Mungkin kedengaran seperti Drama tapi hakikatnya masih ada lagi insan yang bernama lelaki malas nak kerja. Menyusahkan ibu dan bapanya tanpa rasa bersalah walaupun mereka telah lanjut dimamah usia.
Aku menulis ini bukan niat untuk memburukkan kaum lelaki tapi aku hanya ingin menceritakan tentang apa yang terjadi pada aku bermula dari 8 tahun yang lepas. Aku ada seorang abang sulung, aku anak lelaki yang kedua. Jarak usia antara abang aku dan aku adalah 7 tahun.
Ketika aku berumur 15 tahun abang aku telah pun tamat belajar di universiti. Sebagai seorang abang sulung dia menjadi harapan dalam keluarga untuk membantu mencari rezeki. Pada bulan pertama dia habis belajar dia membuat praktikal dan bekerja di bahagian IT. Kami berharap dia dapat membantu keluarga selepas kakak sulung dan ayah penat mencari rezeki untuk menyara keluarga.
Namun, sangkaan kami meleset kerana selepas selesai dia menghabiskan praktikal, dia berhenti daripada tempat praktikal nya dan terus menganggur. Pada bulan pertama kami beranggapan mungkin dia nak cari angin baru tempat kerja baru. Tapi selepas bulan ke 3 dia langsung tak cari pekerjaan dan hanya berehat dalam rumah. Dan benda ini berlanjutan sehingga ke 6 bulan.
Kami bertanya dia nak buat apa dalam hidup? Dia cakap dia nak jadi jutawan goyang kaki. Aku pada waktu itu cuba memahaminya sebab dia ada mendaftar satu skim MLM mungkin dia nak buat MLM tak nak kerja bawah orang. Tapi sangkaan aku meleset dia cuma berangan tapi tak pernah kejar impiannya. Walaupun dia dah masuk MLM dan leader dia suruh dia bergerak untuk buat kerja tetapi dia langsung tak bekerja dan hanya duduk dalam rumah. Bila ditanya kenapa tak jual produk dia cakap Malu.
Selepas setahun, ayah aku bengang sangat dengan dia sebab tak kerja. Kakak sulung penat tolong keluarga dan bagi duit pada keluarga dan dia langsung tak buat apa-apa. Ayah aku terus memukul dan menghalau dia daripada rumah.
Dia waktu itu sangat kesian, sudah lah tidak ada rumah bahkan dihalau tanpa memiliki duit wang ringgit. Aku yang kasihan padanya kenalkan dia dengan kawan aku yang ikut tabligh tapi berniaga. Kawan aku tumpangkan rumah untuk dia.
Selepas 2 minggu dia dihalau daripada rumah dia balik semula ke rumah dengan muka tak bersalah. Dia masih lagi tak nak bekerja. Aku pun pelik kenapa dia tak nak kerja.
Pendekkan cerita, kawan tabligh aku dan dia menjadi semakin rapat. Bahkan dia telah mengikut kawan aku keluar tabligh dan dia juga mengikut kawan aku untuk kerja pasar malam. Korang bayangkanlah, lelaki ada degree tapi kerja pasar malam yang gaji RM 1200 je. Dia cakap dia nak berniaga pasar malam juga.
Tapi hampeh sebab dia langsung tak gerak untuk berniaga dan buka kedai di pasar malam. Cakap hanya sebarang cakap. Selepas itu aku dah malas nak ambil tahu tentang dia. Pasal dia nama jemaah tabligh jadi buruk, jiran keliling cakap abang aku malas nak kerja sebab ikut ajaran tabligh (menyirap darah bila dengar jemaah pula diburukkan pasal dia).
Dipendekkan cerita, selepas beberapa tahun, ayah aku dah terlalu bengang dengan dia. Lalu menghalau dia sekali lagi daripada rumah. Kali ini halau memang berbulan dia tak balik, tapi ayah aku jatuh sakit. Sakit teruk, mak aku yang risau ayah aku mati. Menelefon abang aku untuk jumpa ayah aku minta maaf takut ayah aku meninggal. Dia balik rumah tengok jeling-jeling je. Dengan izin Allah ayah aku sembuh daripada penyakitnya.
Tapi kali ini abang aku dah duduk semula dengan family. Bila duduk dengan family dia pulak tak nak kerja, kalau sebelum ni bila dia tak balik dengar cerita dia kerja pasar malam. Tapi bila dah sekali dia pulak memang tak nak kerja. Dia pertikaikan kenapa nak kerja, bukannya mak bagi nenek duit pun dulu dan macam-macam lagi.
Hubungan aku dengan dia bertambah buruk. Dia malas nak kerja dan dah bertahun tak kerja ada hati nak sound aku malas nak belajar. Bagi aku dia satu-satunya manusia yang tak boleh nasihat aku untuk belajar sebab dia pemalas gila nak kerja. So aku gaduh dengan dia, sampai sekarang ni.
Sekarang aku dah umur 22 dan dah bekerja (aku harap aku tak jadi macam abang aku malas nak kerja dan tak rasa bertanggungjawab) serius aku takut jadi lelaki dayus. Aku tetapkan syarat dalam diri aku kena bagi mak ayah aku minimum RM 400 dari duit gaji aku dan aku tetapkan limit aku nak kahwin pada umur 25 atau kebawah inshaAllah.
Abang aku masih duduk dengan family, tapi dia buat forex. Dulu adalah sekali dia dapat duit banyak daripada forex. Jadi dia bagi mak aku duit RM 2000 dan selepas itu dia langsung tak bagi. Sekarang ni dah senyap dah Forex dia (kan forex ni kalau untung memang untung, kalau rugi boleh terus bankrap) so aku tak tahu sama ada forex dia dah margin call atau dia loss banyak dalam trading.
Hari itu dia ada minta mak aku doa untuk kahwin, aku sempat menyampuk. Perempuan mana nak kahwin dengan lelaki pemalas nak kerja. Lepas tu dia mengamuk dia cakap kau tu bodoh tak masuk pun universiti. Geramnya lah aku.
Memang aku ada masalah, aku tak minat belajar sekolah. Sebab setiap kali aku belajar aku akan mengantuk dan tertidur dalam kelas aku akui memang aku ada kelemahan belajar. Jadi aku ambil kekuatan aku yaitu buat duit melalui internet. Aku ada lah berniaga dan buat duit dalam internet buat masa ni income aku dalam RM 2500, aku tak kerja luar sebab aku STPM je. Gaji sikit sangat tambahan pula minyak dan tambang perjalanan dengan gaji bawah RM 1400. Jadi aku decide aku nak berjaya dengan projek aku amin inshaAlllah
– lelaki jugak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Saya sebagai anak sulung, menginginkan profession IT, dan ingin meneruskan dan fokus dalam Career Development dalam bidang IT atau Cybersecurity, cuma permasalahannya, saya datang dari keluarga yang susah, dan saya pernah cedera tulang rawan yang mengakibatkan saya tidak boleh untuk bekerja berat lagi, kerana jika saya bekerja berat, tulang rusuk saya akan rasa ketat dan ngilu, disamping saya pernah hampir terkena slip disc, dan sehingga sekarang saya memang tak boleh buat kerja berat melainkan kerja yang saya boleh buat iaitu Cybersecurity dan IT Analayst.
Saya telah pun berhabis duit untuk melanjutkan pelajaran saya dalam bidang shortcourse di coursera untuk memantapkan saya punya Transcript Universiti dalam mencari pekerjaan yang bersesuaian. Bermula tahun 2013, saya menyedari yang ibu tidak mampu menyara anak-anak dalam pembelajaran, saya pernah untuk membuat keputusan untuk berhenti setakat semester 3 di universiti, namun ibu saya tetap menyarankan saya teruskan belajar sedangkan saya tahu saya akan menanggung hutang dan beban pembelajaran saya yang serba tidak cukup.
Kerana serba tidak cukup itu juga, saya buat keputusan untuk kerja sambil belajar sampai saya habiskan pembelajaran saya di universiti.
Saya tamat pembelajaran saya pada tahun 2015, dan bermula dari itu juga, saya kena berfikir cara untuk lanjutkan career development saya, sangat susah jika mencari pekerjaan dari perusahaan yang memerlukan kereta, saya tidak mempunyai lesen kereta kerana waktu itu saya baru sahaja habis belajar.
Dulu saya tidak sempat mengambil lesen kereta kerana arwah ayah saya tidak meniggalkan apa2 untuk diri saya melainkan saya kena usaha sendiri untuk mengadakan sejumlah duit untuk saya dapatkan lesen kereta, oleh sebab kerana perusahaan banyaknya memrlukan pekerja yang mempunyai kenderaan sendiri seperti Kereta, untuk melakukan tugasa “Onsite”. Jadi kesemua pinangan Perusahaan terhadap saya dibatalkan kerana saya tidak mempunyai Kereta.
Pada tahun 2020, saya mengalami kecederaan serius di tulang dada saya, saya mengidap Radang Tulang Rawan, iaitu otot tulang rawan saya telahpun lemah, KERANA saya terlalu kuat bekerja lari bidang di Airport sebagai PBB Operator yang memerlukan jam kerja lebih 14 jam sehari, 6 hari bekerja 13-14 jam. Majikan saya mengerah kudrat kami sebagai pekerja PBB Operator untuk melakukan kerja yang bukan dalam perjanjian pekerjaan, iaitu kami dipaksa melakukan angkat barangan kargo TANPA PPE.
Dengan akibatnya disitu, dua kali badan saya tidak boleh bergerak kerana terlalu sakit menahan otot koyak, dan saya memaksa diri saya demi sesuap nasi untuk mak saya dan adik-beradik saya.
3 bulan sebelum saya berhenti, saya mampu menyimpan duit sebanyak hampir RM30 ribu bersih, dan saya mampu beli Kereta Viva secondhand dan Moto sebiji bersama lengkap Lesen Moto dan Kereta TANPA menyusahkan orang tua dan tanpa meminta dari orang lain.
TETAPI, apakah tuan merasakan Radang Tulang Rawan saya terus membaik ? Boleh tuan berasa empati terhadap seseorang yang berusaha berdiri diatas kaki sendiri TETAPI penyakit yang melambatkan proses Career Development saya ?
Hari ini, tanggal 24 November 2023, saya sedang menjalani shortcourse saya bersama Google dan IBM Cybersecurity, TAPI pada waktu ini, sangat susah bagi saya untuk menjamin masa depan kerjaya saya KERANA umur saya sudahpun lanjut 35 Tahun, dan saya tidak pernah meminta bantuan sesiapa sebab tiada yang mampu untuk membantu saya, dan mungkin saya terlalu malu untuk meminta bantuan dari orang lain.
Sehingga kini, saya masih tiada kerja tetap dalam profession Career Development saya. TAPI berkat ILMU dalam bidang IT ini menjadikan saya yakin dengan kemahiran saya dalam bab Cybersecurity, MALANGNYA setiap application kerja yang saya hantar, langsung tiada berita untuk mendapat peluang Interview.
Alhamdulillah saya melakukan tugas Part Time dari Mesiniaga. walaupun pendapatan saya sebulan langsung tidak mencecah RM400. Kerana Part Time sy sebagai Field Engineer hanya bergantung kepada assigment yang diberikan oleh majikan saya.
Persoalannya, sampai bila saya mahu bertahan dalam hal Ekonomi Dunia sekarang ni ? Saya dah berhabis belasan ribu untuk realisasikan Career Development saya, TETAPI kebanyakkan Company masih lagi tidak mampu menggaji saya sebanyak RM1700 dengan pengalaman kerja saya selama 3 Tahun lebih dalam IT.
Cuba bagi pendapat ?
Kalau diikutkan, banyak lagi struggle saya yang Society tak tahu …..
Disebab “Society create us” lah, saya semakin hampir nak “Play Victim”.
Tetapi saya masih bertuhankan Allah, bukannya batu.
Dan saya tetap teruskan perjuangan saya menjaga Ibu saya yang sedang tenat tanpa ada peluang untuk mendapatkan pekerjaan dan gaji yang setara dengan kemahiran dan kemampuan saya. Jadi untuk realisasikan impian Ibu saya untuk pergi Haji bersama tidak kesampaian.
Bincangkan, jangan pandang hanya dari perspektif biasa. Saya melalui liku kehidupan struggle yang saya sendiri pun malu nak bercerita dengan Alumni2 Universiti.
Dari pekerjaan 3D sehingga Berniaga Roti Sardin tepi jalan. semata2 untuk meraih RM20 sehari untuk disimpan semata2 untuk ambil shortcourse, namun sehingga kini, tiada BUNGA2 HR untuk menawarkan pekerjaan kepada saya, sedangkan waktu ini saya sangat memerlukan kerja bidang saya, sebab kelemahan saya iaitu Penyakit saya hidapi ni. Saya dah tak boleh buat kerja berat lagi, duduk lama kaki kebas, berdiri lama kaki kebas.
Apakah saya juga pemalas ?