Terima kasih IIUM confessions kerana sudi publish perkongsian saya ini.
Assalamuaiaikum saya ucapkan kepada semua pembaca-pembaca IIUM Confession. Saya ingin berkongsi bagaimana untuk mengatasi masalah sihir dan gangguan JIn. Saya pernah terbaca article IIUM berkaitan seseorang dapat melihat alam ghaib baru-baru ini dan juga berkaitan sihir yang berlaku di dalam keluarga. Dan juga dalam fb, surat khabar, yang sihir, santau dan gangguan banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Umpamanya dalam perniagaan, penceraian suami isteri, masalah zuriat serta dengki atas sebab-sebab tertentu. Sihir dan santau adalah haram dan menyebabkan syirik serta terbatal iman.
Untuk post pertama kali ini, saya akan akan berkongsi tiga keadaan apabila terkena ganguan. Kita perlu sentiasa baca doa-doa perbentengan dari gangguan, dan apabila kita telah terkena gangguan, perlindungan sahaja tidak cukup, tetapi kita harus melenyapkan sihir yang ada dalam diri kita itu. Itu sebabnya kita perlu buat rawatan dan ruqyah. Pertama apabilai kita ditindih oleh jin, kita berasa sukar untuk membuka mata atau bergerak. Jadi, caranya ialah kita berusaha genggamkan kedua-dua tangan dan bacakan ayat kursi di fikiran berulang-ulang kali, sehingga kita boleh membaca ayat kursi dengan lidah dan dengan suara yang kuat. Insyaallah, jin itu akan mati atau pergi.
Untuk situasi kedua, kadang kala kita terlihat jin atau alam ghaib, kerana jin boleh masuk ke dunia kita dalam pelbagai bentuk seperti ular, burung, lembaga atau bentuk-bentuk tertentu. Jadi apa yang perlu kita buat ialah cukup dengan menatap atau memandang mereka , jangan biarkan mereka pergi, lalu bacakan ayat Kursi. Selama kita menatap dia, dia tidak akan dapat kemana-mana. Bacakan berulang-ulang dengan suara kuat sehingga jin itu terbakar dan dia akan mati. Tidak perlu kita larikan diri atau menjerit-jerit kerana jin ketika menjelma adalah keadaan lemah seperti ikan jerung yang diletakkan di daratan.
Dan yang ketiga, mimpi kerap kali pelbagai benda-benda pelik seperti melihat orang mati, mimpi ular, dikejar oleh lembaga, mimpi nenek tua, perempuan menyusukan anak dan lain-lain lagi, Sekiranya kita ada mimpi seperti ini dengan kerap, maksudnya kita ada gangguan jin dan sihir. Jadi caranya ialah, bacakan ayat Al Baqarah ayat ke 148 bermula { Ainama taku nu,,,,,,sehingga… qadir }. Ulangi banyak-banyak kali sebelum tidur dan sambil mohon pada Allah untuk mendatangkan jin yang menganggu kita. Dan mohon pada Allah kekuatan untuk mengalahkan mereka dan supaya tiada lagi gangguan itu. Jadi apabila kita berada di dalam mimpi itu, bacakan ayat kursi berulang-ulang kali sehingga jin itu pergi. Untuk kes yang kedua, bagi mereka yang mimpi seksual, atau dirogol oleh jin, bacakan surah Ar-Ruum ayat ke 21 selepas baca ayat Al Baqarah ayat ke 148 atas tadi. Ulangi Ar-Ruum ayat ke 21 itu sehingga 30 kali supaya jin itu benar-benar pergi. Lalu tidur seperti biasa dan insyaallah masalah itu akan selesai.
Saya mempunyai beberapa kawan yang terkena sihir dan mimpi bertahun-tahun lama. Dengan beberapa perkongsian di atas tadi, mereka bagitahu tiada lagi mimpi-mimpi dan tiada lagi sakit-sakit pada pada badan. Perkongsi di atas tu saya kongsikan dari ustaz-ustaz yang saya dengar juga termasuklah ceramah Syeikh Abdul Rauf bin Helima (boleh youtube yang ada sarikata melayu oleh APLIKITA). Jangan amalkan dan kongsikan terutama kepada keluarga dan rakan-rakan kita yang mengalami gangguan. Sekian terima kasih,
– Mohd (Bekas Marhalah Aisyah PJ)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit