Insan Biasa, Usaha Luar Biasa

Assalamualaikum. dan apa khabar pembaca iium confession sekalian.

Pada malam yang hening ini, sedang aku menemani anakku tidur, aku terasa ingin menulis suatu cerita mengenai salah seorang ahli keluargaku. Dialah bapaku. Daripada tajuk, pasti tuan-tuan dan puan-puan boleh mengagak serba sedikit jalan cerita yang ingin aku sampaikan. Sememangnya ayahku seorang insan yang biasa. Mempunyai perwatakan yang biasa, tidak kelihatan begitu bergaya, sekadar berbaju t-shirt berkolar, dan seluar slack biasa tetapi sejarah beliau ketika muda sememangnya luar biasa.

Pada usia beliau kecil, beliau seorang yang sering membantu mak ayahnya dikebun, dan kadang kala menjaga lembu. beliau seorang anak sulung dalam keluarganya. selaku anak sulung, sememangnya ayahku ini ada ciri-ciri kepimpinan dalam dirinya. walaupun ayahku ini seorang yang biasa-biasa saja, tetapi beliau sangat tekun belajar dan sentiasa mencari rakan atau teman yang mempunyai minat yang sama. sedang beliau tekun belajar, semestinya ada saja rakannya yang memandang enteng padanya, memandang sinis, dan seperti merendah-rendahkan beliau. dah memang bangsa kita sentiasa ada saja yang iri hati dengan orang yang tekun berusaha untuk berjaya. keluarga ayahku bukanlah orang berada, kaya dan berharta. jika nak dibandingkan keluarga ayahku dan saudara maranya yang lain, atuk nenekku, yakni ibu bapa kepada ayahku, tidak mempunyai harta yang banyak mahupun tanah pusaka. saudara mara ayahku ini sangat tamakkan harta sehingga sanggup melakukan penyelewangan untuk membolot harta pusaka moyangku sehinggakan tiada peninggalan untuk arwah atuk aku dan nenekku yg masih hidup. maka sudah tentulah keluarga ayahku ini tidak begitu senang dan berada. Maka ayahku tekad untuk memajukan dirinnya dalam pelajaran agar berjaya. Ketekunannya dalam pelajaran sememangnya tidak dapat dibandingkan dengan zaman aku. Dulu walaupun hanya berbekalkan lampu pelita, orang yg tekun belajar seperti ayahku tetap akan terus membaca dan menelaah pelajarannya. Bukan macam zaman sekarang, takde lampu, takde aircond, malahan takde kipas pun dah mengalah untuk belajar. Nak belajar pun kena pergi mcD la, starbuck la, pt3 je pun.

Ayahku sangat tekun dalam pelajarannya sehingga selalu cemerlang ketika dalam peringkat menengah rendahnya. sehinggalah suatu ketika, pada suatu tahun dimana ayahku perlu mengambil peperiksaan yang penting, seperti SPM masa kini, ayahku jatuh sakit. sakitnya bukan sakit biasa-biasa. Sakit hasil buatan orang. Zaman dulu dan zaman sekarang tiada beza hasad dengki, cumanya zaman dulu lebih ramai pengamal syirik suka menjatuhkan orang melalui perbuatan sihir. kedengkian yang membusuk hati. Ayahku tak kacau orang pun, hanya tekun belajar, itupun nak didengkikan sampai sanggup mengenakan sihir. Akibat daripada sakitnya itu, ayahku terpaksa berhenti setahun daripada pelajarannya dan mengambil peperiksaan pada tahun berikutnya. ketekunannya pada pelajaran tidak pernah putus, dia belajar secara berperingkat, daripada tingkatan 6, kemudian diploma, kemudian ijazah sarjana dan seterusnya ke peringkat master. Dalam pada beliau menghabiskan sedikit demi sedikit pelajarannya, ada saja orang kampung mengata, “ko buat PHD ke belajar lama sangat”, “asal tak kerja-kerja lagi, tu anak orang sebelah tu dah kerja, kerja kerajaan pulak tu” (yang ni aku saja tambah).

Ayahku berkahwin setelah beliau mendapat kerja tetap dan sudah membeli kereta. Walaupun sudah bekerja, hidup kami sekeluarga tidaklah begitu mewah, sekadar orang biasa. namun ayahku tetap meneruskan kehendaknya untuk sambung belajar, ketika itu, dia menyambung pelajarannya ke peringkat ijazah. walaupun mempunyai anak yang kecil ketika sedang belajar, walau kadang-kala perlu pulang lewat malam untuk mengajar mencari sedikit rezeki untuk dibawa pulang ke rumah, beliau tetap berusaha untuk belajar mendapatkan ijazah dan hasilnya, sememangnya segulung ijazah itu miliknya. selang beberapa tahun, ayahku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran masternya ke luar negara. Arwah atukku pernah berpesan pada ayahku, “suatu hari nanti, kau bawalah nama ayah jauh-jauh, luar daripada kampung ni je pun takpe”. Dan sememangnya nama atukku di sebut-sebut di negara barat sana kerana mereka memanggil nama melalui nama bapa. sebagai contoh, Najib Razak, Mr Razak, David Beckham, Mr Beckham, dan senarai itu berterusan.

Bilamana ayahku sudah memiliki masternya, orang kampung ayahku sudah tidak berani lagi bekata-kata pada ayahku. persepi mereka berubah, tiada lagi kata-kata hina, merendah-rendahkan keluarga ayahku. walaupun keluarga ayahku tidak memilik harta pusaka melainkan rumah yang didiami, mereka tetap bahagia. malah kini mereka masing-masing mempunyai harta sendiri. setiap daripada adik beradik ayahku mempunyai jalan cerita mereka yang tersendiri. berkat daripada kehidupan mereka tidak mengharapkan harta pusaka semata-mata, mereka sendiri membeli harta sebagai kegunaan anak-anak mereka. manakala saudara-mara ayahku yang segelintir daripada mereka tamakkan harta pusaka sehingga sanggup melakukan beberapa penyelewangan, sudah habis dijual harta pusaka. harta pusaka itu daripada moyangku yang datang ke kampung tu.

Beliau bukanlah daripada kalangan orang tanah melayu, namun beliau memiliki harta yang banyak bila bertapak di tanah melayu. hartanya diagihkan kepada anak-anaknya, tetapi sifat tamak menyelubungi anaknya, maka atuk selaku anak bongsu kepada moyangku tidak memiliki harta pusaka dek dibolot oleh 4 orang kakaknya yang tamak. malangnya kesemua harta pusaka itu kini hampir habis dijual, hanya tinggal rumah kampung yang masih didiami anak cucu cicit mereka yang tidak menahu sejarah pengagihan harta melainkan ayahku yang mengetahui kisah sebenar disebalik harta pusaka arwah moyangku.

Begitulah usaha yang dipamerkan ayahku kepadaku secara tidak langsung dalam memajukan dirinya meneruskan pengajian demi pengajian untuk menaikkan taraf pemikiran dalam keluarganya. usah mengharapkan harta pusaka, tetapi berusahalah mencari berkat rezeki dari yang Maha sempurna kerana DIa maha kaya. Tiada jalan mudah untuk berjaya, kerana haluan untuk berjaya itu penuh dengan liku-liku dan onak berduri. terutamanya bila orang mengata, memandang enteng, memandang rendah, pada kita. bilamana kita berusaha sehabis baik, tetapi ada saja yang tidak senang melihat kita berusaha, dijajanya cerita untuk menjatuhkan kita. dibisik-bisik agar kita terganggu untuk fokus ketika dalam dewan pengajian.

Semangat untuk belajar dalam diri ayahku ini diturunkan kepada anak-anaknya. dan nama ayahku juga sudah disebut-sebut oleh orang bukan saja di negara barat, tetapi di negara tanah arab, dan tanah hindus. Rahsia kejayaan ayah saya terhadap anaknya ialah, beliau tidak membesarkan kami dalam kemewahan, hiburan dan kesenangan. Dalam perjalanan hidup aku untuk menjadi orang yang berjaya dan berguna, pelbagai tomahan yang perlu aku pekakkan telinga. terutama bila disindir mempunyai bapa yang kolot dan mengongkong. bila bercerita tentang rancangan tv astro, aku terpaksa diam kerana tiada astro di rumah. tv pun hanya boleh tengok sabtu dan ahad pagi sahaja. dikala rakanku mempunyai handset masing-masing yang canggih, aku tiada hp. agak sedih kalau nak dibandingkan dengan rakan lain yang mempunyai pelbagai kemudahan dalam hidup mereka.

Tetapi bila difikirkan balik, aku tidak perlukan pun handphone pada masa tu. dek tidak tahan “peer pressure” rakan-rakan semua memiliki handphone, aku memberontak pada ayahku ingin handphone juga. dan akhirnya aku memilikinya juga. tetapi hampir saja pada waktu spm , aku menggantung sim kadku, kerana bagiku tiada manfaat pun sekadar berseronok ingin bersms dengan rakan-rakan perkara yang tidak berfaedah. syukur asbab perbuatan ku ini, aku merasa mudah untuk fokus belajar. Pada zaman aku masuk ke universiti pula, ramai dikalangan sahabatku memiliki smart phone, dan aku hanya handphone biasa. sungguh, aku rasa tenang saja memiliki handphone sedemikian tanpa terasa tekanan “peer pressure” untuk berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan rakan lain. cukuplah aku rendahkan diri agar tenang sentiasa di hati.

pesanan kepada orang muda belasan tahun kini, jangan takut dipinggirkan kalau kita nak berjaya. kerana bila kita berjaya, mereka akan melihat kita sebagai orang yang berbeza. namun kita tetap menjadi orang yang sama, tidak sombong dan pandang rendah mereka, tetapi kekal berusaha untuk masa depan yang lebih maju jaya. zaman sekarang sudah kurang orang yang bijak tetapi kekal rendah diri dan beradab, maka sama-sama kita berusaha untuk kembalikan kegemilangan kita.

– Orang Tidak Dikenali.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *