Anak Yang Diuji

Trigger factor aku tulis di sini ialah confession ‘mangsa pilih kasih’ . Aku tak boleh blah dgn confession tu dan lagi tak boleh blah dgn komen2 netizen. Confessor, ko tak layak nak komplen beria. Walaupun mmg tak patut kakak2 ko ckp begitu begini, tapi sbb kasih sayang yg ko dpt drpd ayah ko melimpah ruah, apalah sgt nak dibandingkan dgn kata2 yg ko sendiri pun tahu berpunca daripada hati dan jiwa yang sakit.

Ini confession aku. Aku nak bawa korang ‘tour’ apa rasanya menjadi anak yang kurang kasih sayang.

Aku anak perempuan. Ada kakak dan adik perempuan. Berapa org tu tak perlulah aku cerita. Tak penting. Kisah aku ni bermula sejak maid family aku berhenti keja. Kenapa? Sbb aku paling rapat dgn dia. Rapat sungguh sampai bila family aku nak bercuti aku sanggup tak nak ikut sbb nak ikut maid aku balik kampung. Maid aku berhenti masa aku darjah 3. Sini lah mimpi2 aku mula tak indah.

Sbb aku dah biasa rapat dgn maid, aku jadi canggung nak rapat dgn org lain even mak sendiri. Jadi biasanya aku akan end up sorang2. Tambah pulak dalam adik beradik aku, aku je yang kurang bijak dan tak berapa menyerlah masa sekolah. Dari segi akademik tak menyerlah. Dari segi penampilan pun tak menarik. Comot dan sememeh.

Sbb aku ni tak berapa bijak maka mmg selalu lah kena marah dgn mak aku. Maka, makin rengganglah hubungan kitorang. Walaupun aku ada pencapaian lain luar akademik, tapi sbb akademik aku tak cantik, maka mak aku tak pernah nak acknowledged benda tu semua. Bapak aku toksah cerita, dia keja jauh dan bila balik pun takda sesi nak tanya kabar apa. Maka, akhirnya mmg aku tak rapat dgn parents aku langsung. Kroniknya insignificant aku ni, bila ada satu insiden mak aku lupa nak amik aku balik dr sekolah. Aku dahlah sekolah ptg weih, dah nak maghrib, ketar2 aku jalan cari public phone nak tepon rumah. Darjah 3 weih, bukan cerdik sgt, tapi alhamdulillah masa tu ada satu couple makcik pakcik naik motor nampak aku terkial2 nak masukkan duit syiling, derang benti dan tolong aku sampai mak aku dtg amik. Cerita ni aku takkan lupa dan aku tak pernah ungkit sbb aku tau, mak aku tak sengaja dan aku tak rasa org lain ingat pun dan takda kepentingan utk aku ungkit. Cuma bila aku teringat, aku rasa pedih. Tu je.

Tapi sek rendah masih ok. Episod neraka aku masa sek menengah. Boleh kata hampir tiap hari aku nangis sorang2 dlm bilik air. Takda sapa tau. Sbb aku ada bilik air sendiri. Bapak aku keja hebatlah jugak, jadi rumah kitorang agak mewah, bilik air masing2. Dan sbb family aku dah ada persepsi aku jenis suka dok sorang2 dalam bilik so takda sapa pun tau kalau aku dok nangis sorang2 dlm bilik air.

Nape aku nangis? Tataulah apa masalah aku, tapi mmg aku selalu giler end up gaduh dgn adik beradik. Pastu end up kena maki dgn mak. ‘Busuk hati’, ‘hati hitam’, dan macam2 lagilah yg aku pun tak ingat. Lepas dah kena maki mmg takda sapa peduli. Pandai2 lah ko nak pujuk diri sendiri. Benda ni berlarutan sampai aku form 4. Sbb bila aku form 4 tetiba aku jadi pandai sikit. Maka mak aku pun sayang lebih sikit. Masa tu pun aku dgn adik aku je yg tinggal kat rumah. Yg lain takde sbb masing2 bijak pandai masuk asrama. Aku yg kurang bijak ni doklah sekolah dekat rumah. Hahaha.

Anyway, aku nak cerita betapa mentalnya masa aku lower form tu. Masa kejadian aku tatau pun aku mental. Bila dah besar panjang ni baru aku sedar boleh tahan mental sebenarnya. Rumah aku dekat dgn sungai. Bila2 aku rasa down aku akan selalu lepak tepi sungai. Kadang2 aku pegi lepak kat rumah under construction sambil berangan tu rumah aku pastu lepak tulis diari kat mana2 sudut. Masa pekerja buruh tgh cutilah. Satu hari aku gaduh besar dgn sorang adik beradik aku dan klimaksnya aku kena makan penampar. Hahaha. Mak bapak aku pun tak pernah tampar aku. Itulah penampar pertama dan terakhir sepanjang hidup aku. Lepas kena tampar aku kena tinggal sorang2 kat rumah sbb semua nak balik kampung. Bapak aku takda masa ni. Keja jauh kan. Kampung aku dekat je. Kira by malam tu derang akan balik rumahlah. Lepas kena tinggal tu, aku pegi menung tepi sungai lagi dan dok pikir nak terjun ke tak. Hahaha. Ada dua benda yg aku dok risau masa tu. Satu takut tak masuk syurga. Kat dunia pun huru hara, kat akhirat pun huru hara. Tak ke malang. Walaupun aku belum baligh pun lagi masa tu tapi aku takut juga. Dua aku takut nnt family aku kena kecam. Dahlaa masa hidup macam tak disayangi, dah mampus lagi tak disayangi sbb menyusahkan mak bapak. Psycho tak psycho? Hahaha. Maka akhirnya tak jadilah aku bunuh diri.

Ada episod lain bergaduh lagi, aku kena belasah (tak sampai cedera) sampai aku terduduk di sudut dapur, pun mak aku tetap salahkan aku. Akulah yg busuk hati yg hatinya hitam maka selayaknyalah aku kena belasah. Macam biasa, kau pujuklah diri sendiri, sbb perangai ko yang paling setan.

Masa aku masuk college, macam better sikit sbb jauh dari rumah. Hubungan aku dgn mak aku pun makin baik. Walaupun masih ada beberapa episod yg kurang enak tapi rasanya sbb aku pun dah matang jadi aku macam dah pandai nak manage emosi sendiri. Episod menangis sorang2 tu dah agak kurang.

Sebenarnya aku mmg tak pernah tahu kenapa aku? Apa salah aku? Setan sgt ke aku ni? Pernah sekali aku tanya mak aku (lepas episod drama air mata bagai), aku slow talk tanya kenapa layanan berbeza. Aku bagi contoh kes yang paling recent masa tu. Time ni aku dah keja. Dan mak aku tak dpt jawab. Kebetulan sorang kakak aku pun ada masa tu. Boleh pulak dia brainstorm dgn mak aku nak cari jawapan. Hahaha. Dan akhirnya bila derang bagi jawapan yg aku rasa tak make sense pun asal ada je, itulah moment di mana aku boleh make peace dengan diri sendiri. Aku buat kesimpulan masa tu, tak ada sapa yg salah. It just so happened aku terpilih untuk jadi anak yang diuji. Anak yang dilampiaskan segala rasa marah. Aku berlapang dada.

Aku tak marah sesiapa. Parents ataupun adik beradik. Dan aku tak rasa sesiapa pun ingat semua benda ni kecuali aku je.
Cuma memori pedih tak akan boleh dipadam macam tu aje. Bila je aku teringat, rasa pedih tu mmg real menikam menusuk sangat. Kesannya sampai aku dah beranak pinak. Takda siapa pun tahu walaupun laki aku sendiri. Aku simpan sorang sbbnya aku pun tak reti nak bercerita. Aku confess kat sini pun main ikut sedap jari menaip ikut apa yg aku ingat je. Ada byk lagi tapi aku petik mana yg paling bagi kesan dlm hidup aku je.

Motif aku cerita sini sbb aku nak korang tau, kalau korang disayangi dan korang rasa ada disadvantagenya menjadi org yang disayangi, tak usahlah make such a big deal out of it. Sekurang2nya walaupun korang dikecam sbb menjadi kesayangan, kecaman tu tak mungkin akan meninggalkan kesan parut luka yg sama seperti menjadi anak yg kurang kasih sayang. Chances utk korang dpt mental illness adalah rendah berbanding dgn yg kurang kasih sayang.

Bila je aku cuba nak mainkan semula memori zaman sekolah, aku tak mampu utk ingat yg indah2, sbb memori zaman sekolah aku dah messed up.

Last sekali, kalau korang rasa cerita aku ni macam sama dgn cerita orang yang korang kenal, mohon doakan yang baik2 aja. Please jangan tanya apa2, buat macam biasa je. Sungguh kalau tetiba family aku nak ajak borak semula kisah lama, aku akan rasa sungguh tak selesa. Yang lepas tu biarlah. Aku dah maafkan semua pun. Sama sepertimana aku harapkan derang pun maafkan semua salah silap aku. Cuma bab pedih bila teringat tu mmg aku plan nak amik action, jumpa kaunselor ke apa ke. Macam psycho pulak aku rasa. Hahaha.

Harap adalah yg korang dpt ambil iktibar pape drpd confession aku ni. Terima kasihla sudi baca hingga ke akhirnya.

– Makcik Psycho

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *