Smokers Are Jokers

Kenapa saya cakap camtu? Sebab dorang akan bagi 1001 alasan untuk berhenti walaupun dah maklum tentang bahaya merokok kepada diri-sendiri dan persekitaran. Tambahan lagi, bagi yang Muslim…merokok telah difatwakan haram kerana memudaratkan dan membazir! Tapi sebab rokok tu umpama makanan ruji, walaupun haram sebati dengan darah & daging telan sahajalah.

Saya pernah banyak kali bergaduh dengan suami pasal rokok ni. Dah jemu rasanya. Sampai satu tahap saya bagitahu dia, “kalau terlantar sakit nanti jangan harap saya akan jaga dia…pergilah panggil orang-orang yang mengejek dan meremehkan usaha I bawa you pergi Klinik Berhenti Merokok tu. Biar dorang jaga you”.

Bahkan, kami pernah bercerai pada 2016 kerana ketika diberi pilihan antara rokok dan keluarga, dia akhirnya menjatuhkan talak satu. Selfish bukan?

Tidak ada seorang pun ahli keluarganya benar-benar peduli tentang hal ini dan sudi berjuang bersama-sama saya. Lagi diperlekehkan ada la, kononnya saya tak sudi terima buruk suami. Padahal janji untuk berhenti merokok ini sudah ditabur sebelum akad dilafaz lagi. Tapi tanpa sedar, saya terus-terusan ditipu. Kalau saya tahu akan ditipu, saya tidak terima pun lamaran dia. Jadi gegadis, kalau bakal suami berjanji untuk berhenti merokok…pastikan dia benar-benar berhenti sebelum kahwin. Kalau tidak, lupakan sahaja dia dan cari yang lain. Kerana, janji hanya tinggal janji selepas itu.

Inilah sebenarnya salah satu faktor saya memilih untuk tidak hamil lagi. Bagaimana saya nak hamil dari benih dia yang tidak sihat itu? Saya mengambil perancang untuk suatu tempoh yang lama hinggakan nurse suruh saya berhenti. Dan sekarang, setelah setahun berhenti perancang…saya hamil 7 minggu. Boleh dikatakan, unwanted pregnancy sebab saya tidak bersedia.

Ada satu hari, saya demam. High fever berhari-hari dengan suhu melebihi 38 Darjah Celcius. Waktu itu belum tahu hamil. Suatu hari suami dengan concernnya datang bersama sepotong ayat, “nanti kita pergi jumpa doktor lahh ye…mana tahu pregnant…bahaya takut baby cacat kalau demam lama-lama”. Saya terus tembak dia, “kenapa Ibu mengandung pulak yang disalahkan sedangkan benih tu datang dari you jugak?”

Sejujurnya, saya memang tak bersedia dengan kandungan ini. Apa nak jadi, jadilah. Saya cuma amalkan Acid Folic dan jaga kandungan kerana mengenangkan anak sulung yang ternanti-nanti kehadiran seorang adik buat peneman. Suami? Masih lagi dengan kata-kata, “I tengah cuba”. Tapi hari-hari balik rumah bau rokok! Pungkoq dia cuba…

Dia tidak pernah ambil iktibar dari peristiwa anak saudara masuk ICU kerana sesak-nafas, mahupun dari peristiwa penceraian kami dahulu. Hari-hari saya menyumpah bila angkut baju dia dari laundry net untuk dicuci. Bau asap rokok! Belum dikira makian untuk dia bila anak terpegang handphone dia yang juga berbau rokok itu.

Korang kalau nak nasihatkan dia, cubalah. Meniti lima tahun usia perkahwinan, saya angkat bendera putih. Macam-macam saya dah usahakan. Duit pun dah banyak habis. Setahun berlalu, tebal muka menghadap staff nurse dekat hospital. Jumpa sensei pun cakap benda yang sama, “itu lu punya suami nak berhenti rokok aaa tak payah cari ubat, kalau dia sayang sama dia punya family, ini jam juga dia berhenti rokok”. Like mehh…uncle you are 100% correct

Prinsip perokok ni cuma dua; I’ll stop smoking when it stop being so cool OR when the cancer gets me. EGO!

Dear smokers, pilihan di tangan anda.
Put it out before it puts you out!

– DURI CACTI

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit