Pengalaman Paling Berharga

PENGALAMAN PALING BEEHARGA

Terima kasih jika sudi siarkan cerita saya ni . Seorang penuntut di universiti awam dalam bidang kedoktoran . Aku nak cerita tentang kisah cinta pertama aku masa zaman sekolah , biasalah budak sekolah dulu cinta monyet hahaha .aku gelarkan dia ni sebagai N dan seorang perempuan.

First time aku perasan dengan N ni masa minggu orintasi ,tapi masa tu form 4 aku baru pindah masuk mrsm nak cari pengalaman baru,lagipun ramai family yang suruh pergi sebab pengalamam ni cepat mematangkan kita ,so aku pon iakan la nak masuk mrsm tu.masa first day aku sampai nak daftar aku dah perasan dengan N , nak cakap cantik tu kira ok la , bagi aku dia comel . Tapi N ni boleh tahan jugak jenis banyak cakap .masa dalam dewan suara N dengan geng dia boleh dengar orang sampai depan . Aku sempat jugak la jugak jeling jeling dekat belakang masa tu . Lagi tak tahan masa nyanyi lagu mara , suara N dengan member dia fuhhh macam lelaki , bila aku pandang belakang N ketawa dengan member dia .aku rasa mesti N dengan member dia kutuk aku hahaha gurau gurau.

Minggu orintasi tu lebih kurang dalam seminggu , banyak jugak la aktiviti aktiviti pihak maktab uruskan untuk sesi suai kenal pelajar baharu dengan pelajar lama ,lagi satu N tu dia duduk situ dari form 1 lagi sebabtu dia ada geng dah . Masa ni jugak mata banyak usha gadis gadis dalam batch aku ,ye la masa zaman budak nak jugak cari buah hati hahaha tapi sembahyang pon tak sempurna lagi hahahaha . fuhhh bukan nak cakap apa budak mrsm kebanyakan memang lawa lawa hahaha tapi masa tu aku rasa N paling lawa biasa la kan kalau dah suka padahal baru seminggu je nampak N tu ,cakap pon tak pernah hahaha . Banyak kali jugak aku usha si N , tapi tak pernah kantoi la , noob je usha orang kantoi ni . Tapi ada sekali tu kan masa tengah jalan dalam dewan tu kan aku rasa N ni macam senyum senyum dekat aku je tapi aku terlanggar kerusi masa tu nasib tak ramai orang gelak.buat buat cool je masa tu nak tunjuk dekat N tu hahaha . gila kau tak berbunga hati masa tu tapi aku rasa dia senyum dekat member dia kot . Husnuzon je masa tu .

So bila dah start kelas macam biasa la , akan tampal nama nama ahli kelas kan , masa tu aku berharap sangat sangat dapat kelas dengan si N tu , tapi apakan daya hanya mampu merancang .kelas kiteorang tak sama . So masa first day nak otw pergi kelas aku ternampak N dekat kelas dia , kelas dia paling depan sekali so setiap kali nak pergi kelas aku , akan lalu pergi kelas dia , bila dah lalu depan kelas dia mesti usya dulu dia tengah buat apa hahaha .kalau duduk asrama mesti ada prep malam kan , aku sentiasa berharap dia pakai baju sama dengan aku , orang cakap baju sama ni jodoh hahaha . Masa awal awal ni baju tak berapa nak matching tapi bila dah lama lama tu dah dapat agak dia pakai baju warna apa , dalam seminggu hampir 4 kali jugak la matching .senyum lebar bila baju matching . Dia ni selalu jugak datang kelas aku jumpa member dia tapi aku macam biasa buat buat cool je bila dia datang. Nak tegur tapi malu hahhaha pandang je mampu .

Ada satu hari tu , aku dengan budak kelas tengah borak borak . Lepastu ada la sorang member ni bukak cerita pasal N tu. Masa member aku start cakap pasal N ni berdegup-degup kencang macam kereta f1 hehehe tipu je . Masa aku masuk sini , aku ingat si N ni single je tak pernah nampak pulak dia dengan bf dia ke . Tapi rupanya pandangan aku meleset jauh ke timur tengah , si N pernah couple jugak dengan bf dia , aku gelarkan bf dia si U . Tapi diorang cakap dah clash . Walaupon dah clash , si U tu ada lagi tapi kelas lain sebelah kelas si N tu, aku dengan U ni ok je ye la sebab aku tak pernah cakap dekat sesiapa ni yang aku suka dekat N . Nasib aku tak pernah cerita dekat orang hahaha . So sejak dah tahu si N pernah couple dengan U aku simpan sorang sorang je , kalau kantoi masak aku hahaha .

Sepanjang form4 aku dekat situ , N ni banyak jadi bualan mulut jugak la dengan geng kelas aku hahaha . Pernah jugak la aku cakap dengan si N tu itupon sebab nak beli makanan dekat PUM , PUM ni tempat untuk student jual makanan . Biasanya si N akan jual hari sabtu malam atau pagi , masa tu je la peluang nak cakap dengan si N . Rahsia aku suka si N ni tak kantoi sepanjang form4 . Aku memang simpan rapat rapat rahsia aku hahaha.Nak dijadikan cerita masa cuti bulan 12 , aku cari fb dia dan aku jumpa . Aku ambik masa seminggu jugak la fikir nak tegur ke taknak hahaha . Akhirnya aku tegur jugak dia guna messenger masa tu . Berdebar debar wei tunggu dia balas , fuhh bila dia balas tu aku rasa manusia paling bahagia dalam dunia masatu tapi biasala typical malay , aku cakap ‘tak ada orang marah ke ‘ .nasib dia cakap tak ada walaupon aku tahu dia pernah ada bf dulu . Bila dah selalu borak tu , aku pon mintak la no dia . Nasib dia bagi

Aku biasanya ws si N ni bila balik cuti je, . Kalau bawak phone bukan nak buat apa sangat takut kene rampas je . Bila dah selalu ws si N rasa lain bila balik asrama . So aku decide beli phone nokia 3310 kira tiap tiap hari la aku boleh text dia .hari hari jugak tanya khabar parent. Nak dijadikan cerita , member aku ni awek dia kawan rapat si N , dia tanya aku yang aku ni suka N ke , dalam hati mana pulak dia tahu aku suka si N tu rupa rupanya si N cerita dekat awek member aku tu . Aku cakap dekat dia jangan bagitahu orang lain semua . Walaupon aku tak declare dekat si N ni aku suka dia , aku dapat rasakan dia suka aku jugak masatu . Aku dengan N selalu jugak la berbalas balas surat sebelum aku bawak phone pergi kelas . Masatu dah ramai orang tahu yang aku suka N tu , kau rasa apa reaksi si U bila tahu aku suka si N ?aku pon tak tahu . Tapi bila dia dah tahu aku rasa lain macam je bila jumpa si U ni .takpe abaikan , tapi lepastu aku declare yang aku suka N guna surat dan dia pon balas benda yang sama . Macam biasa abang terlebih happy masa tu . Kiteorang selalu jugak jumpa , kalau outing aku biasa beli makanan dekat mcd bagi dekat N .

Sebelum nak spm ,maktab ada anjurkan program solat hajat , so kene jemput ibubapa semua la . Aku decide nak kenalkan N dekat ibu aku ,so.dia pon ok bila aku cakap nak bawak dia jumpa semua , kiteorang makan sekali ada la borak borak sikit .senyum lebar jugak la masa tu . Dunia tak selamanya indah , kalau tak silap 1bulan sebelum spm banyak benda yang aku perhati dengan si N . N macam banyak berubah sikit , macam ada yang tak kene je bila aku text N . Bila aku nak jumpa dia ada je dia bagi alasan , biasa kawan dia akan teman . Dia banyak mengelak dan sorok banyak benda dari aku . Aku pernah mintak nak tengok phone dia , tapi dia tak bagi . Perasan ingin tahu tu membuak-buak , aku mintak tolong kawan aku tanya gf dia yang rapat si N tu . Rupa-rupanya si N ni masih sayang lagi dengan si U ,dia masih simpan barang yang si U bagi dekat dia , sebab dia tak bagi aku tengok phone dia ,dalam tu dia simpan lagi text dia dengan si U . Masa tu aku sedih jugak la bila aku dapat tahu semua tu dan air mata pon terkeluar la sikit . Tapi aku senyap je. Dia macam dah tak endah je . Ada satu hari tu member aku bagitahu yang si N ni tengah otp dengan U . Masa tu aku dah tidur . Start dari tu kiteorang gaduh besar jugak la masa tengah spm , macam macam aku dah buat untuk dia tapi dia buat aku macam tu . Aku ingat lagi masa tengah spm tu dia mintak clash , N cakap aku terlalu baik untuk dia . Bayangkan masa tu tengah spm , sedih dia tak perlu nak cakap macam mana , perit dia . Fuhhh masatu aku cuma berharap nak sangat spm habis cepat supaya aku tak nampak lagi dia . Lepas habis spm , aku ambik masa yang agak lama jugak nak move on daripada si N tu .

Bila aku teringat balik cerita ni , aku rasa benda ini antara pengalaman paling berharga dalam hidup yang aku pernah dapat sebab dekat situ banyak perkara aku belajar . Ada sebab kenapa tuhan turunkan ujian yang macam tu .ada sebab kenapa aku dimasukkan ke mrms. Aku semakin matang dalam membuat keputusan , tidak terburu-buru untuk mencari pasangan hidup .hanya fokus untuk masa depan dan aku percaya jodoh itu di tangan tuhan , kalau dah jodoh ia takkan ke mana .terima kasih kerana membaca cerita yang tak seberapa .

Yang benar ,
H

– Hafiz

Hantar confession anda di sini ->Ā www.iiumc.com/submit