Assalammualaikum warga IIUM dan pembaca sekalian. Moga kita sentiasa berada di bawah rahmat dan hidayahNya selalu
Aku tak tahu kenapa aku terpanggil untuk menulis nukilan ini. Mungkin kerana sungguh banyak cerita yang sarat aku pikul disekeliling sejak aku faham erti kehidupan. Aku juga harap ada suami suami yang akan baca dan renungkan…
Situasi 1 :
“Abang, hujung bulan ni cuti sekolah, dah lama rasanya kita tak bawak anak keluar jalan jalan, mak di kampung pun dah lama kita tak jenguk bang, kalau dah gaji nanti kita pergi ya bang? Kita tong tong la duit. Mesti anak anak seronok. Berkata si isteri selepas makan malam kepada suaminya yng khusyuk dengan telefon bimbit.
“Tengoklah!! bulan ni saya banyak nak pakai duit. Awak ni asal cuti je sibuk nk berjalan! Apa awak ingat sikit sikit ke pakai duit kalau blik kampung jauh tu? Lainlah awak nak sponsor semua.. Tengok orang nak jalan sibuk awak nak jalan!”
Perbualan terhenti di situ dan isteri berlalu untuk menyediakan kelengkapan anak dan suami untuk esok. Seribu rasa dari wahai isteri. Pendam.
Situasi 2 :
Bergegas si ibu punch card, terbayang bayang mata anak yang ditinggalkan di taska.. dalam kesibukan tetap teringat ingat dan risau di dalam hati. Dipanjatkan doa moga anaknya sentiasa Allah lindungi. Jarak antara tempat kerja dan rumah jauh. Satu jam perjalanan, ditambah dengan kesibukan kota, nak cari kerja yang dekat tiada rezeki. Kalau tak kerja suami pasti tak mampu menyara keluarga. Isteri juga lepasan IPT, hutang pelajaran sedia menanti, takkan nak harapkan suami bayar? duit beri pada mak ayah lagi?, ,Penat dah mak ayah besarkan kita elok, berpelajaran, takkan lah sedikit pun kita tak mampu dah bayar jasanya selama ini?.’ Sekarang ada kerjaya pun banyak isteri bayar sendiri, kereta utk kemudahan kerja, suami tak lah seromantis untuk ambil hantar isteri setiap hari., duit upah jaga anak, hujung bulan suami sesak memang isteri beli barang dapur dan apa apa tak cukup kat rumah tanpa disuruh. Yela takkan nak biar dapur tak berasap? sian kat anak anak. Sampai dirumah sibuklah memasak makanan ringkas. Suami sampai terus duduk di sofa sambil leka melayan telefon bimbit. Sungguh isteri berdendam amat dengan “sang telifon” begitu banyak masa kami yang kau curi dalam hidup kami! Suami juga tak endahkan anak dan kami! Kejamnya kau!. Sambil menumis sayur, anak merengek mintak susu, “bang, buatkan anak susu, menangis dah tu,…” sekali cakap si suami masih tersengih menatap skrin HPnya.. kali kedua ada nada yang kuat terpacul dari mulut isteri. Dek terasa panas dadanya menahan sabar mendengar anak menangis merengek.
” Arghh… buat lah, saya penat kan baru balik kerja ni!,,” jawab si suami sambil mata tak henti melirik skrin telefon.. Terus anaknya menangis hingga dileraikan isteri yang siap masak dan menyusukan anaknya. Sambil botol di tangan menyusukan anak, melirik mata melihat jam. “Allah! pukul 6.30 dah, solat asar tak lagi, masuk waktu 4.30 td.. tapi kerja perlu disiapkan sebelum balik jam 5, kalau tak siap sebelum 5 lambatlah dapat balik. masalahnya tak boleh lambat balik sebab pengasuh lewat lewat pon pkul 6.30. Kalau lewat keluar office pastinya terpaksa menghadap heavy traffic..pernah sampai pukul 7 lbh baru sampai rumah. Ya Allah ampunkan hambaMu, terlalu leka dengan urusan dunia. Melihat si suami yang masih belum berganjak dari sofa tadi, sesekali tersengih halus ketika menatap skrin telefon. apalah agaknya yang mencuit hati sampai dapat menghasilkan gelak tawa itu. Kenapalah bahagia gelak tawa itu tidak terhasil ketika bersama isteri dan anak nak?
Si isteri bercakap dengan nada perlahan, ” Bang, tolong jagakan anak ni sekejap boleh, sian ni ha baru susu saya nak solat jap dah lewat sangat ni.
“Adoiii awak ni asal balik ada jelahhh, takleh tengok org senang sket!!, letak jekla budak tu kat bawah apa masalahnya???
si isteri diam. sedangkan hatinya membara. dadanya menahan getar. sempat dihadiahkan jelingan tajam. Pendam lagi…
Situasi 3,
Allah penatnya tugasan seharian hari ni, menjaga anak anak, tugas harian rumah, masaknya lagi, anak pulak asyik nak melekat aja, pantang tak nampak kita mulalah mencari, kadang dapatlah curi curi terlelap seminit dua sebelum anak menjerit minta diperhati. Dari pagi sampai ke malam. tugasan semuanya di bahu isteri. kalau dapat ehsan suami paling paling buangkan sampah di dapur itupun dah cukup bersyukur. Malam tu suami complaint lauk kurang masin. Hati isteri sedih tapi tetap sabar, tak pernah pula isteri complaint duit barang dapur tu pun isteri yang keluarkan. Bukan apa..malas nak meminta, kadang diminta ada aja alasannya. Duit habis kereta rosak, motor rosak, hp rosaklah. Banyak dah makan hati, tapi isteri telan… suami kan? sabar jekla… Elok anak tidur dah, si suami yang tadinya bukan main garang, tak membantu sepanjang hari, tiba tiba datang menghampiri, mintak di layan. Allah… sepanjang hari terasa hati dengan sikap si suami, malam itu tak mampu tipu diri untuk menyerahkan diri. Ya Allah, kan asalnya perkahwinan ini dari rasa cinta. kenapa Kau uji dengan perasaan hiba bercampur benci ini.. Dosakah aku Ya Allah?’ Kadang ditolak sebab penat dan terasa hati. Ya memang dosa, tapi mereka tak berdosa ke Ya Allah? mereka abaikan tanggungjawab mereka dan aku sebagai isteri perlu terus sabar. Allah, kuatkan aku….
Situasi 4 :
Hari raya bakal menjelma, hati ibu risau baju baju anak belum ada, anak anak dah mula bertanya. ” Ibu, kawan saya dah beli baju raya.. kita bila lagi?? ” berat rasa isteri nak bertanya pada suami. hari tu bila di tanya mintak tunggu gaji. tapi ini dah hampir separuh bulan gaji tak ada tanda untuk pergi membeli. ” Abang, jom kita pergi beli baju raya anak anak,? kat kedai bandar tu ada jualan murah, sian kat anak anak bang masing masing excited nak baju raya…” awak ni kan pantang saya gaji… awak ingat sy cop duit ke??, pakai jekla apa yang ada, awk tu bukan apa, saja jenak berlawan lawan dengan orang… orang ada baju baru awak nak baju baru… orang ada beg baru awak nak beg baru! duit gaji awak ada kan? awak buat pasurat gaji awak tu?? semua nak mintak saya!”… Pedih… si isteri tak mintak pun dibelikan baju rayanya.. si isteri tak mintak pon dibelikan beg rayanya.. selama ni pon isteri beli baju raya sendiri.. Yang dalam dalam pun isteri beli sendiri pakai duit gaji.. Nak tunggu suami time bonus itupun penantian yang belum pasti.. Kadang dapat kadang nganga jekla… tengok suami dapat bonus beli sportim baru… beli kayu golf baru… kadang isteri pelik, time tu takde pulak sebut tak ada duit.. Bila orang puji cantiknya baju raya anak masing masing… Si ibu dengan bangga bagitahu ayahnya yang urusakankan… sedangkan llah saja yang tahu… bukan apa.. biarlah si suami indah di mata kenalan…. Pendam lagi…
Situasi 5:
Wahai suami, zaman muda kita susah senang bersama. memang banyak yang susah dari senangnya tapi aku tetap setia. Aku dulu tak malu mengutip kangkung segar di tepi jalan untuk lauk tengahari kita. Tapi bila kita dah tua, anak anak kita Alhamdulillah menjadi semua, kenapa aku kau abaikan? saat kau telah berwang… tak seperti dulu.kais pagi makan pagi… Mujur Allah berikan anak yang baik… Wahai suami kenapa diseksa jiwa dan ragaku? di depan kenalan. Baiknya perwatakanmu, diam, tak banyak kata, orang pasti tak sangka sisi gelap dirimu. Yang suka mengherdik bila terasa ingin bebuat begitu, nafkah kelengkapan jauh sekali…. bertahun dah cari sendiri, ini bil air dan elektrik pon buat tak tahu… sedangkan isterimu hanya suri rumah yang menjaga cucu cucu… Ya Allah berdosakah isteri? Jika kami berdosa bagaimana dengan suami? Duitnya ada tapi bukan untuk dikongsi. Kedekutnya menjadi jadi tapi bukan nak bawa duit untuk naik haji… Allah kuatkanlah hati isteri ini…
Wahai suami, kami isteri yang kamu ambil dari ayah dan ibu kami dengan cara yang baik. Adakah hidup kami akan terusan begini. tersepit, tertekan, pendam?, dimanakah kamu yang dulu yang menggilai kami bagai nak mati. rindu sepenuh hati.. segala apa akan dituruti? Mengapa kini tak bantu kami sama sama menerus hidup membesarkan anak anak dengan cara yang diredhai?
Wahai suami swdarkan anda, duiy gaji anda tak pernah cukup walaupun tinggi, disebabkan ianya tiada keredhaan kami..sedarkah anda rezeki anda melimpah disebabkan anak anak dan kami? tak sedarkah anda rezeki anda sempit… kerja anda stress, kereta anda selalu rosak disebabkan hilang keberkatan dan saat hilangnya doa terhadapmu dari mulut kami… si isteri?
Wahai suami, pernah kah anda sekali berfikir? hidup anda tanpa kami? mampukah anda uruskan anak anak? mampukah anda uruskan hutang sendirian?… Kami tak mintak banyak, kami tak mintak dibelikan gelang setiap hari, kami cuma mintak satu sahaja… hargailah kami dan jangan heret kami keneraka disebabkan sikap sikap kamu yang pentingkan diri. Sedarkah kamu wahai kebanyakkan suami. Isteri bertahan kerana anak anak…Sedarkah kamu kebahagiaan kamu bukan pada kawan kawan yang meriak sana dan berlumba lumba hal duniawi?
tetapi kebahagiaan dan rezeki kamu terletak pada doa dan redha kami…isteri dan anak anakmu…
Tak nampakkah pengorbanan kami yang menninggalkan mak ayah untuk bersama kamu? Tak nampakkah kami sanggup penat lelah untuk melahirkan zuriat mu? ataupun merasa ia belum cukup untuk kamu? Bertimbang rasalah… bukankah impian kita sma untuk bersama sama ke Syurga?
Didiklah isterimu… kata ulama… tapi bagaimana si suami hendak di didik? tiadakah jalannya?? Wahai para ibu, didiklah anak anak lelaki mu supaya menghargai wanita… supaya menjadi lelaki yang bertanggungjawab… Berikan didikan agama supaya anak anak lelaki kamu tahu mana tanggugjawab yang wajib dan mana pula ehsan… supaya isteri isteri mereka tidak jadi seperti kita… terluka dan berdosa..
Maafkan aku Ya Allah jika aku berdosa. Maafkan kami jika kami terlanjur kata dan rasa…. wahai suami…Sungguh kami bukan malaikat.. kami punya perasaan… kami akan terluka bila dilukai…wahai suami renungkanlah..siapa kami di mata kamu sebenarnya??
Kami ingin ke syurga, bimbinglah kami… tolong jangan heret kami keneraka..
– Isterimu yang tak sempurna
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit