Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca iiumc.semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Pertama saya nak intro serba sedikit tentang diri sebelum bercerita tentang apa yang hendak diluahkan. Saya seorang lelaki, umur 30an, dah berkahwin, isteri seorang dan fulltime housewife.
Berbalik pada tajuk “kebahagian” , saya selalu terbaca posting yang menceritakan tentang depression, tentang makcik bawang2 lengkuas halia n segala macam, tentang kawan dalam selimut, tentang bercerita mengenai orang sane,orang sini, isu LGBT dan sebagainya.disini saya ingin berkongsi sedikit pemahaman kebahagian melalui konteks pemahaman saya.
Sebenarnya kebahagian itu bergantung kepada penilaian individu masing masing. Ada yang menyandarkan kebahagian itu pada ” Benda ” contoh bila lihat seseorang berkereta mewah,rumah besar,pakai barangan berjenama sesetengah orang menganggap orang itu dalam kebahagian. Itu tidak salah,tapi kebahagian itu tidak kekal atau mutlak bila “benda” itu dah hilang nilai,kebahagian pom hilang dan tidak pernah puas dengan konsep kebahagian itu. Mereka akan start mencari kebahagian pada benda yang baru.yang lebih materialistik.mengejarkan benda2 yang orang selalu cari atau idamkan untuk dishow offkan. Bagi saya itu adalah satu penyakit bila seseorang itu ada simpton selalu menayangkan kebendaan baik di media social atau sesama sendiri.
Kebahagian mutlak pada pandangan saya adalah satu konsep yang berbeza. Tetapi untuk mendapatkan perasaan bahagia itu ,seseorang itu tidak boleh ada sifat cemburu membabi buta,iri hati pada orang sekeliling, sombong,bongkak, perasaan mementingkan diri untuk dunia dan pelbagai lagi sifat sifat yang berunsurkan negatif. Bila seseorang itu dapat mengawal segala sifat negatif yang tidak baik untuk diri.insha Allah..perasaan bahagia mutlak itu akan sampai. Baik bahagia bersama pasangan,kawan kawan,jiran jiran dan semua orang hatta dengan suasana alam.
Dan antara key utama adalah, jaga permakanan. Bukan jaga permakanan untuk kesihatan.tapi jaga permakanan untuk hanya memakan makanan yang HALAL. Halal ni bukan pada logo halal yang menempel dekat bungkusan bungkusan makanan atau minuman tu,tetapi halal dari sudut sumber datangnya rezeki tu, zaman sekarang ramai yang mengambil ringan tentang perkara ini.nampak kecil,tapi impak nya besar pada kehidupan seseorang. Ramai yang memakan rezeki dari sumber yang bercampur aduk, sebagai contoh, menipu dalam pekerjaan, mendapatkan duit gaji dari hasil kerja yang tak buat.claim overtime,tapi sebenarnya tidak OT pom pada hari tersebut,claim budget2 hotel.claim hotel mahal tapi sebenarnya menipu pada resit hotel atau resit bil yang seangkatan dengannya. Menipu dalam perniagaan,menipu dalam urusan kerja,itu semua berkait dengan sumber rezeki kita tuan puan. Jaga semua. Dari duit tu kita gunakan untuk menyara keluarga,untuk memberi makan pada orang tua kita,isteri kita,suami kita,anak anak kita. Tu sumber yang tidak halal. Bila kita memakan makanan yang datang dari sumber yang syubhah atau haram,keberkatan itu hilang.berkat ni penting dalam hidup seorang muslim atau muslimah. dari makanan yang tidak halal itu akan menjadi darah daging kita. Dalam satu hadis Nabi menceritakan perihal segumpal darah. Ayatnya berbunyi begini.
“Sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal darah. jika segumpal darah tersebut baik maka akan baik pulalah seluruh tubuhnya, adapun jika segumpal darah tersebut rusak maka akan rusak pulalah seluruh tubuhnya, ketahuilah segumpal darah tersebut adalah hati.”
Jelas dari hadis tersebut,faktor pemakanan itu memainkan peranan dalam kehidupan seseorang,jadi tuan puan,sila lah ambil berat pasal sumber datangnya rezeki itu.pastikan Halal.insha Allah bila diri seseorang itu bersih,sifat sifat yang baik akan mudah melekat pada seseorang dan sifat yang buruk akan terhindar.
Bahagia ni bukan benda yang boleh diukur pada benda,ianya adalah Anugerah Allah. Ada orang yang berharta,tetapi belum tentu dia bahagia,ada orang yang kelihatannya miskin,tetapi dia kaya dengan kebahagian yang Allah limpahkan pada kehidupannya. Kebahagian ni bukan benda yang boleh direka atau dibuat buat.ianya melibatkan perasaan yang orang itu sendiri boleh gambarkan melalui tingkah laku mereka sendiri.jadi bersyukurlah buat mereka yang ada perasaan bahagia dalam kehidupan mereka,kerana tidak semua orang ada perasaan itu.
Antara kunci untuk bahagia adalah “bersyukur”, ni elemen yang sangat sangat penting. Sentiasa bersyukur dalam hidup ,walau ketika ditimpa ujian sekalipun. Pandanglah sesuatu tu dengan pandangan rahmat.insha Allah, ujian yang berat akan menjadi ringan.kita semua kena memahami, kenapa Allah uji seseorang, Allah uji kerana Allah sayang.Allah uji untuk kita menjadi lebih baik,Allah uji supaya kita ingat dekat Nya, jangan lah berputus harap pada Nya. Dalam hidup jangan kita compare kehidupan orang lain dengan kehidupan kita,kita hanya melihat yang zahir sahaja,belum tentu yang zahir tu sama dengan yang batil. Jadi perbanyakkan bersyukur.contoh bersyukur ada pasangan,bersyukur ada zuriat,bersyukur ada keluarga,bersyukur ada pekerjaan,bersyukur ada kenderaan,bersyukur ada pancaindera,bersyukur ada tempat tinggal dan sebagainya.Allah ada berfirman dalam Quran surah Ibrahim ayat no 7 menceritakan tentang bersyukur.Allah janjikan buat sesiapa yang bersyukur,Allah akan tambah nikmatnya.percayalah..
Dan tak lupa, jaga hubungan dengan keluarga terutama pada ibu bapa. Selalu berbuat baik kepada mereka,doakan mereka,gembirakan mereka, mak ayah kita ni,diorang bukan nakkan duit,harta,sebenarnya diorang memerlukan perhatian dan rasa dijaga. Jangan ambil remeh, bila seseorang itu ada anak,mesti akan paham perasaan seorang mak atau ayah. Even kita bertanya kan khabar berita melalui phone.even bercakap beberapa patah perkataan, perbuatan itu mampu menceriakan mereka sepanjang hari.Kerana mereka merasai kasih dan perhatian yang anak berikan kepada mereka.khususnya anak lelaki. Ramai anak lelaki segan menunjukkan perhatian mereka kepada mak ayah mereka. Buanglah perasaan itu, pimpinlah mereka ketika keluar bersama.orang akan lebih menghormati anda daripada berkata yang bukan bukan mengenai anda. Bila mak ayah gembira dengan anak anak mereka dan mendoakan untuk anak anak mereka.insha Allah pintu pintu rahmat Allah akan terbuka. Doa dari ibu bapa adalah doa yang mustajab. Anda pelbagai cara untuk gembirakan hati mereka,kita semua kenalah pandai mencari caranya.
Selain dari itu,jaga hubungan dengan pencipta kita iatu Allah, kita sebagai seorang islam,kenalah menjadi seorang islam yang sebenar jangan hanya islam pada mulut. Bersyukurlah kita dilahirkan dalam keadaan islam. Ada yang dilahirkan sebagai bukan islam bayangkan bagaimana kehidupan kita kalau kita dilahirkan sebagai bukan islam dan macam mana proses yang kita perlu lalui untuk mencari da true path. Islam ini mudah,cuma kita kena paham.dan cara untuk memahami adalah melalui ilmu. Ilmu perlu dicari bukan dinanti. Belajar ilmu agama itu adalah fardhu ain,iatu wajib keatas setiap orang islam baik lelaki atau perempuan.Saya pernah mendengar satu ucapan dari seorang ustaz yang berbunyi begini Kalau seseorang itu tidak berusaha untuk mencari ilmu agama untuk melengkapkan dirinya,tak lepas urusannya di alam kubur nanti,akan dipersoalkan tentang masa hidup kita di atas dunia digunakan untuk apa. Ramai dari kita islam atas adat dan melakukan perbuatan ibadah itu tanpa memahami. Sebagai contoh, solat.iatu perbuatan ibadah yang kita lakukan 5 kali sehari. Berapa ramai yang tidak tahu rukun solat ada 13 rukun wajib, dan apa pecahannya rukun rukun itu apa yang sunat apa yang wajib dalam solat. Buat sesiapa yang belum tahu, carilah peluang belajar, ilmu ni fardhu ain.cuba perbaiki diri sebaik mungkin diatas dunia ni.berjalan laa kita diatas dunia ni dengan syariat Islam, insha Allah pintu pintu rahmat Allah akan terbuka luas termasuklah pintu kebahagian.
Sejak kebelakangan ni, penulis banyak terbaca tentang masalah depresi terutama dikalangan wanita, depresi sebab masalah keluarga,masalah belajar,masalah kerja,masalah rumah tangga,masalah pasangan dan sebagainya. Hati hati dengan masalah depresi ni sebab nya melibatkan masalah jiwa yang tidak tenteram dan membuatkan pikiran memikirkan perkara yang bukan bukan. Be strong alls, cari jalan untuk pulihkan diri, setiap orang berbeza caranya. Diri anda sendiri yang boleh mengubah diri anda,jangan harapkan pada orang lain. Orang sekeliling hanya boleh memberi nasihat yang ubah adalah diri anda sendiri. Kita bertanggungjawab atas diri kita sendiri. Ingat kita hidup ini penuh dengan Amanah yang kita tak sedari, antaranya Amanah kita pada Allah untuk menjaga diri kita dari melakukan perkara yang tidak disukainya. Jaga baik baik Amanah Allah. Sampai masa nanti dituntut oleh Nya. Cuba lah mendengar video video motivasi yang ada banyak diruangan internet mahupun youtube dan kalau boleh kurangkan mendengar motivasi dari non muslim, kebanyakan kata kata motivasi dari non muslim adalah kata kata yang direka oleh mereka sendiri iatu dari kalangan
makhluk.sebaliknya, perbanyakkan lah mendengar ceramah motivasi berunsurkan islamik diantaranya yang penulis suka dengar di youtube ceramah motivasi dari hanan attaki iatu penceramah dari indonesia. Kisah kisah motivasinya selalu disandarkan pada ayat quran hadis, kisah Rasulullah dan sahabat baginda. Perkara sedemikian itu lebih baik, ayat ayat quran itu kata kata Allah. Kata kata Allah itu jauh lebih baik dari kata kata manusia.Antara ayat Quran berkaitan ujian surah Al Imran ayat 200,surah Al baqarah ayat 45, surah Al sharh ayat 5 & 6 dan banyak lagi surah surah lain.Buka Al quran dan baca lah tafsirnya.Semoga nasihat ini mampu membantu serba sedikit buat mereka yang ada masalah depresi.
Buat sesiapa yang ada masalah dalam hubungan rumah tangga baik lelaki mahupun perempuan, cuba perbaiki hubungan sebaik baiknya sesama pasangan, jangan terlampau memendam rasa seorang diri, hidup berpasangan ini hidup saling melengkapi mengisi apa yang kurang dari pihak masing masing. Ada yang dikurniakan suami baran,isteri tak dengar kata,anak anak yang nakal dan sebagainya. Tapi first of alls, sebelum kita meletakkan kesalahan atas orang lain, kita perbaiki diri kita terlebih dahulu, renung apa yang kita ada tersilap dalam hidup, kalau ada yang kurang dalam diri kita, perbaiki dan terus perbaiki,dalam masa sama kita nasihat pada pasangan kita atau ahli keluarga kita, sebab hubungan kekeluargaan ni memainkan peranan semua pihak.Kita ni kadang Allah jadikan kita sebagai ujian untuk orang lain,kadang Allah jadikan rahmat untuk orang lain. sebagai contoh seorang suami merasakan tak bahagia dengan isteri atau anak anak. Ada masalah macam macam. Boleh jadi Allah atur ujian tu untuk kita melalui pasangan kita atau anak anak kita.Tengok diri sendiri terlebih dahulu,cari apa yang kita kurang dalam keluarga tu, kita jaga tak keluarga kita, masa mereka, keperluan mereka, dalam kekeluargaan ni, harta atau keperluan dunia sahaja tak cukup, dalam kekeluargaan perlukan jugak kerohanian, kasih sayang, masa bersama, keperluan akhirat mereka. Insha Allah bila kita perbaiki diri kita, Allah akan ringankan ujian ujian yang datang melalui ahli keluarga kita.Kalau seorang suami atau ayah ni, perumpamaan seorang nakhoda kapal, kita yang membentuk haluan perjalanan ahli keluarga, untuk membuatkan diri kita dihormati dalam keluarga kena pandai memimpin, corak elok elok ahli keluarga kita, dalam masa sama kita perlu jugak bagi keperluan akhirat untuk mereka iatu ilmu akhirat, kalau seorang ketua keluarga dapat bagi keperluan dunia dan akhirat untuk ahli keluarga secukupnya insha Allah kebahagian dalam rumah tangga tu ada. Ingat suami wajib bagi ilmu fardhu ain buat isteri, kalau tak mampu,izinkan isteri belajar diluar dengan usfaz atau pom ustazah. Hatta kalau seorang suami tu larang atau tak tunaikan hak seorang isteri mengenai ilmu fardhu ain, seorang isteri tu boleh langgar perintah untuk pergi belajar di masjid masjid kerana ilmu fardhu ain tu wajib atas setiap orang muslim tapi selepas belajar atau kuliah tu terus la balik ke rumah jangan melencong ke mall mall.hehe. Sebagai contoh bab haid nifas atau thaharoh. Seorang suami tidak mampu bagi ilmu mengenainya kerana tidak memahami, dan isteri pulak tidak mahir dan masih teragak agak tentang konsep kiraan hari haid,jenis darah, masa bila boleh sembahyang masa bila dilarang sembahyang.isteri tu wajib belajar bab thaharoh.suami jangan ingat bagi nakah zahir je ye tuan tuan.
Lelaki ni asas dalam keluarga ingin dihormati,perempuan pula asas dia ingin disayangi.Buat seorang isteri pula, seorang isteri kena paham, jangan rendahkan ego suami di hadapan orang lain, tak hormat pada suami, bercerita keburukan suami pada orang lain.jangan jangan. Itu pantang seorang suami.hehe. isteri kena saling bantu membantu dengan suami dalam urus rumah tangga. Tolak ansur tu sangat penting, kita nak hidup dengan pasangan yang kita sayang bukan atas dunia je, akhirat pom sama, jadi masing masing kena usaha nak dapatkan kebahagian tu.
Rasa cukup setakat itu dahulu penulis kongsikan,semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita saling perbaiki diri kita di atas muka bumi Allah sebelum kita dihisab nanti.ingat, umur kita di dunia ni mungkin sementara je 60 tahun ke 80 tahun, yang kekal infiniti tu akhirat yang takde lagi penghujung. kalau kita tak dapat kebahagian di dunia, usahalah mencari jalan kebahagian kekal di akhirat. Insha Allah jika perkongsian ini dapat sambutan,penulis akan menulis lagi dan berkongsi tentang bab rezeki.
-Mr L-
– – Mr L –
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit