From Woman to Woman

Assalamualaikum

Saya baru pulang dari umrah baru-baru ni. Masa kat madinah, saya ada terbaca pasal tudung keluaran baru neelofa. Masa tu entah kenapa rasa sebak…

Saya duduk iktikaf kat masjid nabawi, di depan saya makam rasulullah saw. Saya pandang-pandang dan lihat-lihat jemaah wanita… elok bertutup tudungnya. Saya teringat kata ustaz, madinah terjaga dengan manusia-manusia yg mengikut sunnah rasulullah saw.

Lantas saya teringatkan tudung neelofa. Saya tak pernah tengok jemaah wanita memakainya di dalam madinah. Jadi saya buat kesimpulan tudung neelofa langsung tak mengikut sunnah. Andai kata di masjid nabawi ini, wujud jemaah bertudung neelofa..adakah mereka dibenarkan berpakaian begitu? Adakah orang-orang islam yg ada kat madinah akan biarkan wanita tak mengikut sunnah tanpa dilarang dan ditegur?

Madinah tanah haram.. orang-orang yg datang ke madinah nak menyucikan diri daripada buat perkara fasiq dan perbuatan yg dibenci Allah dan rasulullah saw..Takkan la kita berani nak buat benda yg tak disukai Allah kan?

Dalam Quran, terang dan jelas..Allah menyuruh para wanita melabuhkan tudung menutup dada dan tidak menampakkan hiasan. Tudung neelofa tu jelas serkup kepala sahaja. Dengan menampakkan leher, rambut, telinga dan subang. Seolah-olah langsung tak menyahut seruan Allah.

Kalau kita masih memilih memakai tudung jenis tu, bukankah kita sengaja mencabar perintah Allah? Masihkah kita nak ikut fesyen neelofa , bila ia dah jelas bercanggah dengan sunnah? Rasa-rasa kalau rasulullah saw masih hidup dan kita pergi ziarah rasulullah saw dalam keadaan pakai tudung neelofa, rasulullah saw akan biarkan sahajakah?

Saya tak benci neelofa..tapi saya sedikit sebanyak jadi benci dengan apa fesyen yg diperkenalkan oleh neelofa. Kalau Senah ke, Bedah ke yg perkenalkan fesyen tu.. saya tetap benci jugak dgn fesyen tu.

Tahukah kita apa nilai wanita semasa zaman jahiliyah? Dan bagaimana martabat wanita telah diangkat setingginya sejak kedatangan islam?

Tapi dengan apa yg dibuat oleh neelofa, saya rasa maruah wanita islam dihempas.. dan terkelihatan murah. Masa baca berita dan menonton video tu, saya sebak dan menangis.. mungkin saya terlampau emosi ketika itu.

Semasa di masjid nabawi, saya ada berkenalan dengan maryam, seorang wanita daripada france. Dengan jilbabnya yg sangat labuh..saya tertarik. Bukankah di perancis , wanita muslim dilarang bertudung ? Saya bertanya kepada maryam… sudah bolehkah mereka memakai tudung di perancis? Maryam mengangguk dan senyum lebar seolah itulah kemenangan yg besar baginya. Maryam beritahu, semua orang islam gembira dengan perkembangan terbaru itu..

Kelu lidah saya..nak cakap pada maryam, tapi tertahan di hati…maryam, di sana umat islam berusaha keras menjalankan sunnah rasulullah saw dan syariat Allah. Tapi di sini, di negaraku, umat islam sendiri mencabar kehormatan islam. Maryam sedang berkongsi kegembiraannya… masakan saya berkongsi kesedihan ini.

Saya bukanlah wanita sempurna..tetapi saya hormat wanita-wanita islam yg memilih untuk menyempurnakan syariat. Yg berusaha bertudung labuh, yg berusaha menundukkan pandangan, yg berusaha menjaga pergaulan dgn orang bukan muhrim, yg berusaha menyembunyikan hiasan diri. Mereka adalah unsung hero. Mereka adalah idola hati. Mereka adalah ikon wanita.

Islam tidak mengongkong wanita. Tudung yg labuh dan besar itu tidak mengongkong kita. Kerana jiwa umat islam bebas dan suci… sebagaimana Bilal bin rabah. Walaupun dia dikongkong sebagai hamba oleh tuannya yg kafir, tapi jiwanya bebas , jiwanya hanya mensucikan Allah sebagai tuhannya.

Sungguh, timbang tara kita di hujung zaman ini hanya Al-Quran dan sunnah..kan?

Setiap manusia berbuat kesalahan… Tapi yg membezakan manusia yg nak menyucikan diri, mereka meminta maaf dan tidak mengulangi perbuatan tersebut. Semoga kita menjadi umat yg menyucikan diri..sentiasa..

– Mawar merah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *