Salam. Aku saja menaip confession ni sambil-sambil xda benda nak buat time lunch ni. Terasa macam nak berkongsi satu cerita. Kisah aku, pokok-pokok dan housemate aku.
Aku perkenalkan diri aku dulu. Aku Tengkujuh, seorang wanita berusia 31tahun yang still single, berkerja dan menetap di Cheras. Aku ni dulu duduk rumah sewa tapi tak bernasib baik dapat housemates from hell. Kira macam cerita yang biasa di-confess dekat sini, pemalas+pengotor semua tu. Aku bukan nak cerita pasal diorang tu. Tapi diorang lah sebab aku bertekad untuk beli rumah sendiri dan syukur aku duduk rumah sendiri (rumah bank) sekarang ni. Aku beli rumah ni dah dekat 2tahun. Rumah kos rendah subsale je, tu je yang aku mampu. Aku ni dari kecik memang minat pokok-pokok dan bunga-bungaan. Cita-cita dulu konon nak bukak kedai bunga tapi dah besar ni jadi graphic designer pulak.
Dah ada rumah sendiri ni aku ingat nak tanam pokok-pokok tapi rumah aku ni kecik je dan xda balcony. Aku gigih jugak try tanam dekat grill tingkap dan berjaya. Aku ada mini garden diluar tingkap. Aku tanam sayur-sayuran dan sedikit bunga. Lama-kelamaan dah xda ruang dah untuk aku tanam so datang idea kat kepala otak aku ni nak start buat mini garden dekat dalam rumah. Aku terfikir jugak, boleh ke pokok-pokok ni survive tanam dalam rumah. So aku pon startlah google tentang indoor plants. Aku terjumpa satu Youtube channel tentang ni dan ya Allah cantiknya rumah dia! Korang boleh google Summer Rayne Oakes dan tengok sendiri betapa cantiknya rumah dia.
Macam Summer Rayne Oakes, kira aku tiru dialah, aku beli pokok pertama aku iaitu Fiddle Leaf Fig. Bagi aku mahal wey pokok ni, kecik je pon dah ratus-ratus ringgit. Aku beli satu je dulu sebab takut mati rugi pulak duit. Aku ada pegi kedai untuk survey-survey harga pokok-pokok lain yang dia tanam dalam rumah dia. Mahal-mahal jugak. Pokok-pokok dia banyak yang boleh dapat dalam hutan dan semak-semak kat kampung. So aku tak jadi beli dan aku balik kampung semata-mata nak cari pokok-pokok tu semua. Money tree paling senang nak cari, pokok tu selalu memanjat kat pokok besar. Mak aku pon pelik, dia kata kau nak buat apa dengan pokok-pokok hutan ni dik? (mak aku panggil aku adik sebab anak bongsu).
Pokok-pokok hutan ni senang je nak jaga dia so memang menjadi lah projek indoor jungle aku. Segalanya segar dan cantik. Fiddle Leaf Fig aku pon membesar dengan sihatnya dan aku beli 2 pokok lagi selepas tu. Setahun lebih aku bahagia duduk rumah sorang-sorang bertemankan pokok-pokok. Tapi tiba-tiba aku demam panas, tak larat nak bangun. Time tu baru aku terpikir yang bahaya jugak duduk sorang-sorang ni, kalau meninggal xda orang yang tahu. So aku iklankan lah untuk mencari penyewa bilik. Ada dua bilik kosong tapi aku sewakan satu je. Middle bedroom fully furnished (cantik kot aku hias) RM300 je.
Ramai jugak yang respond, yelah RM300 kat Cheras ni kira oklah kan. Apa pon aku suruh diorang datang tengok bilik dulu sebab takut terkejut pulak dalam rumah ada hutan. Akhirnya aku sewakan bilik tu kepada Tenuk. Aku tengok Tenuk ni macam ok je, xda lah alim sangat tapi aurat semua terjaga rapi. Cakap pon lemah lembut je. Mula-mula semuanya ok je. Tapi lama-lama aku tengok pokok-pokok aku mula mati satu persatu. Aku pelik jugak tak pernah pulak pokok-pokok aku ni kering tetiba macam tu. Aku google lah cari punca masalah ni. Aku fikir mungkin masalah kutu. So aku pon trim and repot semua pokok-pokok aku. Tapi still ada yang kering jugak.
Cuti Christmas haritu aku ambik cuti panjang sampai ke new year sebab stress. Aku pon cari balik pokok-pokok tu semua kat semak-semak dan hutan belakang rumah aku. Sebelum balik kampung tu aku dah pesan dekat Tenuk yang dia tak payah siram atau jagakan pokok-pokok aku sebab hanya aku je tahu kuantiti dan bila pokok-pokok tu kena siram. Aku dah siram secukupnya sebelum balik kampung. Aku balik ke Cheras 2hari lebih awal dari sepatutnya sebab aku malas nak menempuh jem. Bila aku bukak pintu je Tenuk macam terkejut tengok aku. Dia tanya kenapa aku balik awal sangat. Aku senyum je.
Lepas tukar baju dan solat, aku mulalah check pokok-pokok aku. Yelah cuti lamakan, rindu dekat diorang terutamanya Fiddle Leaf Fig aku. Aku pelik jugak bila aku nampak tanah dia macam basah je. Aku try pegang tanah tu dan ya Allah panas kot tanah dia. Aku fikir apasal pulak panas ni? Aku syak mesti Tenuk dah buat sesuatu kat pokok-pokok aku selama ni. Aku terus confront dia. Dia cakap dia siram air panas sebab pokok-pokok tu semua ada benda jahat melekat. What the… Dia cakap dia takut tengok pokok-pokok tu. Weh meleleh air mata aku time tu. Aku sayang kot kat pokok-pokok aku, senang-senang je dia bunuh macam tu. Selama ni aku tinggal sorang-sorang takda apa-apa pon. Bahagia dan gembira je. Dia cakap aku pscyho sebab menangis hanya kerana pokok. Dah tersampuk dengan pokok tu agaknya.
Mungkin bagi orang lain ia “hanya” pokok, tapi bagi aku pokok-pokok tu dah macam anak-anak aku. Aku tatang bagai minyak yang penuh. Cuba bayangkan kucing korang yang korang sayang dan belai-belai tetiba kena bunuh, macam tu lah perasaan aku. Time tu jugak aku suruh dia pindah keluar. Dia kata boleh tapi kena bagi deposit full. Banyak cantik muka dia! Aku cakap Fiddle Leaf Fig aku tu lebih mahal dari deposit dia. Dia cakap beri masa seminggu untuk dia cari bilik lain, aku memang dah tak boleh tengok muka dia time tu. Aku bagi masa sehari je dan aku terus tukar mangga pintu. Kira dah 3 bulan lah kejadian ni berlaku. Sekarang ni pokok-pokok aku baru tanam semakin sihat, mungkin ambil masa lagi 5-6bulan untuk menjalar dengan cantiknya. Fiddle Leaf Fig aku satu pokok je yang terselamat, yang 2 lagi mati. Sayang gila, dah lah yang mati tu pokok first aku beli. Aku sekarang ni dah fobia untuk cari penyewa baru. Yelah susah kot nak cari orang yang faham hobi aku ni. Apalah salah pokok-pokok aku ni.
– Tengkujuh
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit