Nama aku Jaja. tengok tajuk pun dah takut kan..hahahah..terima kasih admin kalau siarkan confession aku ni…geram,marah, serabut dan sewaktu dengannya. Aku tak faham orang yang suka berhutang ni. Nak kata takde duit dalam facebook duk post macam-macam. Lahai la manusia.
ok..cerita baru nak mula. Aku ada sorang kawan yang kerja dia memang suka berhutang. Otak dia memang ligat. Sebelum ko pintas dia , dia dulu yang akan cantas engko! aku tak tahu la dalam kepala dia tu memang cari jalan nak berhutang ke apa..nak kata hari-hari tak juga..tapi kerap,acap dan selalu. kalau cakap bab agama..prgh…memang perfect..sume tahu..tapi bab hutang boleh pulak lupa!
si penghutang ni boleh dikata ko takkan jangka dia nk berhutang . mana taknya…bila dekat kaunter dia boleh pegi minta duit dengan ko…pisang tol perangai..aku tak tahu la berapa sen dia bawa duit datang kejer…tapi kalau bercakap hhmmmmm..macam jutawan! kalau bayar terus takpe la jugak ..ni kita yang kena minta duit dengan dia..weh kalau hari-hari macam ni bankrup aku! nak derma kat ko? baik aku bagi anak yatim makan!
Dia minta tak banyak..dua ringgit paling sikit…5 ringgit..paling kerap 10 ringgit..tapi korang bayang kalau 2 hari atau tiga hari sekali mintak? ko ingat aku cop duit ke? lepastu buat-buat lupa (aku la andaikan dia buat-buat lupa..hihi)pernah sekali aku kumpul duit aku dengan dia…hmmm..dekat 50 ringgit (ni yang aku kmpul rm 10)..tak kumpul yang 2 ringgit & 5 ringgit lagi..agaknya aku memang kena spend 1 part duit emergency untuk dia kot!..bodoh?memang aku bodoh tapi susah nak elak..awal-awal aku ingat dia memamg betul lupa bawa duit..tapi kalau dah memang menjadi kewajipan bila dengan dia, dah kira melampau la kan..Ye…memang la sape suruh aku bagi kan..tapi kalu kita tengah buka beg duit dan time tu jugak dia mintak? ko nak cakap apa kat dia? sebab tu aku kata OTAK dia memang ligat mencantas orang!
Bila time makan suka mengirim makanan dekat kawan-kawan yang dia aim (aku la kawan yang bodoh yang dia aim tu) padahal dia pun makan kat situ jugak..korang rasa? perangai jahanam apakah ini?!bila kirim mengirim macam ni jawapan nya ko sendiri la jawab..sedekah jariah la kat dia tu!nenas takde jambul tul perangai dia ni!
Bayar? banyak tak bayar dari bayar..kalau yang 10ringgit sekali dia minta tu aku akan menebalkan muka tembok ni untuk minta dengan dia..kalau yang 2 ringgit ,5 ringgit tu dah kira DANA FREE dia la tu! malas nak kira nak kumpul yang kecik-kecik tu..tapi kalau kumpul rasanya ..hmmm..boleh buat makan selama seminggu (takut nak kumpul..takut aku yang keluar air mata darah)!
aku tak tahu la nak mendidik manusia macam ni macam mana..sebab aku memang takkan mintak duit dengan dia..dengan kata lain nak bagi dia malu..hampeh beb! dia memang muka tembok! kelakar tak kalau malu nak guna duit 50ringgit untuk beli brang yang harga kurang dari 5 ringgit? ko ingat cashier tu xde duit baki ke nak bagi kat engko?itu lah alasan win dia yang selalu dia guna time nak pau duit aku.
bila dia ajak pergi pasaraya. DIA YANG AJAK (aku ulang yer)..bila time nak bayar dekat kaunter tu boleh dia buat muka selamber kambing minta duit dengan aku..”ada duit lebih tak”..puih.. hantu betol. Lagi satu perangai betik dia, iaitu time dekat kaunter pembayarn, time nak bayar/hampir-hampir sampai turn nak bayar, time tu jugak la dia nak pi tukar barang! ada sekali tu dekat kaunter 5 barang..time tu customer tak ramai..setahu aku cashier terima jer kalau barang lebih time customer kurang…dengan muka pisang goreng dia tu “tumpang kankong 2 biji” sambil ambik benda tu letak dekat barang aku and time tu aku tengah hulur duit nak bayar…citttttt!!!mujur la duit masa tu cukup-cukup dengan barang dia.
Banyak lagi perngai syaiton nirrajim dia ni..tapi cukup la dulu..maaf lah kalau tulisan aku ni berterabur..sebab aku taip apa yang terlintas jer..dan aku bukan jenis yang pandai mengarang.
mohon doakan supaya perangai ungka ni pupus. (doakan perangai takpe kan..bukan nak doakan dia supaya pupus..hihi) . Aku harap dia cepat-cepat dapat hidayah!
sekian…
– JAJA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit