Pekerja Cemerlang

Assalamualaikum

Bila dah bekerja, of course kita akan cuba sedaya upaya untuk jadi pekerja cemerlang.. lagi best dapat award dan insentif. Tapi kalau tak dpt award, itu bukan tiket alasan untuk kita bermalasan.

1) Try to give more than what people expected. Contohnya bos atau client kita minta sediakan paper work. Try as much buat ikut format…semak sebelum submit. Dah puas hati baru hantar. Bila bos atau client review, kita betulkan balik. Instead of bos/client kita minta betulkan balik title pie chart, kita pilih design pie chart yg paling informative. Add on maklumat2 yg kita rasa perlu. Kalau sebelum review, just 5 pages. Kita betulkan balik sampai 10 pages. Unless boss /client kita bagitau yg ini perlu, yg ni tak. Jangan buat kerja ala kadar atau tak buat langsung daripada apa yg dikomen. Ini hanya akan buatkan boss/client downgrade hasil kerja kita.

2) keep as humble as you can. Boss/client always right. Walaupun depa dah high note, kita jangan curahkan minyak ke dalam api. Be cool . Lama2 depa akan release sendiri. Take note apa point yg disampaikan. Biasa la masa orang tengah marah, kita tak nampak point apa yg dia marah.. jangan kita pulak cepat melenting. Cuba fahamkan apa yg depa marah dan perbaiki kelemahan. Kalau kita melawan tak ada gunanya…buktikan dengan hasil kerja kita. Boss/client ni cerdik..they know kita ni jenis yess boss yg buat keje ke, atau yess boss yg kaki kipas.

3) Proaktif. Jangan jadi seperti batu yg kena sepak baru nak bergerak. Orang yg proaktif biasanya dia boleh independent. Tapi orang yg kena suruh baru buat kerja ni selalu kena dipantau. Orang yg lemau begini biasanya tidak digemari kawan atau lawan.. tapi kalau kita proaktif, asyik kita jadi tempat kena campak kerja, biarlah proaktif bertempat. Proaktif pada tempat yg kita dapat gain something. Contohnya skill baru, engagement baru. So kalau kena campak kerja sekalipun, kita dapat benefit.

4) Cuba cari apa extra value yg kita ada berbanding orang lain. Contohnya kita good at presentation. So boss akan carik dan pegang kita. Sebab value tu takde pada orang lain. Atau kita pandai organize event..kalau kita takde, event tu tak jalan. From there, people will need and find you.

5) Bila dah penat sangat kerja, instead of kita fikir nak berhenti. Kita try escape. Ambil cuti dan buat aktiviti2 yg kita suka. Supaya kita ada motivation nak buat kerja. Motivation ni penting supaya kita dapat sustain kualiti kerja kita. Sentiasa happy dan ceria. Orang2 keliling kita pun suka nak berdamping dgn kita. Kalau kita lekas stress, muka monyok, orang pun taknak dekat dengan kita.

Pekerja cemerlang ni , kita yg tentukan diri kita. Jangan compare dengan orang lain… nanti kita down atau sakit hati. Ingatlah at last, Allah jualah yg nilai kualiti kerja kita. Bukannya orang lain. As long kita sedaya upaya sempurnakan amanah kita.. tak perlu risau kalau tak dapat penghargaan manusia. Try jaga hubungan dgn manusia walaupun kita sakit hati. Jangan menyombong. Sebab Allah tak suka manusia yg sombong.

Tu je lah..sekian.

– Wani

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *