Syukur dan Sabarlah, Rahmat Itu Luas

Assalamualaikum. Ini bukan confession ye, hanya perkongsian tentang kisah hidup aku. Kisah naik turun hidup aku, walau hakikatnya TURUN itu lebih banyak dari naik.haha. Sebelum2 ni, tak pernah rasa nak menullis pasal hidup aku tapi kadang2 bila aku sedih & down sgt, aku suka mengambil pengajaran dari kisah hidup org lain dan cakap kat diri aku ” Syukur dan Sabarlah, Rahmat Allah Itu Luas”. ada yg mempunyai jalan hidup dan diuji oleh Allah jauh lebih teruk dari aku. So, aku harap kisah hidup aku ni sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada sesiapa yg sedang diuji Allah. Terima kasih pd yg sudi baca.

Aku perempuan, berusia pertengahan 30an. Ada 1 abang, 4 adik lelaki. Masa aku kecik sampai awal sekolah menengah, aku rasa bahagia sgt, yela anak perempuan sorg, aku rasa semua org syg aku. Mak, ayah, abang & adik2 semua syang aku. Family aku pun takde la senang sgt, tapi tak susah. Ayah kerja sendiri dan pendapatan agak lumayan cukup utk tangung adik beradik aku yg agak ramai. Masa tu ada feeling2 mcam princess la konon aku ni, sbb mintak ape pun mostly semuanya dapat.

Dipenghujung aku sekolah menengah keaadaan dah jadi susah utk ktorg. Ayah accident dan tak boleh lg bekerja berat, dan duit simpanan dia habis ditipu. Masa tu memag ada masalah kewangan sgt, sbb abg aku kat uni dan adik2 aku semua masih sekolah. aku agak pandai dlm bidang akademik, dgn spm result yg agak bagus, dapat la sambung diploma dekat satu ipta. Masa tu memag rasa hidup susah sgt, tapi mujurlah ada PTPTN, aku syukur sgt, klu tak memag tak mampu la mak ayah aku nk tangung aku sambung belajar. so, terima kasih ptptn, jasamu tetapku kenang.

Sebelum tu mak aku tak pernah kerja, tapi sebab nk tangung hidup ktorg mak aku terpaksa kerja. Mak aku menoreh getah, ye… mak aku menoreh getah kebun org. pendapatan tak seberapa, bergantung dengan harga getah. kalau mahal, bnyak la dapat.. tapi sllunye takde la byak sbb jarang yang harga getah mahal pun. kena bahagi dua lgi dgn owner kebun plak. susah sgt masa ni, aku pernah nampak ayah aku pinjam duit dari org lain sbb nak belikan tiket bas & bg duit belanja aku balik ke kampus. so, waktu cuti sem aku sllu la kena tolong mak aku kutip getah2 tu utk dijual. sllunya mak aku akan kumpul selama seminggu, lepas tu baru kutip dan jual. aku tak suka sgt tolong mak aku masa ni, sbb bau getah ni busuk gila. hahaha.. aku sllu komplen dgn mak aku, klu aku dah nk balik ke kampus, aku tak mahu tlong dia kutip, sbb bau bsuk tu akan amek masa 2 3 hari utk hilang. so, aku akan balik ke kampus dengan bau bsuk tu. tapi mak aku pun selalu jawab, cuba cium duit ni, wangi ke busuk? klu rasa wangi, jgn byak ckap, kutip je la.. serious weh.. nape duit boleh bau wangi sgt ek?? hahhaahah.. aku tolong mak aku pun sbb aku kesian kat mak aku, masa ni pun adik aku kecik2 lg, abg aku kt uni jauh nun di utara. jarag sgt balik. so aku jela yg boleh diharapkan pun.

Even susah, mak ayah aku tetap nk aku smbung belajar, dan sekali lagi terima kasihlah pd ptptn kerana telah menjayakan hasrat mak ayah aku. Tp masa ni aku dah mula rasa penat, aku penat sbb aku rasa aku je yg berfugsi dlam adik beradik aku. disebabkan aku sorg je pompuan, semua perkara pun aku la yg buat. Adik beradik aku selalu cakap, apa guna aku jadi perempuan, klu bukan aku yg buat keje rumah? pergh… hangin betul aku masa tu. bayangkan, pinggan yg dorg makan sendiri pun aku yg kena basuh. apatah lagi nak harap buat kerja2 rumah yg lain. aku pernah boikot tak mahu basuhkan, tp last2 mak aku yg kena basuh. so, aku mengalah & basuh je la jugak. bayangkan tolong mak keje pun aku, balik umah aku lah jugak yg nak kena basuh pinggan, basuh baju, kemas rumah, tlong mak masak, lepas tu basuh pinggan lagi sbb dorg2 ni reti mkn je tapi tak reti basuh. penat tau tak.. penat… sakit pulak hati aku. hahaha..

Adik beradik aku ni semua masa sekolah ada macam2 perangai. sejak dari abang aku sampi la yg bongsu, tak pernah tak buat perangai. tak terhitung tak terkira berapa kali mak ayah aku kena panggil ke sekolah disebabkan perangai dorg. amek turn pulak dorg buat perangai, kejap yg ni kene buang asrama, kejap yg ni kena buang sekolah, kejap kang yg ni plak lari dari sekolah, kejap kang yg ni plak kena angkut g balai. eh… memag serabut la aku tengok dorg. masa tu memang kesian sgt tgok mak & ayah aku. dan sbb aku sorg je perempuan & consider aku yg paling kakak, so aku dh terbiasa jadi tempat luahan perasaan mak ayah aku, so, basically aku tau sume masalah mak ayah aku., dan itu selalu buat aku sgt sedih & stress. tapi aku tak rasa pun adik beradik aku yg lain tahu sebab dorg tak pernah amek tau pun. tak pernah tau yg perbuatan dorg tu menyusahkan mak ayah aku. tp aku tetap syg adik2 aku walau sorg2 perangai tak semengah.

Alhamdulillah, aku lepas habis degree terus dapat keje. Gaji pertama RM2100, lepas tolak epf dpat dlam 1800 aku bg mak ayah aku 1000. Masa tu aku rasa bahagia sgt sbb dpt bg duit kat dorg, dan sbb rasa bahagia tu la, setiap bulan2 yg seterusnya, semua duit lebih dari perbelanjaan aku tu, aku akan bgi semua dekat mak aku. Masa tu aku tak pakai kereta lagi, pegi kerja naik train, lepas tu jalan kaki dri train smpi ofis. jimat sehabis boleh sbb nk tlong mak aku. tak lama lepas tu aku beli moto, sbb nature keja aku yg nk kene byak kluar dari ofis, jd aku nk kene ada transport. tpi tak lama aku pakai moto aku accident. jadi trauma, & takut nk naik moto, so aku plan nk beli kete. Gigihlah aku kumpul duit nak beli kete.. Konon tanak loan lama2 & tanak installment mahal. tapi gagal sbb aku bg jugak semua duit utk downpayment kete tu kat mak aku. So, beli la kete loan 9 thun, sbb cubaan utk mengumpul downpayment gagal. terpaksa la byar installment bulan2 yg agak mhal dan loan 9thun. hahhaa.. sadis.

Sebab aku tau mak ayah aku susah, jadi aku keje rajin2 dan cuba nak upgrade gaji aku. Alhamdulillah, 4 tahun keje gaji aku dah memncecah 5K. klu ikutkan aku yg single dgn gj yg banyak tu aku dah boleh hidup agak mewah, boleh beli mcam2 & boleh pegi cuti2 setiap tahun mcam org lain. boleh hidup hipster2 macam org lain. tapi aku tak mampu nak bazirkan duit aku tak tentu hala sbb aku tau mak ayah aku susah. so, aku pun jadi lah seorag manusia yg ada 1 kasut & 1 handbag je. pakai yg 1 tu je la selagi tak jahanam. setiap barang2 aku ada ceiling price, sllunye aku takkan beli lebih dari harga yg aku dah tetapkan. aku tak mekap sbb alat mekap kan mahal. hahha. beli baju baru pun time raya je la. sampaikan kawan2 aku sllu ckap, aku mesti banyak duit simpan kan, sbb tak belanja byk sgt. aku senyum je la.. sbb aku tau mana duit aku pegi. so, balance dri perbelanjaan tak seberapa tu aku bg semua kat mak aku. masa ni keadaan family aku tak byak berubah, adik2 aku masih tak tentu hala. ada yg sambung belajar, tapi separuh jalan. ada yg bisnes, buat project pun separuh jalan, yg keje kluar masuk lokap dan mahkamah pun ada jugak. smbung belajar separuh jln, mintak duit kat mak abah aku. buat proejct separuh jlan, pun mintak duit kat mak aku. keluar masuk lokap & mahkamah pun mintak duit kat mak aku. jadinye,… masa tu aku upset sgt, aku sedih sbb aku susah payah jimat duit nak tolong mak aku ayah aku, tapi ended up duit yg aku bg tu tak kemana pun,. seolah sia2 je pengorbanan aku. stress betul aku masa tu. tapi aku ckap kat diri aku, takkan atas sbb tu, aku berhenti dari bg duit kat mak aku kan. so aku tutup je la mata, lagipun aku tetap syg adik2 aku. manakan sangup nak biar dia duduk kat ‘dalam’ lama2, padahal klu nk ikutkan nk je aku biarkan. biar buat pengajaran. hahaha. owh… abang aku kan.. mana abang aku ye???? hahha. tak lama lepas keje n stabil berkahwinlah dia dengan wanita pilihan hatinya.. happily ever after la kiranya. dan tak lama lepas ada anak abang aku dah stop bg duit kat mak aku. totally stop weh korg, aku pun tak faham… takkan takde lgsung duit yg dia boleh allocate utk mak aku. so, basically seperti biasa, hanya aku je la yg berfungsi. kadang2 aku terfikir utk simpan certain amount dr gaji aku utk kegunaan aku pda masa depan, in case klu ada emergency ke kan. tapi tula, tak mampu nak tgok mak aku susah, padahal aku masih ada 2 3 ribu dlm akaun. so sllunye aku akan kluarkan semua dan bg semua pd mak aku. camtu la berulang2 kali setiap kali aku cuba menyimpan.

Sedikit pasal personal life aku. Aku ada ramai kawan llki…. tp dalam ramai2 tu hanya sorg yg aku suka. ye… hanya dia yg aku suka. walaupun dia tak hensem, tak kaya, tak baik mana pun, senag ckap jauh sgt la dari ciri2 llki idaman aku sebelum ni yg haruslah mesti hensem, kacak & bergaya kan.. tapi hanya dia sorg yg aku sayang. aku tunggu dia, bertahun tunggu dia sehinggalah sedar tak sedar usia dah nak masuk kategori anak dara tua. suddenly, dia tinggalkan aku.. dia tinggalkan aku mcam tu je??? Ye… macam tu je!!!!! aku tungu dia sampi jd anak dara tua kut. penat makcik bawang membawang pasal aku, nape la dah tua2 pun aku tak kawen lgi. hahha. Tp masa tu dgn iman senipis kulit bawang, memag aku rasa nk mati je. aku takde rasa nk hidup sbb aku tak tahu macam mana nk hidup tanpa dia. siang malam menangis, macam org gila. baru aku tau sakitnya putus cinta tu mcam mana. sebelum tu aku gelakkan kawan aku, aku ckap bodoh je nanges sbb cinta. kehkehkeh. padan muka aku. prestasi keje pun kelaut dah masa tu, dah yela camne nk kejenye klu aku asek nak nanges je. at last aku amek keputusan berhenti kerja n rehat kat kg smpi la aku rasa emosi aku stabil balik. 3 bulan jugak la aku amek masa utk balik kl & cari keje. Alhamdulillah, rezeki aku agak murah, mintak je keje terus dapat. Masa tu aku dah nekad, nk keje rajin2, lepas tu nk upgrade diri aku ke pangkat yg tertinggi, masa tu pun aku dah kat position asst. manager.

Tapi keadaan tak mengikut apa yg aku rancang. tak lama lepas aku start kerja balik aku start rasa sakit. rasa sakit yg teramat dan bermulalah sesi lawatan sambil belajar aku ke hospital. sampaikan kwan2 aku ckap aku dah boleh jadi health consultant sbb macam2 hospital aku dah pegi, macam2 pakar aku dah jumpa, macam2 ubat aku dah makan, macam2 pnyakit yg aku dah dengar & macam2 test aku dah buat. berulang kali jugak la keluar masuk wad, tapi masih belum dapat tahu penyakit aku yg sebenar2nya. Disebabkan nature of works aku memag sgt stress, sgt byak keje, aku memag sllunye akan kena stayback. tambahan aku dah di level asst manager banyak perkara yg aku nak kene fikir, banyak kerja yg aku nk kene buat. jadi badan aku tak boleh tahan, aku sentiasa sakit. maka…. dari itu bermulalah, sesi berhenti kerja, dan kerja semula, dan jobless again, kerja lagi, jobless balik, berhenti lagi lagi dan lagi. hahhaha… aku pernah kerja 3 bulan je kat satu company, lepas tu jobless balik… sambil2 tolong mak aku, aku simpan sikit duit utk perbelanjaan aku in case aku nk kene benti keje lg. bila dah habis duit, & aku rasa bdn aku dah ok sikit aku akan kerja balik. then macam tula seterusnya sampai paling latest aku keje kat tempat aku keje skang.

Disebabkan faktor kesihatan aku yg selalunye tak ok, aku let go cita2 aku utk mengejar tahap tertinggi dlam kerjaya. impian setinggi langit aku tu, aku dah campak jauh2. ckuplah aku kat executive level asalkan gaji masih cukup utk diri aku dan tolong mak aku sikit2. masa ni adik2 aku yg macam2 perangai tu sume dah semakin waras, so dah berkurangan la perangai dorg yg mcam2 tu, walaupun masih tak memberikan sumbangan pd family, tp atleast takde la menambahkan susah mak ayah aku. so mak ayah aku takde la sesusah dulu. aku pun dah tak mampu nk tlong sgat sbb aku dah bnyak tahun takde stabil yg stabil.

5 bulan lepas aku kerja kat company sekarang, one day aku pengsan kat ofis. ofis aku ni paling dkat dgn salah satu hospital semi-gov kat kl ni, so situ la tmpat dorg hantar aku. kat situ la aku berkampung dan akhirnya setelah bermacam2 test, aku dapat tahu lah apa penyakit aku yg sebenar2nya. setelah sekian lama, aku disahkan mengalami masalah kat bahagian otak dah solutionnya hanyalah operation. bukan tumor ye.. hanya masalah dengan otak aku tu sendiri. tak banyak pilihan utk aku selain dari setuju utk operation tu. lgi pun kalau aku tak buat operation tu possibility utk aku lumpuh adalah sgt tinggi sbb penyakit aku tu boleh menyebabkan kerosakan pada saraf2 aku. disebabkan hospital tu semi-gov jadi kos operation agak mahal. total cost operation, MRI, ct scan, medication & ward cecah dekat 16k. memandangkan aku yg tak pernah ada simpanan ni kan, swap la kad kredit aku dulu, dgn harapan boleh claim balik kat insurance nanti. tapi… sekali lagi apa yg terjadi tak seperti yg dirancang. insurance reject calaim 16k aku tu… atas alasan penyakit aku terlalu rare & tak termasuk bawah perlindungan dorg. menangis aku mengenangkan 16k yg aku dah swap tu. hahhaa..

Mengikut kata Neurosurgeon, aku sepatutnya akan pulih selepas operation dan aku akan dapat kehidupan normal aku balik dlam msa sebulan selepas tu. so aku plan takpe lah, aku boleh kerja balik baik2 utk kumpul duit & byar hutang2 aku. tapi sekali lagi tak terjadi seperti yg dirancang, sbb manusia hanya mampu merancang. keadaan aku tak bertambah baik pun, aku sentiasa sakit, sakit yg teramat sampaikan aku akan collapsed secara tiba2.. dari aku sepatutnya mc selama 6 minggu je, aku amek mc selama 4 bulan. masa ni aku memag sgt down, sbb aku memag megharap sgt utk sembuh. sepanjang sakit, aku jarang down atau sedih. tapi lepas operation tu aku menangis semahu-mahunya. sbb aku rasa penat sgt, down sgt, sakit sgt. rasa hopeless. tapi lepas tu aku cuba utk tak menangis, walau sedih macam mana pun aku cuba utk tahan, sbb klau aku menangis aku akan bertambah sakit, bukan menangis je tak boleh.. ketawa pun tak boleh. batuk, bersin dan apa aktiviti yg menambah pressure kat otak aku, akan menyebabkan aku sgt2 sakit. dalam masa 4 bulan ni la aku berulang alek ke hospital sampikan satu tahap aku rasa Dr pun dah stress tgok aku sbb aku tak pernah ada improvement, memanjang je sakit,. Sampai satu tahap Dr tak tahu dah nk buat ape dgn aku. Akhirnya Dr prescribed aku beberapa jenis ubat untuk membantu aku mengawal symptom dan mengawal kesakitan aku. bukan utk menyembuhkan tapi sekadar mengawal. Alhamdulillah, sedikit sebanyak membantu aku. but still, on overall aku masih sgt sakit. normal daily activities macam duduk, jalan, baring, tgok Pc, pun sgt menyakitkan bgi aku. on top of that, aku perasan otak aku jadi makin slow. yeah… my brain is getting slower guys. hahha… sometimes aku lupa nama budak2 ofis aku, aku lupa ape yg aku dah buat, lupa ape aku nk ckap.. lupa aku dah makan ke belum ubat aku, paling worse anak buah aku tanya 10-8 betul ke 2, pun aku amek masa yg agak lama utk jawab. penat la pk berapa la jawapan 10-2. hahaha

So lepas 4 bulan MC, walau maseh sgt sakit aku gagahkan diri jugak balik bekerja sbb aku ada hutang 16k yg perlu dijelaskan ditambah dgan kereta aku yg loan 9 thun yg belum abeh byar lg tu. disamping bil2 lain dan tidak lupa jugak ptptn, aku memag kena kerja utk byar sume bil2 tu. Mujur sepanjang 4 bulan aku mc, company masih byar gaji aku utk 3 bulan, hanya sebulan aku amek unpaid leave. so dgn gaji yg 3 bulan masa mc tu aku guna utk langsaikan separuh hutang kad kredit tu. Balancenye aku bayar sikit2 bila aku dah start keje. rasa lost sgt masa tu, sbb aku memag takde duit, aku takde saving langsung. tapi aku tak pernah menyesal bagi semua duit aku kat mak aku sebelum ni. Mak ayah aku nk bg duit yg dorg simpan dlam tabung haji utk pergi haji kesemuanya kat aku. katanya tu pun duit aku sbb lebih2 duit yg aku bg tiap2 bulan tu, mak aku simpan kat tabung haji. aku tak sangup nak amek.. tapi aku ambik jugak sikit buat modal aku start keje balik lepas habis mc 4 bulan tu. aku cakap hutang, nanti aku bayar balik.. tapi sampai sekarang aku maseh belum mampu bayar balik. hahhaha. abang aku?? owh… terlupa pulak aku ada abang. ye abang aku memag nampak mewah, kereta besar, rumah besar, motor besar.. tapi tak pernah tanya aku perlu bantuan ke tak…abang aku memag bergaji besar. tp takde rasa pun nak bantu aku.. ye aku memag tak pernah mintak dari dia, sbb selagi aku mampu aku akan usaha sendiri. tapi dia sebagai seorg abang, tak boleh ke dia ambik berat pasal aku. tanya klu aku perlu apa2 bantuan ke tak. sbb kat kl aku hanya dengan dia, selainnya semua kat kg. Adik2 aku?? pun sama, tiada yg menghulurkan bantuan, tapi takpe lah.. aku faham sbb nak tangung diri dorg sendiri pun tak berapa lepas apatah lagi nk bantu aku. Sedih kan??? hahha.. sampaikan aku kluar masuk hospital pun aku naik grab guys.. dan kadang2 atas ihsan kawan2 baik aku yg sentiasa ada waktu aku susah dan senang. (thanks korg.. aku sayang korg dunia akhirat) abang aku?? kadang dia tak tau pun aku masuk hospital sbb aku rasa tak guna pun update dia. aku pernah update dlam whatsapp group family yg aku masuk hospital. takde siape reply kat group tu tanya khabar aku ke, bg kata2 semangat kat aku ke.. doakan aku ke.. ape ke… krik krik krik je la sampi ke sudah.. sekarang aku dah tak pernah update dah pasal aku. aku ckap kat diri aku, takpe la, slagi mampu aku tak susahkan dorg aku akan usaha sendiri. pernah dekat hospital Dr tanya aku ‘awk ni sy tak pernah nampak pun sedara mara, awak ni sebatang kara ke?” ok… kelakar sgt kan Dr ni. aku cuba buat sendiri setakat yg aku mampu. berkali jugak aku jatuh tergolek tak mengira tempat sbb aku sgt2 tak sihat, tapi aku tak boleh nk selalu harapkan org. kuatkan diri… aku usaha sendiri setakat aku mampu.

Setelah berulang alik ke hospital utk kali yg ke berapa ratus kali pun aku tak ingat, finally Dr ckap aku nk kene satu lagi operation utk improve condition aku. aku like.. What??? What Dr What??? Operation?????????? so, begitulah keadaannya, aku masih sgt terkejut. aku tak bersedia dari segi fizikal & mental utk satu lg operation kat kepala & otak aku ni. apatah lagi dari segi financial nya, aku baru je habiskan hutang yg 16k tu. hahahha.. aku pernah cuba ke hospital lain, memandangkan insurance tak cover penyakit aku & bayaran hospital full-gov tak la semahalhospital semi-gov. tapi processnya sgt lah memenatkan dah keputusannya tak seperti yg diharapkan. disebabkan penyakit aku tersagatlah rare dan unik, sukar untuk Dr lain faham penyakit aku secara menyeluruh. Dan aku dinasihatkan, Dr dan hospital yg samalah sebaik2nya yg meneruskan rawatan terhadap aku. Ini utk mengelakkan keadaan kesihatan aku menjadi lebih buruk. aku sgt2 tak bersedia utk 2nd surgery, aku masih sgt trauma, dan sgt takut. Utk long term solution, aku sebenarnya takde pilihan, aku memag kena buat surgery tu. walaupun hasilnya aku tak tau positif ke tak, tapi aku tetap kena buat sebagai salah satu dari usaha. Tawakal dan usaha, selebihnya aku serah pd Allah. tapi pd masa sekarang aku belum bersedia. byak faktor yg kena dipertimbangkan especially faktor kewangan.

Pernah dulu masa aku masih di zaman jahiliyah aku, aku bertanyakan kenapa Allah selalu uji aku.. kenapa org lain tak diuji macam aku. masa tu aku tak sedar, bukan org lain tak diuji macam aku, malah ada yg lebih teruk dari aku. tapi hanya aku tak tahu kisah hidup org lain tu. so, dengan baca confession2 kat sini pasal hidup org lain buat aku terfikir, ramai yg menerima ujian yg lebih teruk dari aku sebenarnya. ujian aku masih dikira tak seberapa… jadi aku cakap pada diri aku, sabarlah, rahmat Allah sgt luas. Hanya perlu pilih untuk bersyukur atau tidak je atas semua rahmat2 yg telah dikurniakn Allah pd aku. Aku redha dgn semua ujian2 yang menimpa aku.. aku mengharapkan dgn ujian2 ni, akan lebih mendekatkan aku kepada Allah. InsyaAllah.

So tu je la summary hidup aku, tak sangka aku boleh buat summary hidup aku kat Page IIUM Confessions. hahha… terima kasih kepada yang sudi baca, tolong doakan semoga jalan hidup aku selepas ni dipermudahkan,. Aku pun doakan korg sentiasa di dalam rahmat Allah. Amin.

– Miss PQRS

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit