Hai admin. Aku Joe. Thank sebab publish last post. Ada yang request part 2 tapi dia tak btaw nak cite pasal apa. maybe nak continue part Madinah. Aku rasa yang penting part madinah tu just raudah dengan makam nabi. Tapi part mekah ni banyak giler bende best yang boleh diceritakan. So maybe aku cite bende yg orang tak cite pasal mekah.
Masjidil Haram.
Kalau kau balik umrah, orang macam excited tunggu hadiah dari kau. Aku ni xde la baik sangat dengan orang. Aku agak anti sosial. Aku cuma baik dengan orang yang aku kenal dan biasanya aku jenis beli souvenir untuk family aku je. Dalam masjid tu ada telaga zamzam. Pada aku, air ni tak ajaib pon. Orang kalau balik umrah, orang lain mesti macam nak try air zamzam. Air ni ustad kata ada nutrien je. Ada yang nak mintak air tu bagi anak dia minum. Konon bagi terang hati. Pada aku, bab hati ni kerja Allah dengan tuan punya padan. Air ni kalau kita bagi 5liter kat awek idaman, dia still takkan suke kita. Yang boleh tolong kita cuma si Zat yang membolak-balik hati. kalau anak tu degil, doa je lah. jangan caya sangat bende2 ajaib ni. Khurafat ustad cakap. Kat sana, air zamzam ni kita buat wudu’. Buat masuk muka dengan kaki je sebab air nya banyak sangat.Pada aku yang ajaibnya telaga dia sebab air tak pernah kering. Ada yang cakap kalau kering, da nk kiamat. Who knows.
Macam aku, dulu aku malas giler solat. Lately je aku cube betulkan hidup aku sebab aku dah mula rasa aku akan mati sorang. Kalau takde waris yang boleh doakan aku, at least aku da usaha selamatkan diri sendiri. Ada komen cakap mekah bukan syarat untuk bersihkan hati. Ye betul tu kata dia. Aku pon pikir bende sama. Cuma kalau aku mati sekarang, aku pasti hutang solat aku belom habis terbayar. Bila Allah tanya ke mana harta dunia aku, aku da boleh jawab yang aku dah cuba cari dia. Come to me walking and I will come to you running. Itu ayat surah ape ntah. Aku 27. Single. Da lama aku menabung. Allah bagi aku rezeki kerja yang bagus. Aku asalnya da simpan duit cukup untuk kawen tapi tak dijodohkan dengan Hidayah si pujaan hati. Huhuhu. Tapi instead ke umrah, aku ke Korea. Aku beli motor baru. Aku berjalan merata tempat. One day, aku tergerak hati nak gi kursus umrah. Masa ni aku belom booking nama lagi. Org ceramah tu tanya soalan yang buat mata aku berkaca. “Andai Allah tanya mana duit yang dia bagi, apa kita nak jawab? Kalau dia tanya nape tak pergi haji tapi beli rumah baru, apa kita nak jawab?”. Dia cakap umrah pertama wajib bagi yang mampu. So apa jawapan korang?
Berbalik pada masjidil haram. Aku ni dulu sekolah agama. Habis darjah khas pangkat 2. So aku memang pandai ngaji. At least dulu la. Al-quran ni pelik. Ilmunya tak sama macam berenang or menulis. Al-quran kalau tak dibaca, kita lupa. Aku ni jenis malas solat. So for sure la aku ni jenis jarang ngaji sebab orang ngaji memang lepas solat biasanya sebab nak ade wudu’. kau datang masjid awal 30min sebab nak booking seat best. Seat yang bile solat dapat nampak Kaabah. Itu idaman semua orang. Tapi apa ko nak buat bile ko sampai masjid 30min awal? Orang lain ngaji bro. Quran sana tafsir semua bahasa ada. Sedangkan aku just duduk tercongok sana 30min. Aku ngaji gagap bro. Malu taw bile orang lain ngaji tapi ko cuma mampu main enset. Kalau bukan Quran pon, ko just nagji surah lazim kat belakang or surah al-mukminun. Sebab aku play surah tu seblom tido jadi 40 ayat pertama aku lancar. Sedih tapi tu lah aku tengah cuba belajar balik. Kelas ngaji lepas keje nak join tapi penat. Kalau si Dayah dengan Zul, mesti ngaji dia power giler. Sebab tu mereka ni idola.
Gunung Uhud.
Ada hadis yang btaw kita pahala solat jenazah ni maca satu Qirath. 1 Qirath ni pulak macam 1 gunung Uhud. Ustad cakap sebnarnye gunung Uhud tu bkn 1 gunung tapi satu banjaran. !km tinggi, 7km lebar. Besar gile weyh. Pastu kat mekah dengan madinah ni, tiap2 waktu ada solat jenazah. Masjidil Haram pahala darab 100 000. Masjid nabawi pulak darab 1000. Besar pahala solat fardhu kifayah tu. Somehow kat sana aku raji gile join. kat sini, kalau ada, aku balik teros. Sama la dengan condition solat sunat sebelom dan selepas solat tu. Malas yang amat. Ada yang kata perang Uhud ni satu-satunya perang yang Nabi kita kalah. Masa ni 7orang Khalid al-Walid bunuh. In the end, Khalid al-Walid jadi orang penting dalam sejarah Islam. Besar pengorbahan dia untuk kita. Bak kata ustad Abdullah Khairi, hidayah itu milik Allah. Nabi kita punya la baik, dia maafkan orang yang menjadi punca 70 orang sahabat dia mati. Nabi bila perang habis, dia cari semua sahabat dia. Dia kenal semua orang. Ada sorang syuhada tu bila dia mati kain tak cukup nak tutup jenazah. Aku dah lupa nama dia tapi masa cerita pasal sahabat tu, suara ustad berubah. Mata dia berkaca. Orang-orang yang alim bila melawat tempat macam ni, mereka menghayati. Aku, cuma mampu berdiri dengan hati yang masih kosong. ba-bab sirah ni korang kene google balik. In case cerita aku silap, aku minta maaf.
Masjid Nabawi.
Masjid ni besar. Rasa macam 1km panjang dan lebar. Tempat fevret sume orang kat sini, raudah dengan makam nabi. Macam lagu nashid tu, diantara mimbar nabi dan pusaranya di situ terletaklah taman Raudah. Kat sini situasi dia sama macam Kaabah. Semua orang pentingkan diri sendiri. Semua orang nak masuk sana. Bila dah masuk sana, sume orang nak stay dan taknak keluar. As a result, masa kau solat, akan ada orang yg menolak dan kadang-kadang ada yang melangkah. Tapi aku tak salahkan diorang. Mereka orang berhajat. Semua orang datang sana berhajat. Bila masuk sana, kita solat cepat-cepat sebab kita nak buat solat hajat banyak kali. Aku pergi sana 2x. Ada satu solat tu masa aku sujud, aku kene tolak. Masa tu aku bengang sikit sampai terlupa bacaan yang afdhal masa sujud last tu.
Makam nabi. Masa aku first datang sini dengan mutawwif, dia ada bacakan doa. Dia bagi salam tapi bahasa arab. Ada orang ckp jangan bagi salam macam biasa kalau kat kubur. kang orang dalam tu jawab salam, demam kita. Aku ni pon jahil. Yang aku taw kene selawat je. Aku bantai je baca salam dalam tahiyat akhir tu.
Ustad cakap kite treat nabi macam dia hidup. Kita berbual dengan dia macam kita berbual dengan orang penting. Sebab tu aku tak snap gambar makam nabi. Kita tengah sembang dengan member, tetibe kite kluarkan enset snap gambar. Kan pelik gitu. Kat situ pon ade sorang sheikh jaga. Dia tak bagi kita pegang grill. Dia tak bagi kita doa menghadap nabi. Dia tak bagi kita bising. Aku paham logik dia. Nabi tu kekasih Allah. Kita just mintak tolong nabi sampaikan hajat kita pada Allah. Kita still doa pada Allah.
Orang macam aku ni biasalah, hajat aku mesti nak berkeluarga. Kalau boleh dengan Hidayah gadis pujaan. Kalau kau boleh ke Raudah, boleh ziarah nabi, apa kau akan cakap pada dia? Aku? Aku nak nabi tolong sampaikan hajat aku. Aku nak mintak tolong dia selamatkan aku. Syafaat dia, nabi lain takde. Nabi Muhamad s.a.w je yang boleh tolong kita kat mahsyar nanti. Dosa tak semayang ni dosa besar. Hutang dengan Allah tetap hutang. Masa di Mahsyar, kita takkan pikir pasal orang lain. Mak aku, ayah aku, kawan-kawan, semua akan kita tinggal. Kau duduk dalam raudah tu doa mintak dibukakan hati Hidayah tu untuk kau. Tapi deep dowh, agama aku tak sebaik Zul. Aku tak layak untuk orang sebaik dia dan dia dah reject aku banyak kali. Aku taknak kapel. Aku taknak rosakkan orang sebaik dia. Aku nak mintak izin mak dia dulu tapi doa ni bukan macam megi. Lama kene sabar. Aku just doa semoga one day aku jadi lelaki yang agamanya sebaik mereka. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri. Zul, Hidayah, mereka cuma motivasi yang Allah hantar untuk aku.
Bile kau balik sini, orang akan tanya soalan cliche. “Best x umrah? Nak pergi lagi?”
Seriously, aku nak datang balik tapi tak nak datang sorang. Aku pergi dengan mmbe lvl pakcik. Kita nak sembang tapi ada jurang usia. Susah. Sedih. Lonely. Aku nak pergi dengan dayah…hahaha..Best x? Mesti la best. Pahala besar kot. 5x solat jenazah sehari. Sapa yang xnk tu gile kot. Cuma x mampu sebab mahal gile trip umrah ni. Kalau korang masih berkira-kira untuk pergi, bentilah baca mastika. Benti dengar cite pelik2 dari orang lain. Ada orang cerita kat situ ramai pencopet. tak tahu la. Aku tak jumpe pon. Yang aku jumpe is sindiket orang indonesia. Sindikit pegang hajar al-aswad. Dia tolong kau pengang batu tu, tapi bayar 400SR. Batu tu pada aku takdir. Allah izinkan aku pegang, mungkin aku lucky. Orang sekotor aku boleh ke sana, mesti korang boleh. Korang jauh lagi baik dari aku. Sorry panjang, there won’t be number 3. Kalau korang ade soalan, aku pm tepi..
-Joe-
– Joe
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit