Salam. Aku rasa cerita aku sangatlah cliche dan panjang. Tapi tak kisahla. Aku dah bosan simpan sorang. Selalu jugak fikir nak suicide tapi nasib baik ada kesedaran lagi. Kalau tak tersiar pun takpelah.
Aku tak tau kenapa aku dibesarkan dalam surrounding yg sangatlah tak bahagia. Bukan ni yg aku nak. Dari kecik sampai besar, aku masih tak dapat rasa kebahagiaan dalam keluarga tu mcm mana. Aku tertanya tanya kenapa family aku tak mcm family lain. Aku dari family yg sederhana. Tak kaya sangat tak miskin sgt. Ye aku mengaku duit tak jadi masalah sangat dalam family. Yg jadi masalah bila ayah aku fungsi dia dalam family cuma bagi duit. Itu sahaja. Yg lain semua tolak dkt mak aku dan aku. Aku ada dua adik laki bawah aku. Memasing dah sekolah menengah. Aku stress tau nak didik diorang. Mcm mana aku nak didik ke arah yg baik kalau bapak sendiri tunjuk perangai tak baik? Kau ingat duit ni boleh bawak bahagia ke kalau kasih sayang parents takda? Kasih sayang satu hal, perangai satu hal. Aku stress. Aku taktau mcm mana nak didik adik laki aku. Ayah aku kekadang tak solat, pastu temper, tak jaga perasaan mak aku, kekadang tu sukati dia je nak marah mak aku depan adik aku. Bodoh betul. Sekarang adik aku pun dah ikut contoh dia. Kurang ajar dekat mak sendiri. Kau cakap skarang mcm mana aku nak didik? Mak aku jenis cakap lembut lembut. Kononya anak laki takleh cakap kasar. Tapi aku rasa diorang lagi kurang ajar adalah. Kesian aku tgk mak aku. Bapak aku tak pernah nak didik anak dia jalan yg betul. Dia tau nak marah je kalau silap. Exam tak elok bising tapi tak pernah pun ambil berat pelajaran anak dia. Bapak aku takat bagi duit tak payah la aku pun boleh cari sendiri. Aku mintak jalankan tanggungjawab jadi ketua keluarga je. Tolong skali mak aku didik anak. Walaupun mak aku tak sayang aku tapi aku sedih tengok dia seksa dalam diam. Aku je tau mcm mana sbb dia cerita maslaah dia dgn bapak aku dkt aku je. Mungkin sbb hati aku sado sikit kot. Mak aku yg cakap mcmtu. Tapi tu la, masalah tu turun kat aku dan aku pendam sampai aku mati.
Aku pulak dari kecik dengar parents aku bergaduh. Ingatkan bila dah besar takde la dengar dah bertengkar. Ni sebab ikut baran, semua mcm celaka je rasa dalam rumah. Aku jenis yg busybody dari kecik so aku lagi banyak tau masalah between parents aku. Kakak aku jenis tak amik kesah sebab dia dari sekolah menengah duk asrama. So hal family tak campur. Ayah aku pukul mak aku pun aku tau. Berapa kali cerai pun aku tau. Bapak aku scandal pun aku tau. Aku baca kot mesej bapak aku dgn scandal dia. Kau tau jela mesej orang dewasa mcm mana. Dan aku baca semua tu waktu aku umur 8 tahun. Sampai sekarang benda tu aku ingat. Tapi sibling aku taktau. Aku pernah kena sexual abuse time kecik pun dorang taktau. Aku taktau nak luah dekat siapa. Mak aku dah luah masalah dia kat aku, aku nak luah kat siapa? Aku taknak bagitau kakak aku sebab nak jaga imej bapak sendiri. Aku stress. Samapai besar ni pun bapak aku selamba je tengok gambar pompuan lain depan mak aku. Aku terfikir kenapa la aku membesar dalam family mcmni. Kenapa la aku membesar dalam family yg tak amik kisah pasal perasaan anak dia. Aku pernah cerita aku kena sexual abuse waktu umur 19. Tapi mak dgn kakak aku cakap tu small matter je. “lelaki biasalah tu”. Sejak tu aku dah tak share problem aku dgn ahli keluarga perempuan aku. Aku takda kawan yg boleh share benda deep mcmni. Rasa mcm nak bunuh diri je. Hahaha.
Satu hal lagi, aku bukan anak kesayangan. Lebih tepat, aku bukan dianggap anak kandung pun. Tahla mungkin aku emosional, tapi sdari kecik sampai sekarang, aku rasa kalau aku mati pun parents aku sedih 3 hari je. Kalau aku gaduh dgn adik beradik aku mesti aku yg disalahkan balik. Kau bayangkan, aku ni sampai kena tumbuk dgn adik aku pun mak aku boleh rileks je salahkan aku balik. Takda sebutir maaf pun aku dapat. Mak aku tak tau ke aku ni ada perasaan jugak? Aku ni ada rasa sakit jugak. Walaupun aku selalu tak tunjuk apa yg aku rasa depan diorang, aku ada masa breakdown jugak. Aku breakdown sebab adik aku tak hormat aku. Parents aku tak amalkan sikap mintak maaf dalam rumah. Aku cakap baik baik pun end up mcmtu jugak perangai. Yela sebab bapak aku jugak la. Lately ni aku selalu fikir nak suicide. Tengok masalah aku mcm remeh kan? Hahahaha cakapla aku bodoh.
Cousin aku pun satu hal. Agaknya keturunan family aku ni memang celaka kena sumpah agaknya tak bahagia. Mak pak sedara aku semua jenis gila duit. Jenis tak boleh nak tengok adik beradik lain senang lebih dari dorang. Jenis busuk hati. Haritu bapak aku nak beli tanah adik dia punya. Dah lama dah dia cakap, kalau nak jual bagitau sbb dia nak bwli. Last last kiteorg tau yg dia dah jual dkt org asing. Alasan sbb nak pakai duit cepat. Padahal rumah kiteorg tak sampai 5 km weh. Pastu opah aku gi backup pulak. Skang ni dah masam muka antara mak dgn adik beradik bapak aku. Pastu kalau makcik makcik aku ni plak jenis judge orang. Mentang mentang mak aku pakai biasa biasa je dorang pandang nak taknak je. Pastu judge aku dgn kakak kakak aku. Nasib baik kiteorg ni otak pandai sikit. Takdelah kene pijak sangat. Aku sedih tengok mak aku yg biar diri dia kena kutuk. Smeuanya pun punca bapak aku.
Kwn aku pernah sembang tanya aku nak kawin dgn org mcm mana besar nanti. Aku terdiam bila dorang cakap dorang nak yg mcm ayah diorang. Jelesnya bila dengar jawapan mcmtu. Sbb aku tak ada rasa langsung nak cari mcm bapak aku. Aku fobia nak cari lelaki. Sebab aku rasa dah takda laki yg baik dkt dunia ni. Semua laki yg aku jumpa semua mcm celaka. Aku takut bila kawin nanti laki aku bt benda sama mcm ayah aku.
Dahla. Aku menulis ni pun sbb nak lepas sekejap stress ni. Aku kat hospital tengah tunggu mak aku amik darah. Ayah aku bukan kisah pun semua tu. Anggap mak aku tu mcm maid dia je. Banyak lagi nak cakap tapi cukup la tu. Terima kasih siapa yg baca sampai habis. Aku cuma nak bagitau, kasih sayang dari mak bapak ni penting. Keadilan tu penting dalam didik anak. Duit takkan cukup.
– Mina
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit