Assalamualaikum…terima kasih jika penulisan ini disiarkan.
Penulisan ini adalah luahan pengalaman hidup diri saya dan juga sekadar perkongsian serta iktibar yang boleh diambil oleh pembaca di ruangan ini.
Saya berumur 30an dan merupakan seorang wanita yang mempunyai kerjaya agak bagus. Masih lagi single meskipun mempunyai rupa paras dan perwatakan agak menarik. Pengalaman hidup membuatkan saya tidak memikirkan soal jodoh dan berumah tangga. Apa yang ingin saya kongsikan disini adalah ketidakpercayaan saya terhadap kaum lelaki dan juga rasa hormat terhadap masyarakat kita.
Sebelum itu mohon maaf dari saya sekiranya pembaca tidak bersetuju atau tidak sependapat dengan saya. Long short story, Cerita nya begini, saya mempunyai ramai temai dan kawan lelaki berbanding kaum perempuan. (pelik kan?? tapi masih tidak berkahwin??)Ramai yang cuba mendekati saya termasuk lah teman lelaki , tunang dan suami kawan-kawan perempuan saya. Jujur saya tidak pernah melayan mereka kerana saya seorang perempuan dan bukan lah wanita yang layak digelar perampas.
Cuma apa yang saya kesalkan adalah sikap masyarakat kita yang mudah menuding jari sekiranya berlaku kes-kes kecurangan atau putus nya sesebuah perhubungan antara lelaki dan perempuan. Apa yang dapat saya lihat perwatakan lelaki-lelaki ini sangat naif. Memang tak terkesan oleh pandangan mata kasar seorang isteri atau pasangan mereka. Jujur saya mempunyai pengalaman suami orang yang cuba mendekati saya sedangkan terlihat bahagia di sosial media dan merupakan seorang suami dan bapa yang cukup bertanggunjawab pada zahirnya. Di sosial media pula sang isteri kelihatan seperti seorang yang cukup bahagia hari-harinya. Sentiasa berkongsi artikel keluarga bahagia dan komen-komen pula seolah mempunyai sebuah keluarga “until jannah” yg di idam kan dan seperti biasa komen-komen “makcik bawang” tentang artis atau artikel berkaitan wanita perampas menjadi perkongsian harian di sosial media. Terkadang timbul perasaan kasihan dalam diri ini. Salah mereka sebagai isteri yang taksub pada pinjaman tuhan atau kurang memberi perhatian atau sang suami yang sememang nya tidak pernah cukup satu atau sememang menjadi resmi seorang lelaki untuk memiliki lebih seorang atas alasan poligami atau atas pelbagai alasan yang klise??
Bila berlakunya penceraian atau terputus nya sesebuah hubungan, masyarakat kita dan netizen dengan mudah tersenyum sinis menuding jari sama ada menuduh si perempuan yang menggatal atau si lelaki yang curang??? Lupa kah kita semua apa yang ada di dunia ini sekadar pinjaman sementara dari Allah?? Kenapa tidak kita semua bangkit dan move on untuk teruskan kehidupan dan bukan nya habis habisan memberi kecaman sehingga kan diri sendri mendapat “dosa percuma”???
Ini lah yang saya alami, dituduh perampas, perempuan terdesak berlaki, perempuan jahat dan pelbagai tohmahan lain lagi. Tidak kah masyarakat kita sedar akan kesilapan diri dan bermuhasabah?? Kenapa dan mengapa harus ada yang dipersalahkan sedang kan itu hanyalah asbab kejadian yang mana ada sebaik-baik perancangan yang telah diatur oleh Allah?? Sama juga seperti kes-kes viral artis yang mana netizen tidak habis dengan kecaman. Saya bukan lah menyokong atau menidak kan mana-mana isu tetapi cuma kecewa dan terkilan dengan sikap masyarakat kita. Kita di abad 21 tetapi masih lagi pemikiran di takuk lama.
Jika berlaku nya penceraian kaum perempuan lah yang dihina dituduh tidak pandai menjaga suami sedangkan anak-anak dari hasil penceraian itu lah yang akan dibela nasibnya oleh sang isteri. Dimana pula sang suami??? Sudah pasti dengan langkah seterusnya mencari sasaran dan mangsa baru untuk dijadikan isteri atau bahasa hormat nya “si khadam pelayan nafsu halal”. Kenapa tidak kaum lelaki yang disalahkan bila berlakunya penceraian??? Tidak pula terhina dengan gelaran “duda” seperti kaum perempuan yang seolah hina dengan gelaran “janda”. Wahai Netizen buka lah mata anda berlapang dada dan berfikir secara rasional mengikut agama yang kamu anuti. Jangan lah kita salah kan mana-mana pihak sekiranya berlaku sebarang penceraian atau terputus nya sesebuah hubungan. Ingat lah bahawasa nya Allah itu sebaik-baik perancang dan apa yang ada di dunia ini hanyalah sekadar pinjaman sementara. Jagalah hati yang Allah pinjam kan pada kita itu sebaik mungkin. Buang lah segala perasaan benci amarah dengki yang ada dalam diri kita.
Doa kan saya sentiasa kuat dengan semua godaan hidup di dunia ini. Doakan agar saya sentiasa berfikir positif dengan setiap apa yang berlaku. Doakan agar saya tidak pernah lupa untuk sedekah kan Al-fatihah kepada semua umat islam dalam setiap solat saya.
– Aku
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit