Anak Bangsawan? Datuk?

Bismillahirrahmanirrahim

Rentetan dari kisah Riana. Sy berminat untuk berkongsi cerita dan pengalaman untuk kita menjadi lebih baik dari hari ke hari.

Sy merupakan dari keturunan bangsawan, anak orang bergelar Datuk Dr. Bapa terima gelaran Datuk pd tahun 1993. Bapa sy juga punya lombong emas.

Berbeza dengan Riana, sy memang biasa hidup senang, sejak dari kecil diberi apa yg sy mahu, sehingga dihadiahkan honeymoon tempat idaman oleh bapa sy utk perkahwinan.

Kami diberi lebih kepada didikan barat. Namun, dalam adik beradik sy, sy dihantar belajar ke universiti dalam negara dan bapa meminta sy bekerja dalam sektor awam untuk menabur bakti kepada Islam, bangsa dan negara.

Walaupun cara didikan kami adalah cara Barat, namun bapa tidak pernah gagal dlm mendidik ilmu agama, solat, AlQuran. Kami dididik utk berpandukan agama Allah.

Apa yg sy ingin ceritakan di sini adalah, walaupun sy anak orang bergelar & diberi apa yg diingini, bapa lebih selesa utk dipanggil dengan namanya shj, tidak perlu berdatuk, dan sejak lebih 10 tahun, bapa selesa ke sana sini dengan memandu kereta Persona. Kami juga punya kenderaan lain-lain untuk kegunaan seisi keluarga. Kami adik beradik juga selesa tidak digelar sbg anak Datuk apatah lagi Datuk Dr.

Walaupun ada kalanya kami memakai pakaian yg mahal, namun kami lebih selesa menjadi biasa-biasa, tidak berkongsi di media sosial gambar-gambar percutian kami. We live like European, we appreciate real life instead of media social life.

Para sepupu sy juga anak Datuk, sebelah ibu mahupun bapa. Dan cara hidup kami juga sama.
Kami hidup di kejiranan elit, jiran-jiran Cina juga lebih selesa dgn memandu kereta biasa. Kami berkongsi rasa yg sama.

Dan sejujurnya, apabila kami menjadi seperti orang biasa, hidup ini lebih indah, ke sana sini dengan cik kelisa sy yg comel, kerana orang yg betul2 menghargai kami adalah rakan yg sejati. Sy lebih suka berkawan dgn rakan-rakan yg berkawan dgn sy kerana diri sy. Bukan kerana sy anak orang bergelar. Dan sememangnya sy tidak pernah memberitahu rakan-rakan sepejabat atau seuniversiti dulu saya merupakan anak orang bergelar. Insan yg sy cuma beritahu adalah kpd suami sy, sebulan sebelum bertunang. I tend to have private life.

Kadangkala, bila ke mana-mana ada juga orang yg mengenali kami (anak kpd rakan bapa) yg menceritakan sy adalah anak datuk sekian-kian. Baharu lah org akan datang salam, senyum dan bersembang mesra.

Sudah banyak kali, sy selesa utk beramah mesra dgn sesiapa shj semasa majlis keraian atau kenduri kendara.
Bila ke majlis keraian, kami adalah seadanya. Ada juga kawan-kawan suami (dari golongan anak Dato’2 juga) yg mengenali sy. Namun para isteri mereka berbuat sombong, setelah tahu dari suami mereka baharulah mereka berbuat baik.
Ada yg tidak kenal akan tarik muka, tetapi setelah dijemput sebagai vip barulah yg menyombong tadi akan tersenyum mesra dan cuba berbual ramah tamah.

Bukanlah sy pinta dibuat baik selalu. Namun layanlah semua manusia sama rata. Yg tua, muda, pakcik compang camping, makcik, remaja, kanak-kanak comot, senyumlah dan sapa mereka sama rata. Yg miskin dan yg kaya. Sentiasa terima kasih dan senyum pada cleaner, garbage collector dan ramai lagi. InsyaAllah kita lebih menghargai.

Mungkin masyarakat kita selalu melihat, yg kereta besar, bergelar itu perlu dihormati. Namun hakikatnya kita semua sama. Itu juga didikan Barat yg baik boleh kita ambil. Allah uji kita dengan cara yang berbeza.

Pesan bapa, semua nikmat ini adalah rezeki dari Allah. Who we are untuk mendabik dada. Semakin banyak dariNya, semakin tunduklah kita. Semakin kita perlu dekat kepadaNya dan sentiasa berpandukan AlQuran dariNya.

– NadiahK

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *