Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama tipu aku Ariana. Baru je lepas baca confession yang bertajuk “Jangan Mengata Orang Gemuk” dari Cik Fleur. Ada beberapa perkara yang aku tak berapa berkenan dan membuatkan aku pun nak balas confession tu. Tak khusus untuk Cik Fleur sahaja, tapi untuk semua pembaca.
Aku ni kurus. Pernah juga dilabelkan sebagai si kurus kering, si papan, tiang lampu, ranting kayu, dan sebagainya. Aku juga macam Cik Fleur, rasa sedih bila dibahan sebegitu rupa. Ada yang gelakkan badan aku sampai terkeluar air mata. Lawak sangat agaknya. Tapi sejujurnya aku tak pernah hina orang gemuk sebab aku tahu, aku ni kurus kering dan tak layak komen badan orang dan tak ada siapa pun nak badan kurus kering macam aku ni kan. Tapi, dalam confession Cik Fleur tu, kerap menyebut “kurus macam bihun”. Kerap. Maaf ya, sebenarnya kalau kita tak suka orang hina kita, kita pun jangan hina orang. Walaupun tak sebut nama siapa si bihun tu tapi aku sebagai orang kurus kering, sangat tak berkenan.
Adakah orang kurus kering macam aku tak ada perasaan? Cik Fleur ada cakap dalam confession tu, “kau takkan pernah tau segala usaha dia, kau takkan pernah tau how hard they’ve tried.” Sama je dengan orang kurus kering macam bihun ni, dah try segala petua nak berisikan badan. Makan banyak, exercise, tapi susahnya nak naikkan berat badan.
Aku nak tambah sikit lagi, sekarang ni kat facebook selalu sangat orang share quote lebih kurang macam ni, “orang gemuk sebab bahagia, husband pandai jaga, isteri pandai jaga, blablabla”. Agak-agak orang kurus kering macam bihun macam aku ni terasa tak? Tapi selalunya yang kurus2 ni diamkan je. Kalau si isteri kurus, mula la terfikir, husband tak pandai jaga ke? Kalau husband yg kurus, mula la terfikir, aku tak pandai jaga husband ke? Kalau husband and wife dua-dua kurus, mula la terfikir, tak bahagia ke?
And satu lagi, “Lelaki lebih suka perempuan yang berbadan chubby berbanding kurus macam bihun”. Agak-agak yang dah kahwin macam aku ni tapi duk kurus kering jugak rasa insecure tak? Mula la terfikir, husband pergi kerja usyar perempuan chubby ke sebab bini kat rumah kurus keding je. Mohon stop la post ayat-ayat macam tu. Aku tak tau la orang kurus lain terguris atau tak, tapi ayat-ayat tu semua amat mengguris hati aku. Aku bukan la manja macam gadis cendol-hati tisu, tapi mungkin sebab aku dah usaha tapi tak membuahkan hasil. Aku terguris.
Aku tau, semua orang nak sihat. Dan aku tau, kita semua nak badan yang sedang-sedang je. Tak kurus tak gemuk, betul? Untuk yang mempunyai badan yang sedang elok, jangan la hina orang yg kurus atau gemuk. Kalau nasihat takpe kot, kalau nak membahan depan orang lain, nak rasa seronok sebab hina orang lain, aku harap cepat-cepat la pergi telan racun. Mohon pupus.
Akhir sekali, jangan sangka orang kurus kering yang macam bihun ni tak ada perasaan jika dibahan. Kami nak jugak jadi lebar sikit macam kuey teow. Tapi dah usaha macam-macam, tetap jadi bihun jugak. Paling naik pun tahap spagetti je. Untuk Cik Fleur, jom la sama-sama kita tingkatkan usaha lagi untuk dapatkan berat badan yang ideal. Sekian, maafkan aku sekali lagi.
– Ariana
Hantar confession anda di sini ->Ā www.iiumc.com/submit