Assalamualaikum.
Terima kasih banyak andai confession ini dikongsi dan terima kasih jika ada yang baca.
Komen para ibu atau siapa saja yang rasa nak hentam, silakan. Sangat dialu-alukan. Aku menulis pun memang bertujuan menghentam (kejamnya bunyi). Ehhh tak2. Aku menulis nak buka mata kepala telinga dan apa sahaja yang boleh dibuka. Nak bagi faham. Nak bagi jelas. Tak tau hangpa yang tak faham atau aku sendiri yang tak mampu nak faham seperti hangpa.
Anak2 hari ini disibukkan dengan pembelajaran abad 21(PA21). Bukan anak2 je sebenarnya. Mak ayah, cikgu cikgi semua memang duk kalot, duk pening ngan PA21 ni. Belajar makin rumit walaupun dikatakan nak jadikan menarik. Sudahnya semua jadi panik.
PA21 bukan isu besar bagi aku sebenarnya. Walaupun banyak juga isunya. Pada aku, matlamat utama mendidik adalah menyampaikan ilmu yang berguna. Ilmu yang bermanfaat. Jadi apa2 yang tak berguna dan menyemakkan semata-mata semuanya adalah RUBBISH. Ini matlamat aku yang jelas dalam pendidikan. Nak kondem? Silakan.
PA21 walaupun pening, tapi masih dalam kawalan. Yang aku tak boleh hadam. Tak boleh nak brain, peranan keibubapaan anak2 yang duk dalam PA21 ni. Seriuos aku memang tak boleh nak faham sebahagian besar golongan ibubapa ni. Aku cukup pening. Kadang cukup hangin. Aku tak faham banyak perkara. Dari mana muncul golongan macam ni pun aku tak pasti. Kebanyakan mereka mungkin yang lahir sekitar lewat 70-an (just my assumtion. Haha)
Apa masalah ibubapa ni? Hentam la kalau pandangan aku ni melalut tak masuk dek akal ke tak munasabah ke tak sedar diri ke apa.
1. Aku tak faham, bila ibu datang bising nak anak duduk dibahagian depan. Katanya, anak dia tak fokus bila duduk kat belakang. Habis anak orang lain apa cerita? Anak orang lain semua fokus ke? Tolonglah jangan selfish. Tolonglah jangan anggap anak kamu sahaja yang perlu dapat ilmu. Anak kamu saja yang perlu bijak dan berjaya.
2. Aku tak faham bila ibu datang tanya kenapa selepas 3 bulan anak dia masih tak boleh membaca. Apa yang cikgu buat dalam masa 3 bulan? Takkan nak tunggu 3 tahun kemudian batu nak pandai membaca? Allah. Wajar ke soalan begini dipersoalkan. Cuba tengok kawan2 anak kita. Kalau mereka boleh membaca, anak kita je yang tak boleh, adakah ini salah terbesar dari gurunya?
3. Aku tak faham ibu yang telefon maklum anak datang lambat, tak bawa buku, tak itu dan tak ini. Come on, aku sampai sudah tak faham apa objektif makluman ini. Adakah dengan makluman sebegini rupa, guru tak boleh denda atau persoalkan pada pelajar? Sebab? Sebab mama mummy saya dah maklum. Begitukah? What are your expectation parents?
4. Aku tak faham ibu yang datang mengadu kenapa anaknya tidak dipilih untuk sukan itu atau ini. Kenapa anaknya tak tercalon sebagai pengawas atau apa sahaja. Wajarkah soalan begini dipersoalkan? Kita parent atau cikgu. Korang fikir apa? Anak korang lah yang terbaik didunia? Atau bagaimana?
5. Aku tak faham bila ibu datang maklum buku hilang, bekal hilang, botol air hilang, bekas pensil hilang, pensil warna tak cukup satu dan macam2 lagi. Tolonglah parent, ini tanggungjawab guru atau anak? Atau tanggungjawab korang didik anak2 ni jaga barang? Atau bagaiman? Habaq mai sikit.
5. 6. 7. ………. macam2 aku tak faham. Tak boleh nak faham. Apa pelik sangat perangai ibu2 zaman sekarang. Mak aku dulu takda macam ni kot. Aku elok jer besar jadi orang. Jadi insan.
Kesimpulannya, aku memang selalu tak faham golongan ibu ni. Memang tak boleh nak faham. Tak boleh nak difahamkan. Habis kuat aku mampu meroyan je sesama kawan. Tolonglah kaum ibu, sayang anak biar bertempat. Sayang anak biar kena dengan caranya. Sayang anak, jangan sampai bebankan orang. Sayang anak, jangan sampai ambil hak anak orang. Tolonglah. Tolong.
Aku cakap lebih2 kang, orang cakap aku tak faham. Aku tak duduk kat tempat ibu. Tapi kalau macam ni lah gayanya, biar tak jadi ibu pun tak apa ( ibu macam ni la,ibu mithali aku nak sangat jadi). Teruk sangat gayanya. Teruk sangat mentalitinya. Teruk sangat mengejar dunianya.
Natijah pada anak kemudian hari, salah siapa jangan ditanya.
Belajar fahami anak, bukan bebankan anak dengan level yang tak mampu mereka capai. Ubah mentaliti, baru ada kualiti.
Tolonglah ibu2, baiki diri. Jangan sebab kita anak2 jadi mangsa kemudian hari. Berhenti penting diri. Aku menulis untuk kita muhasabah diri.
– Hasanah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit