku berdoa dimana-mana sahaja, dalam solat, dalam perjalanan kemana-mana, dalam duduk saja. Aku akui, sangat sukar untuk buang perasaan tu. Cuma, aku berserah kepada Allah dan aku yakin Allah pasti akan membantu aku dan Dia nak tengok usaha aku sejauh mana sebelum Dia memberi anugerah yang terindah. Aku yakin perancangan Allah adalah yang terbaik dan aku sebagai hamba Dia, perlu berusaha yang terbaik untuk diri aku.

Sekarang aku masih berperang dengan nafsu aku dan aku tinggalkan semua yang salah dahulu, termasuk semua yang pernah jadi bf dan adik angkat aku, dengan tutup nombor telefon aku yang satu lagi tu. Dan aku harap sangat-sangat, aku ingin berubah dan beristiqamah dalam hal ni, dan aku yakin aku dapat tewaskan nafsu ini cuma perlu usaha lebih. These ghastly LGBTs are should be not exist in this world. Tapi ini kan dunia, semua benda yang baik dan buruk wujud disini. Cuma manusia perlu menilai sama ada itu baik atau buruk.

Pesanan aku pada LGBT diluar sana, jalan kebaikan atau keburukan, choice is in your hands. Sebabnya, keseronokan dunia ini hanya bertahan beberapa tahun sahaja. Siapa yang masih muda,x kiralah sweet 17, 27, 37 ke dan masih lagi bergelumang dengan benda mungkar ini, ingatlah yang anda akan masuk usia tua, takkan anda masih lagi buat benda yang sama? Bila aku tengok LGBT yang tua2 ni, aku rasa macam something wrong. Kita biasa dibesarkan orang berumur dengan anak2 dan pasangannya, tetapi ada yang berumur ni duk berkepit dengan kaum sejenis dia dalam keadaan beruban dan tua bangka. Sungguh pelik kan?

Panjang artikel aku ni. Dari mula cakap pasal kurus badan sampai part menangis-nangis. Thanks for today and thank you admin for publishing this helter-skelter article.

– Joey

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit