Salam penghujung February 2018, cuaca agak panas. Jobless. Ye fenomena yang tak asing lagi di bumi Malaysia tercinta. “jangan memilih sangat.. Kerja je apa pun asalkan duit masuk.. ” TAPI kalau hari hari kita dah usaha since 2015 aku menganggur, siang malam menghadap laptop apply kerja kosong di maukerja/ skootjob/ indeed etc. Ada yang panggil untuk interview ada yang sahih ada yang scam. Betul. Ada beberapa company yang gigih tarik orang masuk untuk jalankan bisnes mereka yang tah apa tu, kita pulak dibayar komisen saja. Tak patut tak patut. Itu pun still dikatakan memilih?
Apa kaitan dengan lambakan pendatang asing pulak? Sangat berkait. Di setiap pelosok negara kita dipenuhi dengan mereka. Yang masuk secara sah dan haram. Sektor pembinaan dimonopoli oleh warga asing, kontraktor bumiputera kehilangan peluang, dan mereka ini yang banyak ambil alih kerja-kerja bertukang, binaan etc. Kilang-kilang juga dipenuhi warga asing, bukan tu saja. Pasaraya pun di bahagian barang-barang basah, ramai mereka ni. Kalau lah undang-undang Malaysia ni lebih ketat lagi. Majikan pulak suka menggaji orang asing sebab bagi gaji 500 sebulan pun mereka tak bising. Makan nasi campur garam, asal perut kenyang.
Point yang aku nak ketengahkan adalah. Level of educations. Pentingnya pendidikan ni hinggakan majority 90’s kids berkelulusan sekurang-kurangnya diploma. Mana taknya bila anak taknak further study, parents kata SPM susah dapat kerja. Bila rata-rata anak Malaysia ada diploma, makcik bawang kata “diploma dah ramai, kenapa tak nak sambung ijazah.. ” Dalam pada tu kita berhutang sana sini. Parents cari pendapatan lebih, bertungkus lumus untuk menyiapkan duit belanja kita nak kirim bulan-bulan. Duit, duit, duit. Keluar macam air.
Seperkara lagi, bila tiba fasa mencari kerja, yang belajar engineering end up kerja fast food restaurants. Ini ke yang kami mahukan dear ministers? Sepertimana banyaknya pilihan kos di universiti seperti itu juga hasrat hati kami. Tolonglah kami kembalikan peluang kerjaya. Turunkanlah pencen bagi kakitangan dan berilah peluang pada generasi kami untuk melengkapi kerusi-kerusi di office.
BISNES. Sejauh mana bisnes kecil-kecilan membantu dalam kehidupan seharian? Segalanya berbalik pada rezeki. Aku sendiri dah jalankan lebih dari satu bisnes dalam urusan yang berbeza. Tidak satu pun yang benar-benar mendatangkan income secara konsisten. Lalu aku biarkan begitu saja, tergantung sepi.. Mencoba mencoba menyimpulkan mati.. Okok enough.
Dengan keadaan ekonomi sekarang, ringgit jatuh berbanding dolar. Susah beb. Tiada nilai. RM 50 tu kalau sayang, jangan keluar rumah. Serba salah nak jual nasi bajet pun fikir ratus kali nak letak rm3/ rm4/ rm5. Ya Allah ampuni dosaku. Mana tak nya ayam je seekor dah berapa, minyak lagi beras lagi. Petrol LAGIII. Bila jual barang macam pakaian aksesori jarang yang belinya, semua reti like je kat insta. Haduh. Bila jual pisang goreng 3 – rm1 orang komplen beb. Kita pun tak sampai hati so letak 4.
Kerajaan. Apa yang kerajaan buat untuk kurangkan masalah pengusaha anggur tegar ni? Ye mereka anjurkan Open Interview di setiap UTC di seluruh negara. TAPI. Ha ramai yang join ni kata satu company pun tak panggil balik. Pergi I.V lebih 10 kali satu pun tak lekat? Ye betul. Dalam ramai-ramai tu ada tak yang lulus? Ada, 1:100.
Lepastu anjurkan pulak yang SL** tu, panggil artis lagi woi. Orang pergi karnival kerjaya nak cari kerja bukan nak tengok konsert ke pameran kereta ke beli barang ke reti?! Duhh
Jadi kat sini aku rasa jalan penyelesaian terbaik adalah hantar balik pendatang asing pulang ke negara asal, turunkan usia pencen. Jangan tahu bina Universiti banyak-banyak, tawarkan kos A to Z but when it comes to working path, you told them dont be too picky, just grab any job that possible. Whattt, HELLO minister! Are you insane?! You aren’t helping. AT ALL. All you know is making money out of education. Yup we paid for education, and they kept build up institution. Hundreds or maybe thousands of them in our country.
Ok lah pada yang menganggur teruskan bersabar kerana Allah tengah menguji kita semua. Kalau kita buat apa sekali pun, kalau Allah kata itu bukan rezeki kita, maka ia bukan. Walau kita usaha bermati-matian sekalipun, kalau Allah kata itu bukan yang terbaik untuk kau, maka ia terhenti di situ. Sejauh mana yang kita ingin pergi mencari rezeki, kalau Allah kata tempat kau di kampung berbaktilah pada ibu bapa, maka langkah kau pendek. Di situ saja. HIKMAH ada hikmahnya.
– Manusia Harimau
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit