Hai admins dan readers sekalian.
Sebenarnya Lala tulis confession ni sebab lala geram dekat adik lala. Nak cakap depan2 dia lala tak berani sebab dia besar macam kingkong. Takut dia hayun sebelah tangan koma lala sebulan. Huhuhu. Ceritanya dekat rumah ada bela kucing 4 dewasa 2 baby kucing. 2 ibu tu tengah menanti hari nak beranak. Kucing2 dekat rumah lala lawa tau. Gemok bulu gebu2. Comel2 pulak tu. Kalau sedara mara datang mesti semua geram ja tengok. Tapi jangan sesiapa berani bersuara nak mintak sekor bawak balik. Takut nanti terdengar laungan gempita kingkong mengamuk. Adik lala punya sayang kat kucing dia jangan lah berani2 korang bukak mulut nak rembat kucing dia.
Apa yang lala geram ialah lala duduk jauh. Balik kampung kadang2 time cuti panjang. Mak akan mengadu pasal perangai adik dengan kucing2 dia tu. Dulu kucing semua duduk dalam rumah. Tapi sebab suka kencing berak merata dalam rumah, rembat lauk dan selongkar dapur jadi mak ambik inisiatif buatkan satu rumah untuk kucing2. Baby kucing duduk dalam sangkar sebab kalau duduk sekali baby kena buli. Tapi haram adik nak menolong mak masa buat rumah tu. Mak la sorang duk ketung ketang berapa hari duk buat rumah tu. (Mak lala memang terer bertukang). Sekarang rumah tu lagi upgrade sikit siap ada lantai simen. Dulu mak buat macam reban ayam lantai dia dawai lubang2 tu ja. Sekarang tukar jadi rumah atas tanah.
Najis kucing satu hal. Bukannya susah nak cuci. Sembur je air sebab rumah tu mak buat senang untuk dicuci. Kalau sangkar baby lagi senang sebab dah ada alas yang senang tarik tu bila kucing berak. Ni sampai najis dah menimbun busuk jangan cakap nan hado dia nak menolong sembur air. Makanan? Okay adik beli. Sebulan sekali dia beli seguni friskies. Baby tak makan friskies. Kena gaul ikan rebus dengan nasi. Tapi friskies yang mudah takat sendukkan masuk dalam bekas makan kucing tu pon adik tak menolong ini haram nak merebus ikan, asing tulang, gaul nasi lagi bagi baby makan. Mak kata dia pernah tak pedulikan kucing2 tu nak tengok adik bagi makan ke tak. Hampeh. Kesian kucing 2 hari lapar.
Baca: Mak Lala bukan pencinta kucing.
Kucing2 cantik kenapa? Adakah sebab dapat kasih sayang daripada kingkong seperti adik lala?(rolling eyes) Mak lala yang jaga la. Kucing busuk mak mandikan. Kucing sakit mak ubatkan. Kucing lapar mak bagi makan. Yang adik tahu kucing dia sihat cantik gemok wangi. Adik peel bangun pagi dia lepaskan kucing2 keluar dari rumah kucing pastu tak reti kurung balik. Bila mak bebel baby kencing berak dalam rumah dia punya bebai. Berjalan dalam rumah macam ada gempa bumi.(Lala saja guna hyperbola). Mak marah lepas kucing sebab nanti kucing jiran datang kacau kucing2 adik. Pukul 2 3 pagi mak jugak yang bangun bila dengar kucing menjerit( eh mengeow kot) sebab kucing jiran duk jadi mafia. Nanti luka bukan adik yang nak letak minyak.
Ni lala nak pesan kepada yang so called pencinta kucing. Cintakan kucing tolong semai tanggungjawab sekali. Setakat menanam cinta di bibir Lala pon boleh cakap lala pencinta kucing. Dey bela kucing mau bela betui2 la. Kalau lala balik cuti lala tolong la jugak mak tengok2kan kucing2 tu. Tu nanti 2 ibu tu beranak bertambah2 la kerja mak lala nak menjaga cucu2 baru dia. Lala confess kat sini sebab lala yakin adik lala takkan baca sebab dia rakyat malaysia. Rakyat Malaysia tak suka membaca. hahaha. ok joke. Adik lala tak follow page ni. Andaikata dia terbaca doakan lala selamat dan tak koma.
– Lala
Hantar confession anda di sini ->Ā www.iiumc.com/submit