Si Demang Jiran Berhati Mulia

Salam,

Kisah saya mengenai seorang Jiran durjana.. biasa kita dengar jiran-jiran durjana ini terdiri dari kaum hawa tapi kisah aku ni berbeza, sebab beliau ialah seorang pakcik tua, berbadan gempal, kulit gelap seperti hatinya mungkin.

Mari kita gelarkan dia, Demang Bukan Nama sebenar.

Demang ni orang kuat politikus di kawasan kejiranan aku, namun Demang dan kroni beliau sangat lah tiada function (barangkali asbab parti beliau kalah pilihan raya berapa tahun lepas). Tapi lantak lah dia nak berpolitik bagai, apa yang menyakitkan hati beliau ni seorang pengacau ganggu kehidupan kami di Taman ini.

Masa arwah ayah Masih hidup, ayah ada tubuhkan dan menguruskan pasukan Bola bagi remaja setempat. Pasukan Bola itu sangat aktif dan mendapat perhatian bekas YB sebelum ini sehinggakan Demang dan kroni telah meng-nyonglap Dana yang diberikan YB bagi pasukan Bola arwah ayah. YB bertanya pada arwah ayah, dah dapat Dana dari Demang? Of course la tak! Kalau YB tak tanya, tak tau cerita pun! Arwah memang anti dengan Demang selepas itu.

Demang juga pernah bergosip kepada Ibu aku tentang kelantangan ayah berbahasa Inggeris di Mesyuarat PIBG sekolah, which is takde function barangkali beliau merasa kedudukan beliau sebagai pengerusi PIBG tergugat? Anda fikirkan sendiri. Pendek kata, keluarga kami kenal sangat dengan “perangai” Si Demang sejak dari Dulu jadi kami ni malas panjangkan cerita lalu menjauhkan diri dari beliau Dan kroni.

Selepas arwah ayah meninggal, lama dulu, si Demang langsung tidak pernah ambil pusing tentang hal keluarga kami. Bukanlah kami meminta apa-apa dari beliau namun khabar bantuan-bantuan bagi ibu tunggal juga langsung tidak kami terima. Beliau orang kuat kawasan Kami Dan tinggal selang beberapa Viji rumah saje dari kami. Kami dengar desas desus, Demang tidak menyenaraikan Nama Ibu aku untuk bantuan sebab kata nya keluarga kami orang senang. Wah, Si Demang bijak membuat kesimpulan sendiri Tampa bertanya tapi aminlah, moga makbul! Pendek cerita ketika parti politikus Demang bermaharaja lela, si Demang memang langsung tak ambil pusing pasal hal keluarga kami. Which is the way we all preferred.

Tapi lately, especially selepas parti politikus beliau lingkup dan Ibu aku aktif menyenaraikan aktiviti-aktiviti berfaedah yang di anjurkan oleh parti baru, beliau makin menunjukkan “keperihatinan” beliau kepada rumah kami.

Bila aku memangkas pokok pokok buah ditanam arwah ayah di depan rumah, esok nya secara ajaibnya lebih Banyak dahan pokok dipangkas oleh manusia lain tanpa notis atau izin. Nampak macam bagus Kan? Tapi sangat bodoh orang yang berbuat demikian, kerana aku membela arnab Di bawah pokok-pokok tu, dan pokok-pokok tu penuh dengan sarang kerengga! bila sampai satu kanopi pokok kau potong dan jatuh sarang kerengga kebawah.

Cuba teka ape jadi?

Askar-askar kerengga menghurung arnab terbabit dan kawasan Tu berpagar jadi dia tiada tempat untuk melarikan diri. Bayangkan, balik kerja, dengar tengok pokok mangga habis botak tinggal batang, dan arnab peliharaan aku mengelupur dimamah kerengga, habis satu badan penuh dengan kerengga dari Dalam mulut, celah jari, Dalam telinga hinggakan Mata pun digigit kerengga!!! Alasan beliau pokok mangga Tu menghalang lampu jalan, tapi pokok Jiran sebelum rumah yg lebih besar dan rendang dan juga terletak disebelah lampu jalan Yang SAMA tak pulak di potong! Hati Aku dah Panas, tapi Aku Masih bersabar. Meskipun aku tahu, ini memang takde orang lain punya kerja melainkan atas arahan Demang durjana Dan kroni.

Fast forward, seperti Yang Aku mentioned awal tadi Demang durjana memang tak bertegur dengan aku, Aku senyum pun dia buat tak nampak je (tak kisah pun, just my common courtesy despite knowing just how much of an asshole he is), tapi sejak kami buat renovation rumah beliau ni makin aktif, bertegur sapa, menyapu depan rumah semua orang, sampaikan kalau pagar rumah kami tak bertutup dia main masuk je dalam kawasan pagar.

Logically korang rasa apa function dia nak menyemak kat
Rumah Aku? Lebih ajaibnya, siap beramah mesra dengan aku yang dia selalu buat tak nampak. Hahaha!!!

Aku bukan APA, tapi Ibu aku sentiasa ada dekat rumah yang dia ni telebih rajin menyapu sampah sampai masuk dalam pagar tu boleh mengundang fitnah. Lagipun, kitorang memang obviously avoiding him, takkan dia tak paham. Dia niat baik ke? Bukan nak buruk sangka, tapi buat baik biar berpada, ni sampai main langgar masuk pagar rumah orang tanpa izin, tak hormat privasi, aurat keluarga orang lain memang takde yang baiknya!!! Sebelum ni sapu sampah takde pulak sampai masuk dlm pagar depan rumah sekali! Siap suka hati mengintai bahagian rumah yang baru renovate. Sibuknya. Kita ada adab kan. Minta lah izin nak masuk nak tengok.

Tapi strangely, Aku Masih bersabar atas nasihat Ibu.

Until, I was at my limit..

Renovation dah siap, jadi pagar depan dah boleh tutup tapi Si Demang durjana Masih lagi berlegar-legar di kawasan rumah aku perihatin kononnya. Aku Panas hati bila dia tanpa di suruh, masuk rumah aku ambil tangga dari Dalam kawasan pagar dan nak panjat pangkor dahan pokok-pokok aku. (Deja-vu kan?) Aku sungguh tak paham kenapa Dan mengapa dia “perihatin” sangat dengan pokok-pokok buah depan rumah aku. Aku takde pulak tengok dia sibuk pokok buah rumah orang lain. Tambah pula, bahagian rumah yang baru ada jendela di bahagian atas untuk bagi cahaya masuk, pokok-pokok buah tu la yang act as privacy screen kalau tak, orang seberang jalan boleh tengok terus masuk ke sleeping loft aku di rumah tu.

Jadi kau boleh rasa apa aku rasa???????

Aku keluar tengok dia tengah bajet-bajet ramah dengan abang ipar aku yang tak tau cerita. Aku tanya,

“Nak buat ape Tu?”

Demang: “nak pangkas dahan pokok ni nanti kena atap rumah yang baru renovate.”

Which is sangatlah tidak di suruh, walhal kontraktor renovation tu dah pangkas pun dahan-dahan pokok supaya tak kena atas bahagian Yang direnovate! Takde minta izin langsung!!

Si Demang cancel naik tangga nak potong sebab ada kat situ kot tapi dia mengajar abang ipar aku yang memangkas dahan-dahan tersebut.

Aku: “Tak payah, orang Tu dah pangkor dah! Tak kena pun.” Aku bertegas.

Demang: “potong sikit lagi, nanti kerengga naik atap gigit telur ko”
(Literally what he said!!! Macam bodoh kan?)

Korang bayangkan ape perasan aku, tengok Demang durjana ni terlebih rajin, tanpa diminta, tanpa izin, bahkan berani melawan cakap aku sebagai tuan rumah dan lawyer burok dengan aku??

Aku pandang dia lama dengan muka bengang, dia tak berani pandang muka aku. Abang ipar aku aku pun cancel memangkas dahan tadi. Pahtu aku sound si Demang durjana, Aku cakap:

“Lain Kali boleh tak jangan pandai-pandai masuk rumah orang, potong pokok orang boleh?”

Demang buat muka kecewa dan nada merajuk:
“Okay after this, I won’t do it anymore.”(seriously bingai ni tertiba speaking dengan aku haha)

Lalu, Demang durjana berangkat pergi.

Haha! Ingat habis cerita?? Belom lagi chuowls!!!

Fast forward beberapa Bulan, anak lelaki si Demang nak berkahwin. Tapi nak dijadikan cerita, keluarga kitorang haram tak tau cerita sebab tak dapat kad mahupun tak dijemput mulut. Which is to be expected, lepas aku sound dia dengan bagi FB private text peringatan dekat anak perempuan dia pasal ape bapak dia buat.

Kebetulan, hari perkahwinan anak lelaki Demang sama dengan tarikh kenduri kahwin anak kawan tempat kerja lama Ibu. Sebab kami langsung tak tau menahu, kami sekeluarga pergi ke kenduri kawan Ibu di Klang. Sejurus pulang, tengah hari itu, Ibu pun terus join rewang untuk kenduri kawan dia Jiran setaman pada hari hang sama juga.

Ibu cerita, semasa di rewang tersebut, kroni durjana Demang which is Makcik Kepoci belakang rumah bertanya dengan nada tinggi:

“Kau tak pergi kenduri kahwin anak Demang durjana harini ke????”

Ibu: “Harini ke? Kami pergi kenduri kawan di Klang. Minta maaf lah, saya tak tau pun, mungkin kad jemputan nya terjatuh mana-mana” – Ibu aku terkejut sebab memang kami tak tau.

Pulang dari rewang Ibu memeriksa mail box rumah dan memang takde kad jemputan pun. Alah, tak heran pun sebenarnya. Hahaha Bukan apalah, ntah-ntah kroni Kepoci dia memang tau pun kitorang tak dijemput sebab tu saje tanya dengan cara kurang ajar bagi semua orang dengar macam tu. Biasalah, orang-orang psychopath ni suka tengok reaksi kita macam mana supaya dorg boleh pusing cerita. Alhamdulillah, Ibu bijak members response pada makhluk-makhluk durjana seperti mereka.

Ingat Ada effect ape-ape ke kat keluarga kami? Hahahaha kelakar tengok perangai orang Melayu macam ni.

Fast forward ke hari ini, beberapa bulan selepas peristiwa Si Demang kena sound sebab nak potong pokok. Literally, pada hari sama aku menaip kisah Demang durjana ni. Satu gerombolan kontraktor taktau dari mana datang memotong dahan-dahan pokok-pokok di kawasan rumah ni.

Demang menyorok didalam rumah tapi kroni beliau berlegar-legar memerhati di luar dan bergegas ke rumah Demang seperti mengkhabarkan kepulangan Aku dari keluar sebentar tadi. Barangkali mahu melihat response aku, melihat pokok-pokok berjaya Di tebang meski tak dapat sebelum ni. Kali ni bagi alasan tanak kena wayar letrik. Hmm yolah, Husnu Zohn.

Nasib dorang tak pangkas sekali pokok mangga yg baru berdahan balik lepas botak dikerjakan bape tahun dulu. Ade la sikit cover jendela tu. Nak sangat tengok Aku tidor ke? Aneh-aneh je la. Tapi, Husnu Zohn.

Korang rasa semua ini coincidence ke? Wallahualam.

Tapi bagi Aku jiran-jiran durjana seperti Demang dan kroni sangat kelakar dan menggelikan hati. Tipulah kalau tak annoyed sedikit tapi mostly lawak!! Hahahaha

Moga kau menjadi orang yang lebih baik Demang. Aku teringat, office mate aku pernah tanya pasal anak perempuan kau, tapi aku buat-buat taktau je sebab ayah dan Ibu aku ajar kitorang untuk tak buruk kan orang lain.

Tapi kalau Kau over sangat, aku boleh je cerita anak kau yang ditebuuuuuks dan.. dot dot dot. Hidup ni tak Susah Pon!! Hahaha

Akhirnya kata, buat baik berpada-pada, jadi seperti Demang Durjana Dan kroni jangan sekali!

– Demang Durjana

Hantar confession anda di sini ->Β www.iiumc.com/submit