Keinsafan di Pasar Malam

Assalamualaikum readers;

Hari Khamis, hari pasar malam dekat rumah akak.. Selalunya akak memang tak pergi pasar malam sebab nak dukung anak sambil meredah lautan manusia is not my forte. But semalam, akak terpaksa bawak anak pergi pasar malam sebab teringin nak makan nasi kerabu.

Tapi instead dapat nasi kerabu, hati akak diruntun pilu, geram dan akak triggered. Sebab apa? Sebab akak nampak macam macam ragam manusia yang berniaga.

Bila akak nampak orang yang berniaga pasar malam, akak kagum dengan jiwa depa yang kental. Ingat senang ka nak usung payung , meja. generator, dan segala barang berniaga .. bawak anak kecil, berpanas berhujan.. akak sebak..
Akak nampak orang kurang upaya (OKU) dengan kenderaan OKU, berniaga.. Barang jualan sikit, mengharap 10-20 ringgit sehari..
Akak nampak orang tua, berjualan sayur seikat seringgit.. mengharap rezeki malam tu, kalau hujan? Basah kuyup la pakcik tu dengan sayur sayur dia..

Sebab apa akak triggered.. Akak sedar cari tu duit tu susah. Hard work.. Akak geram dengan puak puak MLM, piramid,bitcoinMLM, yang tabur janji betapa senang nak jadi jutawan and makes things worst, puak puak ni target golongan students and budak muda. Kalau la anak anak muda nampak betapa susah nk jadi duit, betapa susah nak teruskan kelangsungan hidup..

Akak juga sedar, betapa pentingnya pendidikan. Akak untung, my parents walaupun belajar tak tinggi tapi depa nampk pentingnya tertier education and instill semangat bersaing untuk ke depan.

Kepada anak anak peniaga pasar malam, hargailah jasa ibu dan bapa anda. Jangan putus asa, bantulah mereka. Akak jamin, adik akan lebih berjaya. U have the best exposure of street smart and survival skills.

Kepada peniaga OKU, anda hebat. Anda tak mengeluh, anda tetap step forward and stay strong. That is why akak tak suka bantu peminta sedekah/derma. Akak nampak semangat golongan OKU ni berjuang.

Kepada yang pemalas, yang menunggu duit jatuh ke riba dengan copy paste document, silalah. buka mata, buka hati dan bukalah senses anda kepada sekeliling.

Kepada yang down/putus asa dengan nasib anda, janganla lupa usaha usaha, doa dan tawakal.. Open your senses and you will feel that you are not alone. Ada yg senasib ada yang lagi teruk..

Kepada yang mengeluh gaji tak cukup, kita sama.. akak antara golongan yang rasa duit gaji tak cukup, after last night, akak rasa bertuah sebab ada kerja, walaupun kerja kilang, tapi akak ada income nk selesakan anak anak akak.

Ok la.. tu ja akak nak rambling.. yang ni pendapat dari isi hati akak ja.. Akak tak hina peniaga pasar malam, tapi akak kagum dengan depa ni.. and akak rasa kita patut contohi and amek semangat depa. Lagi satu, tolong la, beli sayur ke, buah ke, makanan, tak yah la nk minta kurang kurang.. ada ja akak nampak, dok haggle lagi harga.. -___-

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *