Buah Pinggang Untuk Anakku II

Sambungan dari Bahagian I…
https://iiumc.com/buah-pinggang-untuk-anakku/

Terima kasih kepada admin yang siarkan kisah saya.

5 hari di wad, walaupun batuk belum betul2 sembuh tapi saya rasa dah lega dada ni dan request untuk keluar dari wad. Dengan confident bagi tahu doktor saya dah sihat. Bosan pulak duduk lama2 di wad, makan tidur, makan tidur, makan tidur, yang datang menjenguk hanya suami dan anak2 selepas suami balik dari kerja. Final diagnosis, acute bronchitis, lega sebab tak kritikal. Keluar wad, saya sambung cuti sakit di rumah dalam dan diberi temujanji untuk rawatan susulan dalam masa seminggu.

Semasa berada di wad, Pusat Transplant ada telefon maklumkan bahawa tarikh pembedahan ditetapkan semula pada 30/1, on stand by pada 23/1 jika ada pesakit yang tidak dapat menjalani pembedahan pada tarikh tu. Pada 8/1/2018 saya dan anak diminta datang ke Pusat Transplant untuk ambil darah dan berjumpa dengan doktor perunding.

Batuk ni pulak on off kejap reda kejap berulang dan pada rawatan susulan doktor suruh saya masuk wad semula. Ehhh, tak nak lah doktor, lagi pun saya ada komitmen lain, jika tak ok saya datang masuk wad minggu depan. Boleh gitu cakap dengan doktor macam tu, hehehe… Yalah hospital berbayar suka ajekan kalau pesakit masuk wad sebab itu sumber pendapatannya. Dalam pada tu, kehidupan harian diteruskan seperti biasa, saya masuk kerja balik selepas habis cuti sakit dan di penghujung December, dapat panggilan dari pusat Transplant. Tarikh pembedahan dipercepatkan kepada 23/1, saya dan anak diminta datang untuk temujanji pada 8/1 seperti yang telah ditetapkan sebelum ni.

Malam sebelum 8/1, pesan awal2 dengan anak, buat dialisis awal malam, esok lepas subuh kita terus gerak ke HKL. Memang macam tu lah kami, setiap kali ada appoinment di HKL akan bersiap2 dari malam lagi kerana harus keluar dari rumah seawal pagi untuk mengelakkan jem dan nak dapatkan parking yang berdekatan dengan Pusat Transplant. Saya pun tidur awal malam tu. Sedang sedap tidur, dalam keadaan mamai2 saya dengar anak lelaki saya panggil,
Mama!! Mama!! Mama!! Sambil dengar tapak kaki dia berlari naik ke tingkat atas.
Babah!!! Babah!!!
Satu panggilan yang cukup luar bisa nadanya. Saya bingkas bangun.
Kenapa?? Kenapa?? Sambil berlari turun ke tingkat bawah.
Ya Allah! Suami saya terbaring di ruang tamu, badan meniarap dengan nafas yang turun naik.
Astaghfirullah, Babah! Babah! Saya panggil suami berulang kali. Cuba nak terbalikkan badan dia tapi tenaga saya tak kuat. Terus saya suruh anak lelaki saya panggil jiran sebelah, anak saya berlari keluar menjerit2 dari pintu pagar. Jiran sebelah berlari datang, Ya Allah! Sambil memanggil nama suami. Tidak berapa lama kemudian, beberapa orang jiran lain datang. Lutut saya memang dah terasa lemah gemalai tapi saya kuatkan juga. Call 999, maklumkan keadaan yang berlaku kepada suami saya, dan penyambut talian meminta supaya membuat CPR dan meminta supaya saya bertenang dan memaklumkan ambulan dalam perjalanan ke rumah. Jiran dengan pertolongan beberapa orang yang lain membuat CPR serta pernafasan dari mulut ke mulut.

Tiba2 satu suara menyuruh menghantar segera ke hospital sebab menunggu kedatangan ambulan tak pasti berapa lama mengambil masa untuk sampai ke rumah. Tanpa berlengah lagi dengan pertolongan jiran2 suami di usung ke kereta dan di bawa terus ke hospital yang berdekatan.

Saya, entah dari mana dapat kekuatan drive berseorangan ke hospital walau pun dalam keadaan lemah lutut dan terasa longlai tenaga ni. Sepanjang perjalanan ke hospital saya tak putus2 berdoa, Ya Allah, selamatkanlah suamiku, Ya Allah panjangkanlah umur suamiku, Ya Allah, panjangkan umur suamiku. Sampai di bahagian kecemasan saya terus meluru ke zon merah di mana suami dibawa untuk mendapatkan rawatan. Masuk ke zon merah, doktor dan beberapa orang kakitangan yang lain sedang berusaha memberikan rawatan yang sewajarnya. Doktor yang bertugas terus bertanya kepada saya tentang tentang kejadian yang berlaku sebelum suami tidak sedarkan diri. Dapat maklumat yang saya berikan doktor memaklumkan sedang berusaha menyelamatkan suami saya dan kembali ke ruang yang hanya dilitupi dengan tirai. Saya hanya berdiri ditemani salah seorang anak lelaki saya, memandang ke arah ruang tu sambil tak putus2 memohon kepada Allah semoga suami saya selamat.

Seketika kemudian, doktor keluar dari ruang tu dan datang ke arah saya dan terus berkata,
Puan, kita sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan suami puan, walau bagaimana pun saya minta puan masuk ke dalam dan ucapkan kalimah syahadah di telinga suami puan.

Ya Allah ya tuhanku, dugaan apakah yang sedang kau berikan pada aku pada waktu ni. Saya tahan air mata ni daripada gugur dan ketap bibir seberapa kuat agar dapatkan tenangkan perasaan ni. Dengan langkah yang lemah saya masuk ke ruang itu, memegang kepala suami dengan kedua2 belah tangan, membongkok mendekatkan mulut saya ke telinganya sambil mengulangkan kalimah syahadah berkali2 dan tak putus2. Doktor dan berapa kakitangan membuat CPR dan memberikan bantuan oksigen kepada suami.

Tidak lama kemudian doktor menghampiri saya dan berkata dengan nada perlahan,
Puan, kita dah berusaha sedaya upaya untuk selamatkan suami puan tapi kita tak dapatkan selamatkan dia. Harap puan bersabar.

Saya terus bersuara,
“Doktor, please try again doktor, please cuba lagi, cuba lagi.” sambil tangan saya menekan2 dada suami, memohon supaya doktor terus mencuba lagi.
“please.. please….”

Doktor kemudian berkata,
“Baik puan, kita akan cuba sepuluh minit lagi”
Kakitangan yang belum lagi berhenti membuat CPR dan bantuan oksigen tetap meneruskan apabila saya minta berbuat demikian. Saya dengan suara serak2 basah terus-terusan tanpa henti mengucapkan kalimah syahadah di telinga suami.
Saya tak tahu berapa lama tempoh bantuan tu diteruskan, dan doktor kembali ke sebelah saya, pelahan-lahan berkata,

“Puan, dah dua puluh minit. Kita dah cuba sedaya upaya, suami puan tidak dapat diselamatkan. Puan kena sabar, puan kena redha.” Lebih kurang begitu bibit2 kata doktor yang masih saya ingat.

Serta merta lutut saya terasa longlai, tak berdaya dah untuk berdiri, kaki terus melurut ke bawah melutut di hujung kepala suami sambil tangan berpaut di besi katil. Kakitangan wanita terus mendapatkan saya dan memapah, meminta saya bersabar sambil menenangkan saya yang dah mampu nak melangkah. Dalam sendu yang ditahan2 sambil beristighfar, sambil menyebut Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah… saya memeluk erat anak lelaki saya sambil berkata,

“Babah dah tak ada… babah dah tak ada”.

Dunia pada masa tu rasa macam gelap, kosong, kepala rasa keliru, terasa berada di awang-awangan, macam mimpi. Saya duduk terpaku di tepi, tak kisah apa berlaku di sekeliling, hanya adik ipar yang menguruskan apa yang sepatutnya. Bila perasaan dah tenang sedikit saya menelefon anak saya yang sedang menjalani rawatan dialisis di rumah. Masa saya pergi ke hospital mungkin dia tak sedar apa yang berlaku di ruang bawah kerana sedang membuat dialisis di dalam biliknya, dan bila saya maklumkan dia terus meraung sambil memanggil2 babahnya. Saya hanya mampu berkata, sabar, sabar, sabar… Allah sayangkan babah, Allah sayangkan babah dan terus saya putuskan panggilan.

Jam pada waktu tu lebih kurang 1 pagi, tapi semakin ramai yang datang di perkarangan zon merah. Jenazah suami pula dipindahkan ke satu bilik kosong di mana adik beradik serta saudara mara berkumpul di situ. Polis pula datang, memanggil saya untuk membuat siasatan tentang apa yang berlaku. Dalam pada tu bila diajukan pertanyaan jenazah nak di bawa ke mana, saya membuat keputusan untuk bawa pulang ke kampung untuk dikebumikan di tanah perkuburan di mana arwah mak dan abah saya disemadikan.

Walaupun saya tidak tahu punca sebenarnya arwah suami meninggal, hanya mengalami batuk2 sebelum ni, saya cuba agar post-mortem tak dibuat ke atas jenazah suami. Ya Allah, terasa siksanya jenazahnya jika dibelah, itu yang bermain dalam fikiran saya. Tapi polis memutuskan post-mortem dilakukan kerana usia arwah suami yang muda, tidak ada sejarah sebarang penyakit dan meninggal secara tiba2, ‘cause of death’ perlu diketahui. Akhirnya saya akur tambahan pula atas nasihat beberapa pihak supaya post-mortem harus dibuat supaya memudahkan saya untuk urusan2 yang akan datang kelak.

Pagi 8/1/18. Satu tarikh yang cantik tapi amat pahit untuk dikenang. Bila saya recall, selepas saya keluar wad tempoh hari arwah suami pula batuk2 tapi sebab dia merokok dan kerap batuk sikit2 baik sendiri dia rasa situasi tu normal baginya. Seperti biasa, saya akan mengomel supaya kurangkan merokok.

Apa yang saya lalui, hanya Allah sahaja yang tahu, walau saya dikelilingi adik beradik, saudara mara, rakan2 yang datang menziarahi, saya hanya berkata. “Allah sayangkan dia”, “Allah sayangkan dia”. Seawal pagi berada di luar Jabatan Forensik menunggu keputusan bedah siasat, satu masa yang amat perit. Cuaca yang mendung, sesekali hujan renyai2 yang turun sekejap2 seakan-akan turut bersedih dengan pemergian arwah suami.

Beberapa jam menunggu, akhirnya selesai bedah siasat. Saya dipanggil masuk oleh sarjan yang mengendalikan kes arwah suami untuk diberi penerangan oleh pakar forensik yang membuat bedah siasat. Sebab kematian adalah serangan jantung. Ya Allah, saya menarik nafas panjang, sesuatu yang tak pernah dijangka oleh fikiran saya. Selama ni saya jaga makan minum dia, saya kawal dia dari kerap minum air yang manis, makanan yang berlemak, sebagaimana saya jaga pemakanan anak saya yang ada penyakit buah pinggang dan darah tinggi. Apa yang anak tak boleh makan kami pun ikut sama tak makan. Makan sedap sama-sama, makan tak sedap pun sama-sama. Kerap saya mengomel kurangkan air manis lebihkan minum air masak dan adakalanya saya buat hati kering kalau dalam sehari tu dah terlalu kerap bancuh air teh. Saya jaga dia takut kena kencing manis dan darah tinggi tapi yang tak dijangka asbab kematian adalah masalah jantung pula.

Rasa kesal, marah, geram, segala macam dalam kepala ni bila ingat semula yang arwah tidak pergi ke hospital untuk buat pemeriksaan lanjut. Beberapa minggu sebelum tu ketika arwah batuk2 ada sekali pergi ke klinik dan doktor dah bagi reference letter untuk ke hospital. Tapi bila saya tanya, arwah suami menjawab “ok dah ni”… Rasa kesal, marah, kecewa dalam diri, kenapa aku tak paksa dia, arwah suami sibuk dengan hal kerja dia, kenapa dia sibuk sangat dengan hal sukan dia walhal dia sendiri batuk2 pada ketika tu. Kalaulah aku heret dia cepat2 ke hospital lepas dapat surat rujukan doktor tempoh hari, kalau lah.. kalau lah…

Ketika arwah abah meninggal pada 4/10/2013, banyak perkataan ‘kalau’ dalam fikiran saya. Begitu juga ketika arwah mak meninggal pada 6/2/2017, banyak perkataan ‘kalau’ dalam fikiran saya. Begitu juga bila arwah suami pergi, banyak perkataan ‘kalau’. Along, kakak saya yg sulung berulang kali berkata pada saya, tak ada kalau kalau dah… bila dah sampai ajalnya, masanya tidak dilewatkan sesaat dan tidak dicepatkan sesaat. Ya, ya, ya….

Perginya arwah suami tanpa sebarang pesan, tanpa sejarah penyakit kritikal. Apa yang ada dalam hati ni, biar hanya Allah sahaja yang tahu, walau saya dikelilingi adik beradik, saudara mara, rakan2 yang datang menziarahi, saya hanya berkata. “Allah sayangkan dia”, “Allah sayangkan dia”. Memandikan jenazah suami bersama-sama 4 orang anak2 kami, melihat jenazahnya dikafankan, sembahyangkan jenazahnya, mencium dahi, pipi dan bibirnya buat kali terakhir, menyaksikan jenazahnya dimasukkan ke liang lahat adalah pengalaman yang terakhir yang saya lalui bersama2 bersama arwah. Berkawan sejak dari bangku sekolah, hidup bersama lebih 20 tahun, kasih sayang, susah senang, suka duka, pahit manis, ketawa menangis, berkongsi segalanya akan saya lipat kemas dalam kenangan hidup buat selama-lamanya. Terima kasih atas segalanya sepanjang kita hidup bersama, semoga segala tanggung jawab yang telah diberikan sebagai seorang suami dan sebagai bapa kepada anak2nya mendapat ganjaran yang sebaik2nya dari Allah.
Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahtera dan maafkanlah dia.
‎آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

Keesokan harinya selepas arwah suami dikebumikan di kampung halaman, saya terpaksa balik semula ke bandar kerana anak saya akan menghadapi final exam untuk paper yang pertama. Sebelum bertolak sempat menziarahi kubur, menatap nisan yang terpacak kaku. Dalam kegigihan saya mencari kekuatan memandu bersama kesemua anak2 balik ke bandar.

Dalam perjalanan, anak saya menangis2 kata tak mahu dah nak teruskan operation. Tak payahlah buat operation. Katanya tak nak mama pulak yang mati kalau saya bagi buah pinggang pada dia. Dia dah tak ada babah, nanti mama pulak yang mati. Saya menjawab, tak semestinya akan mati kalau kalau saya bagi buah pinggang pada dia. Kalau mama nak mati bila2 aje akan mati kalau dah sampai ajalnya. Sekurang2nya kalau mama mati pun mama sempat bagi buah pinggang kepada dia. Kan doktor dah cakap kita boleh survive dengan satu buah pinggang, tapi dengan syarat kita jagalah kesihatan, makan ubat, dengar nasihat doktor, amalkan cara hidup yang sihat. Mama ni dah lebih 40 tahun hidup, mama dah puas hidup dengan apa yang ada dalam dunia ni, hidup dia masih panjang lagi dan mama buat semua ni kerana anak mama. Sepanjang perjalanan tu banyak air mata yang gugur, anak2 lain yang duduk di tempat duduk belakang hanya diam membisu aje.

Ya Allah, dugaan apakah yang Kau berikan pada aku, terlalu hebat dugaan yang Kau berikan pada aku. Berdosa sangatkah aku dalam kehidupan ni sehingga diberikan dugaan yang sebegini. Dalam masa dua minggu lagi nak buat pembedahan pemindahan buah pinggang, Allah jemput suami pergi menghadapnya. Appoinment yang sepatutnya saya dan anak pergi pada 8/1 dah terlepas. Ada yang minta saya tangguhkan dulu pembedahan sehingga saya betul2 tenang. Tapi saya nekad, saya mahu teruskan juga seperti tarikh yang telah ditetapkan. Saya dah lama menunggu tarikh pembedahan ni dari tahun lepas lagi dan jika saya tangguhkan saya harus ulangi semula semua procedure yang telah dibuat selama setahun ni kerana workout ni hanya valid dalam masa dua tahun.

Nekad dan cekal hati, set appoinment baru untuk berjumpa dengan doktor sebelum tarikh pembedahan yang telah ditetapkan. Ditemani abang, saya dan anak pergi ke Pusat Transplan pada hari tu. Seperti biasa, kami kena ambil darah bertabung2, ujian air kencing dan ujian ecg. Giliran berjumpa doktor, seorang demi seorang, mula2 doktor berjumpa dengan anak dulu. Bila sampai giliran saya, mula2 doktor ucapkan takziah atas pemergian arwah suami dan tanya sama ada saya nak tangguhkan pembedahan ni. Saya jawab teruskan doktor sbb saya dah menunggu lama tarikh ni. Kemudian doktor terangkan saya mestilah dalam keadaan sihat. Batuk sikit pun tak boleh kerana ditakuti akan menyebabkan masalah pernafasan selepas dibius nanti. Kemudian doktor kata, anak saya bagi tau tadi yang saya masuk hospital, mama batuk2. Alamakkk, kantoi pulak dengan doktor ni. Saya bagi tau yang saya dah sihat, tak ada batuk2 dah. Saya pun terangkan kepada doktor treatment yang telah dibuat sepanjang saya berada di wad bulan lepas. Fuhhh… lega ingatkan dah sangkut tadi. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan perlu berjumpa dengan pakar bius untuk dapatkan assesment. Berjumpa dengan pakar bius pun tak banyak hal, dapat surat kelulusan untuk teruskan pembedahan.

Tarikh operation 23/1, anak saya perlu masuk wad empat hari sebelum pembedahan sebagai persediaan awal manakala saya dua hari sebelum hari pembedahan. Kalau dulu arwah suami dah berjanji akan menjaga kami bila kami menjalani pembedahan, sekarang adik beradik pula masing2 dah menawarkan diri untuk menjaga kami. Angah awal2 lagi dah message nak datang ke rumah, nak tolong jaga anak2 saya sepanjang saya berada di hospital, Acik pula akan amik cuti nak jaga kami di wad, abg alang akan menghantar kami ke hospital dan adik beradik yang lain masing2 on stand by mode bila2 diperlukan bantuan. Alhamdulillah, saya punyai adik beradik yang sangat supportive.

Adakalanya saya menepuk2 pipi, mimpi ke aku ni, mimpi ke aku ni… Ehh, tak lah ni semua kenyataan yang terjadi bukan mimpi sebab saya masih terasa bahawa arwah suami seakan2 masih berada bersama kami. Ya sungguh, sewaktu saya menulis ni pun seolah2 macam saya menulis cerita novel rekaan.

Antara berdebar, gemuruh, sedikit gentar dan sedih kerana ketiadaan arwah suami untuk menyaksikan detik2 ni, saya menunggu hari demi hari pembedahan yang dinantikan…..

-mama

– mama

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit