Realiti Alam Barzakh

Salam semua pembaca, sy ingin berkongsi sedikit tazkirah dari seorang ustaz yg baru didengari di tv.

Nabi bercerita pada para sahabat, Nabi bermimpi datang dua org lelaki lalu membawa Nabi melihat alam barzakh. Apabila Nabi tiba di suatu tempat Nabi lihat ade seorang manusia yg memotong mulutnya menggunakan pisau, dihiris dari bibir ditarik hingga ke pipi dan ke leher. Nabi bertanya siapakah mereka, namun dua pemuda itu menyuruh Nabi meneruskan perjalanan.

Sampai di tempat seterusnya Nabi melihat seorang manusia yg baring terlentang dan seorang lagi mengangkat batu besar dan menghampapkan keatas muka orang yg terlentang tersebut sehingga hancur muka org itu. Seketika kemudian muka yg hancur tersebut elok balik, lalu dihempap lg batu hingga pecah lg muka org itu dan berterusan hingga kiamat.
Nabi meneruskan perjalan ke tempat seterusnya dan Nabi lihat ada anak sungai yg penuh dengan org. Org2 dalm sungai itu mulut pecah dibaling batu oleh seorang yg lain.

Nabi meneruskan lagi perjalanan hingga ke suatu rumah api dimana dlmnya ada api yang marak menjulang, lalu Nabi lihat ramai lelaki dan perempuan yang tidak berpakaian dibakar api berkenaan lalu melambung tinggi mereka hingga hampir ke corong asap rumah api tersebut.

Nabi meneruskan perjalanan hingga smpai ke satu tmpat lapang rumput hijau dan ada sebatang pokok yg tinggi hingga ke langit. Disitu ada seorang tua dikelilingi kanak2 yang ramai dan tak jauh dari pokok tersebut ada seorang pemuda yang sedang menyalakan api. Lalu Nabi bertanya kepada 2 org pemuda yg bawa Nabi melihat kejadian2 tersebut apakah makna semua ini? Pemuda tersebut lalu memperkenalkan diri sebagi malaikat Jibrail dan Mikael.

Lalu mereka menceritakan maksud disebalik kejadian yg Nabi lihat. Yg penghiris mulut itu ialah golongan yang didunianya byk melakukan penipuan kepada manusia. Yg muka dihempap batu hingga pecah adalah golongan yang diberi ilmu Quran oleh Allah (golongan agamawan) tapi mereka tidak mengamalkannya.

Org2 yg mulut pecah disungai adalah golongan yang makan rasuah. Dan yg didalam rumah api itu adalah golongan penzina. Org tua dan kanak2 yg Nabi lihat dibawah pokok pula ialah Nabi Ibrahim dan golongan org yg beriman manakala pemuda yg menghidupkan api tidak jauh dari pokok tersebut ialah malaikat penjaga neraka iaitu Malik.

Begitulah antara penyiksaan dialam barzakh kelak. Mereka kekal begitu sehingga kiamat. Tiada lagi mati setelah mati didunia. Antara yg boleh kita amalkan untuk hindar dari azab kubur ialah membaca surah alMulk. Mudah-mudahan kita semua terhindar dari siksa kubur.Amin Ya Rab. Wallahua’lam.

– Musafir

– Musafir

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit