Kalau Bertimbang Rasa dan Beradab Boleh?

Assalamualaikum kepada warga IIUM confessions.
Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan cerita aku…

Masa aku umur setahun, ayah aku sakit teruk disebabkan penyakit buah pinggang dan dia meninggal pada tahun itu juga. Masa itu aku tak nangis dan mak aku cakap aku siap boleh main lari-lari dengan penuh keriangan di kala sang ayah dikafan yela aku kan kecik lagi masatu… Jadi bermula pada saat tu mak aku pegang dua watak iaitu sebagai mak dan ayah bagi membesarkan 7 orang anaknya termasuk aku.. Alhamdulillah Allah kurniakan abang2 mak dengan hati yang mulia sebab mereka tak putus2 tolong keluarga aku sampailah kami dah besar… hm aku ja yang tak habis sekolah lagi…

Ingat lagi cuti sekolah tahun lepas, aku kerja dekat kedai makan pakcik aku, lama jugak sampai sebulan sekaligus tidur dekat rumah dia untuk memudahkan aku pergi kerja dan balik pada hari minggu ja sebab aku nak cari duit poket sendiri dan nak belajar berdikari.. Seronok gila aku boleh beli pakaian sekolah dan banyak lagi perkakas lain menggunakan duit gaji aku… Yang tak seronoknya, dalam sebulan tu mak aku pergi Kuantan sebab ada kenduri dan sekalian pergi makan angin…. So selama sebulan tu aku menahan rindu dan menanti kepulangan mak aku…

Setiap kali balik kerja, aku mesti nangis sebab rindu mak aku… Lagi sedih sebab makcik aku layan aku macam kuli sampai tangan dengan kaki aku menggelupas teruk sebab banyak buat kerja dapur.. Tu tak termasuk lagi setiap hari pergi kerja pukul 430 pagi balik pukul 4 petang dahla kerja berat banyak bagi aku. Bayangkan aku yang angkat lauk,aku juga yang ambil pesanan, aku juga hantar air,basuh pinggan segala mak nenek sampai mop pon aku.. tu pun kadang dia marah dan tak paham bila aku tersilap ambil pesanan air sedangkan aku ni penat sampai takleh focus apa yang pelanggan nak..

Salah aku ke? Salah aku ke sebab takleh nak jadi macam robot yang boleh kerja tanpa penat? Sampai tangan aku jadi terketar-ketar macam pesakit Parkinson dah.. Mungkin salah satu faktornya aku ni badan kecik kot… Dia punya marah sampai tak pernah ajak aku turun makan(rumah pakcik aku 2tingkat) selalu balik kerja aku akan suruh sepupu aku( anak pakcik aku) singgah dekat kedai runcit untuk beli roti dan maggi untuk aku makan setiap malam.. Kadang aku makan dekat restoran depan rumah pakcik aku sorang2 tapi sebab taknak membazir aku pergi makan situ sekali sekala selama sebulan tu.. Sadis kan ? Nasib la dekat tingkat atas tu ada mini peti ais so boleh la aku simpan stok makanan aku..

Ada malam tu aku makan roti sambil nangis sebab teringatkan mak aku sebab kalau ada dia mesti mak takkan biar aku kelaparan makan roti setiap malam dan haritu aku kena marah teruk dengan makcik aku sebab haritu aku banyak tersilap ambil pesanan dan aku buat kerja lambat padahal bateri aku dah nak habis cuma menanti beberapa hari lagi untuk menyembah bumi..

Bila sesi persekolahan dah nak dekat, tempoh kerja aku pun tamat.. Sungguh! akulah manusia yang paling bahagia sebab rasa macam dah gugur bebanan yang aku tanggung sekejap.. Dan paling aku tak sabar sebab nak jumpa mak aku… Balik tu aku cerita macam2 dekat mak aku.. Macam sebulan tak jumpa plk eh memang sebulan pon. Hehe..

Tapi bagi aku semua ni merupakan pengalaman yang bagus untuk aku walaupun aku bertubuh kecil tapi aku mampu melakukan apa yang orang lain boleh buat.. Dulu masa aku di tingkatan 2 aku dah mula menceburi dunia catering sehingga ke hari ini dan pernah beberapa kali aku terlibat memasak untuk kenduri kahwin yang sampai 2-3 ribu orang.. Waktu aku di tingkatan 3 pula, aku pernah berniaga air di pasar malam masa ni rasa gaji aku tak berkat sangat sebab tak solat maghrib dan aku kerja untuk beberapa bulan ja sebab rasa berdosa cari rezeki tapi melupakan Pemberi Rezeki.. Masa aku di tingkatan 4 pula baru aku menimba pengalaman baru dengan bekerja di kedai makan pakcik aku..

Sungguh banyak pengalaman dan iktibar yang aku dapat bila berkerja.. Masa tu boleh Nampak manusia ada macam ragam ada yang bertimbang rasa dan ada yang pejamkan mata ja.. Kadang seronok bila orang paham kita boleh sabar tunggu kita ikat air or cedok air.. Rugi ke sabar? Rumah awak akan berpindah ke planet Marikh ke kalau awak lambat balik rumah? Ramai beratur sebab kedai air aku ni antara kedai terlaris dekat pasar malam tu.. Bukan takleh cepat, tapi manusia kan mestila ada yang nak ais kurang,air kurang manis lepastu nak asam dua tiga ketoi la ha pastu aku kena mendayung dalam tong air semata nak cari asam untuk awak… Pastu mula la makcik2 bawang dok jelling kat baris belakang sebab lambat hm satgi aku cakap nak cepat cedok sendiri kang maroh cakap tolak rezeki hm.. Tu tak termasuk yang bagi duit seratus untuk beli air yang harga seringgit hm takpa sabar je yang boleh marah cuma pelanggan…

Bila catering pulak, aku harap satu benda ja bila pergi kenduri ka majlis makan2 ke tolong jangan ambil makanan mengikut nafsu awak sebab pada akhirnya makanan tu tak habis dan masuk tong sampah jugak.. Kalau bab kemas meja or angkat pinggan takpa sebab memang kerja aku dan aku dibayar untuk buat semua tu cuma satu lagi tolong jangan makan bersepah sangat kadang aku terpikir yang makan tadi manusia ke kucing … Tapi untuk sesiapa yang kadang tolong angkat pinggan sendiri tu terima kasih sebab mudahkan kerja kami..

Ha masuk bab kerja di kedai makan pulak.. Tolong ye kalau nak pesan air tolong cakap pelan-pelan sebab otak si pengambil pesanan air ni bukan mesin fotostat ye yang boleh tangkap segala pesanan awak.. Kalau sorang dua takpa jugak ni sampai satu keluarga ko pesan air macam kena ligan anjing ja kalau suruh ulang ha marohh! Dan yang paling aku kecewa ha dengan sikap pemalas pelanggan yang suka basuh tangan dalam pinggan padahal sinki dekat ja bukannya 4 Marhalah dari tempat duduk ko! Yang lelaki ha bila kedai makan tu dah sediakan bekas abu rokok, tolong jangan nak petik abu rokok dalam pinggan or cawan kedai makan orang ye sebab orang lain juga akan guna pinggan mangkuk tu nanti ye.. Okay satu lagi tau nak mintak, kalau orang tolong cedokkan air, hantar pesanan, angkat pinggan mangkuk untuk awak, tolong cakap TERIMA KASIH tau sebab rasa dihargai dan seronok buat kerja.. Bukan mahal pun kena cakap je..hehe

Tak kira awak tu lawa ke lawak tolong beradab. Semua dah besar panjang dah boleh pikir mana yang salah mana yang betul.. Adab tak semestinya kita kena belajar dekat sekolah, tapi kita boleh cuba didik diri sendiri untuk lebih beradab.. Tak kira awak ni ada pangkat setinggi langit pun tapi cuba beradab dengan sesiapapun walaupun orang tu hanya si waiter… Apa guna awak berjaya kalau gagal untuk ajar diri sendiri untuk beradab dengan orang lain..

Disebabkan aku ada banyak pengalaman macamni, aku dah berjaya ajar diri aku untuk beradab dengan orang lain, bila aku pergi kenduri aku selalu angkat pinggan aku sendiri ye memang kerja mereka tapi tak salah aku mudahkan kerja mereka dan inshaallah Allah mudahkan kerja aku. Selalu sabar menunggu giliran, tak lupa cakap terima kasih bila orang hantar pesanan .. Bila tengok mereka tersenyum, aku tahu mereka rasa dihargai… Harmoni je kan lagipun bukankah dunia akan lebih indah jika manusia sering bertimbang rasa?

Aku ingat tahun depan sementara nak tunggu result SPM aku nak tinggal dekat rumah abang aku di Langkawi tapi aku taktau nak kerja apa.. Tapi kalau anda mempunyai sebarang cadangan yang bernas dan menyeronokkan boleh komen ye.. hehe

Terima Kasih sebab sudi baca cerita aku sampai habis!

Sekian.

– -timoti

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *