Assalammualaikum semua. Terima admin kalau siarkan confession aku. Aku harap pembaca boleh bantu aku. Ok. Aku seorang pelajar tingkatan 4 dan mengambil kelas aliran sains sosial kat sekolah. Aku dan juga para classmates aku ni terlampau geram dekat few boys dalam kelas aku ni. Pelajar perempuan dalam kelas aku okay ja cuma ada la dalam 3/4 orang pelajar lelaki ni memang tak take serious langsung untuk nak belajar ataupun hormat cikgu yang tengah mengajar kat depan. Kitorang fikir yang kalau diorang ni pindah atau tukar kelas is better la tapi dorang taknak dan kelas yang lain memang tak boleh nak ambil dorang. So kelas ni aku ramai jugak la, 38 orang semuanya. Perempuan 18 dan lelaki 20. Bayangkanlah betapa penuhnya kelas kitorang. Dahla kelas kitorang tingkat paling atas dan blok paling hujung. Memang berparty la kitorang kalau cikgu takda. Tapi at least kitorang bagi tumpuan waktu cikgu mengajar dan kalau kitorang malas pun, kitorang akan diam je. Tapi untuk 3 pelajar lelaki tu, diorang tak. Diorang akan borak, main, gelak2 etc all the time. Walaupun time tu cikgu tengah mengajar kat depan.
Untuk pengetahuan korang, walaupun sekolah baru start lebih kurang 2 bulan, tapi dah ada few cikgu yang complain pasal kelas kitorang. And some of them asyik cakap nak drop kelas kitorang la, nak bagi pengetua round kelas la, nak buat tak kisah pasal kelas kitorang la, menyesal ajar kelas kitorang la dan macam2 lagi. Cikgu pun dah fed up dengan kelas kitorang weh. Disebabkan 3 orang pelajar lelaki je. Yang lain ok je. Disebabkan 3 orang tu habis 35 orang yang lain ni pun kene. Perangai diorang 3 ni memang melampau la, sampaikan ganggu kitorang nak belajar, kitorang nak focus memang susah sebab bila cikgu mengajar, diorang bising so cikgu aku stop and membebel kat diorang pastu cikgu fed up. End up cikgu pun just bagi homework and kitorang tak faham topik tu. Kitorang punye kelas memang lambat nak habiskan satu bab sebab ramai cikgu fed up. Kitorang ada juga buat aduan kat pengetua (by letter) tapi takde response pun. Dah 2 weeks dah. Kitorang pun ada juga minta nasihat kaunselor kat sekolah tapi diorang suruh banyakkan sabar, cuba study sendiri, pergi kelas tuisyen, la bla bla bla. Tapi semua tu useless je bagi aku. Diorang 3 orang tu tetap sama. Makin melampau ade la walaupun banyak kali kene denda la, kene beleter la, kena marah la. Memang tak bagi kesan langsung kat diorang. Aku pun dah fed up gila. Nak belajar pun rasa dah tak semangat dah. Tahun depan nak spm weh.
Korang mesti akan fikir yang cerita budak sekolah, apa la yang penting sangat, belum matang lagi la bla bla bla. Tapi korang tak tahu yang benda macam ni pun boleh menyebabkan depresion macam aku. Aku memang takleh dah dengan environment kelas yang macamni. Aku clueless. Idea aku sekarang ni ialah untuk pindah sekolah tapi banyak benda kene buat dan kene menyusahkan ramai orang. Aku fikir untuk selesaikan hal ni juga, kalau tak boleh juga, memang aku akan pindah. Sampai bila aku nak end up dalam kelas yang macam ni? Bukan untuk tahun ni je, 2 tahun aku kene hadap diorang. Aku dah fed up. Korang ada pendapat tak macam mana aku nak pulihkan keadaan kelas aku dan ubah expectation cikgu terhadap kelas kitorang yanh dorang expect memang dah teruk. Tolong aku pleaseeee. Setiap pagi aku rasa macam malas nak sekolah sebab kalau aku pergi pun, takde faedahnye pun sebab i learnt nothing but cursing by teachers. Betul la, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Disebabkan dorang 3, satu kelas mangsanya. Seriously dorang memang melampau dan annoying gile. I wish i could do something.
P/S: lagi two weeks, aku exam. Doakan aku dan rakan2 akh yang lain!
– Pelajar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit