Good Side of Kelantanese

Assalamualaikum semua. Thanks admin approve post ni. Confession ni ditujukan untuk semua netizen2 di luar sana terutamanya yang sangat anti dengan kelantanese. Tujuan aku confess ni sebab aku nak sedarkan semua orang yang orang kelantan tak seburuk yang korang sangka.

First of all, aku bukan orang kelantan. Tapi aku dibesarkan dengan melihat cara hidup kebanyakan orang kelantan. Okay dalam confession ni kita put aside pasal pengotor, penyepah, culture shock dll. Sebab thread ni pasal positive side yang kita boleh ambil pengajaran.

First point aku nak tekankan dekat sini adalah orang kelantan sangat pandai berniaga. Buktinya, kalau korang tengok live dekat facebook kebanyakan yang menjual online adalah orang kelantan. Tak kisah lah dari kain pasang, tudung, shawl, kasut dan sebagainya. Biasanya founder atau pemborong dia mesti orang kelantan. Apa yang aku perhatikan diorang memang sangat pandai buat duit. Macam mana kita tengok orang cina sangat meminati perniagaan, macam tu lah orang kelantan. Even dalam islam pun ada cakap 9/10 daripada rezeki adalah dari perniagaan. Sebab tu lah kalau korang pergi kelantan, korang sendiri boleh tengok rumah2 orang yang berniaga ni macam mana. Setakat banglo tu mainan je, kereta mewah pun mereka mampu. Dan kebanyakan dari mereka buat rumah cash tau. Pernah satu hari, aku pergi ke pasar siti khadijah and time tu aku beli rojak dekat sorang pak cik ni naik motor tayar tiga. Tengah2 membeli, tiba2 dtg pak cik lain yang berbual dengan pakcik tu dan masa tu aku terdengar yang pak cik tu siap bgtau yang rumah banglo dia baru siap dibina. And what surprising me is dia bina banglo sebuah tu dengan cash hasil menjual rojak tanpa pinjaman bank walau satu sen. Hebat kan. Orang kerja gomen pun mengharapkan loan nak buat banglo besar2. Daripada korang yang duk kutuk2 kelantan pun still tinggal kat rumah flat, tu pun sewa.

Nak tambah lagi, kelantanese jugak sangat suka berhijrah. Bukti, korang gi lah mana2 negeri pun, even sabah sarawak mesti korang akan jumpa orang kelantan paling ramai yang transfer and stay. Dan boleh dikatakan dekat semua negeri, mesti ada kedai masakan kelantan even sabah and sarawak. Korang kalau teringin nasi kerabu dkt sabah, memang tak kempunan, sbb ada je kedai kelantan dekat situ. Bazar ramadhan dekat sarawak, penuh dengan masakan kelantan. Sebut je nak apa, laksam, ayam percik, nasi dagang semua ada. Even dekat pasar karat johor pun penuh orang kelantan menjual. Taknak ckp lah dekat kl sbb memang banyak. Kalau tak, takkanlah korang asyik duk hunting nasi kak wok lah, nasi ayam cincang lah, nasi budu lah. Betul tak? Hehe. Korang jangan cakap pulak diorang sibuk datang negeri korang pastu cantas rezeki rakyat negeri korang nak berniaga pulak. Bumi Allah ni luas siapa kita nak halang orang berhijrah dekat mana mana negeri. Dah diorang pandai cari rezeki, tak boleh nak salahkan jugak. Better kot daripada duduk dalam negeri tapi takde apa2 kemajuan dalam diri.

Saya cakap berdasarkan pengalaman sbb saya memang suka travel dan ni salah satu yang saya dapat conclude hasil dari setiap persinggahan saya. Kat sini saya nak relate jugak kelantanese dengan pakistanese. Disebabkan point saya menyentuh tentang hijrah, orang pakistan pun sangat suka berhijrah dan berniaga. Nilai2 yang ada dalam kelantanese sedikit sebanyak ada dalam pakistanese. Saya pernah travel ke pedalaman jepun dan pedalaman korea, dan saya sangat terkejut kerana saya jumpa restoran pakistan di sana. Even di malaysia pun banyak kan restoran pakistan, kedai karpet besar pun mostly milik orang pakistan. Bayangkan mereka tidak pernah kisah merantau ke negara atau negeri orang untuk mencari rezeki. Ni sedikit sebanyak tentang apa yang saya kagum dengan kelantanese and pakistanese. Aku rasa korang dah boleh agak kan kenapa korang rasa kelantanese ni berpuak. Nak buat macam mana, diorang pergi mana mana negeri pun diorang boleh jumpa orang senegeri. Siapa je yang tak excited bila jumpa orang kampung kan.

Okaylah, before aku end confession ni, nak bagi nasihat sikit, daripada kita cari keburukan mereka, baik kita selidik apa kebaikan mereka. At least mereka menyumbang kepada ekonomi negara, korang yang kutuk2 tu sumbang apa? Tepuk dada tanya apa sumbangan kita dekat masyarakat, bangsa , negara dan agama. Bukan hanya pandai memboikot, bash, pulau dan sebagainya.

– Traveler

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit