Fresh Graduate and Tips

Assalamualaikum, haii semua nama aku Lidya. First sekali macam biasa la kalau confession aku ni di post nak ucap terima kasih kepada admin. Okay, aku ni hmm nak kata fresh graduate tu tak la fresh graduate sangat sebab macam dah lama la jugak habis belajar adelah dalam setahun macam tu. Hahaha. Aku graduate dalam bidang yang ramai orang menganggur sekarang ni, cuba teka apa ? hahaha. Aku graduate dalam bidang sains, diploma sains and degree pun salah satu kos sains di salah sebuah IPTA di selatan.

Dulu masa zaman sekolah, kalau amik jurusan sains memang orang bangga guys. Mesti kena cop budak2 pandai la ape la. Sebab semua orang akan sangka kalau amik jurusan sains akan end up kerja doctor, farmasi ke engineer. Hahaa. Tapi tulaa bila dah makin dewasa and masuk ke zaman universiti bila orang tanya amik kos ape? Di sini terdapat dua presepsi yang berbeza. Ape yang berbeza tu? Dari segi pandangan masyarakat. Kalau dalam kalangan kawan2 yang tanya mesti diorang akan cakap “pergh susah gila subjek ko amik, hebat laa mesti kena pandai kan?’’ Lain pulak kalau orang yang lebih tua tanya mesti soalan first yang diorang akan tanya “ Nanti dah habis belajar boleh kerja bidang apa? Cikgu ke? “ hahaha. Ni memang jawapan yang common la. Pernah jugak ade lecturer dari kos bukan sains cakap “ sy tak faham kenapa awak amik kos susah macam ni, nanti bila dah kerja gaji sama je yang amik course business’’. Pergh waktu dengar tu macam perli pun ada tapi betul juga apa yang sir cakap tu.

Aku dikategorikan dalam kategori sederhana. Bukan yang every sem dekan. Hahaha no! Dekan pun boleh la ade la sekali sekala tu pun cukup2 makan Alhamdulillah. Lepas aku habis belajar, aku kerja part time di mall , kerja mall dekat bahagian baju, nak kata letih tak la sangat tapi lengguh kaki la sebab berdiri lama sangat. Hahaha. Tp aku happy jugak kerja dapat tambah kawan and sekurangnya dapat la duit dr duduk rumah menghadap tv je. Dalam masa yang sama aku apply kerja jugak kat job website macam jobstreet, mau kerja and macam2 lagi laa. And dalam masa 2 bulan aku kerja part time aku dpat 8 panggilan interview. 7 aku tak pergi sebab ntah la maybe aku masa tu nak berada di zon selesa. Dapat interview yang ke 8 tu aku bagitau parents aku, parents aku suruh pergi amik pengalaman, tak dapat takpe yang penting pengalaman situasi interview. Aku masa tu berat hati nak pergi sana sebab jauh dari rumah hahahaa bajet manja cis. Next week nya masa hari aku interview, pergh nervous gila since ini kali pertama aku interview, and dapat company chinese confirm kena speaking punya. Sehari sebelum tu aku tak boleh tido dengan lena nervous sampai tak boleh tido guys. Esoknye dengan lafaz bismillah aku pergi interview gagap jugak la speaking bi tapi hentam jela. Aku dalam hati mesti kat tak dapat sebab banyak persaingan . Tapi Alhamdullilah rezeki aku murah dapat phone call suruh lapor diri next week and gaji company tu tawarkan agak lumayan.
Amboi panjang nye intro aku. Sorry guys. Haha. Okay kat sini aku nak bagi beberapa tips untuk senang dapat interview and kerja.

1) First sekali yang paling penting mesti la resume kita. Tu first impression mesti up to date and maximum 2 page je. Dalam resume tu ko ringkaskan sebaik mungkin pasal diri ko. Kalo boleh letak strength ko sekali sebab ni jarang orang letak. Resume mesti la professional and tulisan senang di baca jangan serabut2. Work experience tu penting letak je kalo penah keje part time dulu, praktikal ke kalo ada pengalaman kerja yang related tu lagi bagus. Kalau taka da pengalam kerja langsung cerita pasal project Final Year Project korang. Tapi jangan cerita macam nak presentation tu pulak hahah, ringkaskan.

2) Second, kalau korang perasan setiap kali nak apply kerja kat website mesti dia suruh make a pitch! (Dekat jobstreet memang ada)Yang ni sangat la penting, antara ratus2 application yang hantar percayalah hanya beberapa je yang orang HR tengok, mesti dia akan pilih siapa yang tulis make a pitch paling meyakinkan. Untuk buat make a pitch korang boleh google je tengok contoh macam mana nak buat. Tapi ingat jangan copy bulat2, tengok amik idea je nak tau cara macam mana. Buat make a pitch yang orang baca je orang tertarik nak review korang punya resume.

3) Third, korang kena apply kerja banyak and cari website yang berbeza. Ni memang wajib! Sekarang ni bukan kerja je susah dapat nak dpaat interview pun susah. Kalau korang apply dekat jobstreet memang banyak saingan la sebab tu memang website utama orang cari kerja. Cari alternative lain, banyak website kerja sebenarnya yang orang tak tahu contohnya website maukerja, indeed, mudah, Recruit.net, linkedin and banyak lagi la. Oh ye kalau korang tetap nak guna jobstreet as sumber nak cari kerja try subscribe priority application RM 45 rasenye, so korang punya resume akan di highlight kan and akan berada yang teratas. So ade chance besar la company tu nak review resume korang.

4) Oh yaa ni point ni saje je aku nak tambah. Hahaha. Sementara korang tengah mencari kerja tu, kerja la part time dulu. Tu boleh kira experience kerja. Kerja biasa2 pun takpe macam retails. Aku memang sarankan keje retails untuk korang tau perangai manusia ni macam mana ade macam2 jenis. Hahah. Selain tu dapat improve korang punya communication skills maklumla kadang2 customers ni foreigner, chinese, indian diorang communicate in English. So bole la improve English korang and dpat tambah self confidence. Biar la orang kata eleh ada degree tapi keje retails je. Mulut orang ni bukan boleh tutup pun janji tiap bulan ade duit masuk dr duduk rumah termenung tunggu kerja. Ingat apply harini bukan esok company tu panggil interview kadang2 sebulan dua jugak kadang2 tak panggil langsung. So, jangan buang masa kerja dulu cari pengalaman jangan malas.

Eh macam banyak pulak aku type ni. Entah2 orang tak baca pun. Kalau post ni dapat sambutan insyaAllah aku akan sambung balik lepas dapat interview kena buat apa. Haha. Okay la bos aku asyik perati je ape aku type laju sangat ni. Hahaha. Okay bye

– lidya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit