Pengalaman

Assalamualaikum readers sekalian .First of all, aku nak ucapkan terima kasih jika admin post confession ni. Aku Fatin berumur 22 tahun dan sedang menuntut di salah sebuah universiti di selatan tanah air. Jam pukul 12.46 pagi masa aku tulis confession ni, and aku saja- saja je nak tulis, takde niat nak bukak aib sesape, sekadar nak kongsi pengalaman aku plus aku tengah tahan diri aku dari tidur sebab tadi aku tertidur and mimpi buruk and roommate pun takde sekarang. Maklumlah aku memang jenis penakut sikit hehe…So harini aku nak cerita pasal benda yang aku kena hadap dah bertahun sebenarnya..aku tak tahulah aku ni kena ganggu ke apa sebab sampai kesudah aku tak pegi jumpa mana-mana ustaz.

Okey, benda ni bermula masa aku tengah asasi. Biasa dalam pukul 10 pagi macamtu aku akan tido kejap yela mengantuk kot aku jenis yang gigih bangun awal nak study. So gais..masa-masa macam ni lah, aku tidur and aku akan mimpi macam-macam plus masa tengah tidur tu aku rasa macam kena tindih. Mimpi aku ni macam bersiri tau . aku mimpi aku jaga bayi, pertama kali aku mimpi and yess baby ni comel nak mampus and aku jaga baik gila dukung kendong semua lah. Tapi mimpi aku lepas2 tu, baby tu dah makin hodoh dan last sekali aku mimpi, aku dukung baby yang macam tak cukup sifat tahu tak..dengan kulit merah macam darah and kecik sangat2..tapi aku still jaga and lepas tu aku dah tak mimpi dah.

Bila aku masuk universiti, first year macam ok lagi…aku kena tindih tapi jarang sangat tapi bila dah masuk second year, aku dah kena tindih kerap sangat..sampai aku tak tahan, takut and aku sanggup tak tidur kalau roomate aku takde. Benda tu berupa roommate aku, kawan baik aku dan paling tak leh blah pernah sekali tu, benda tu baring sebelah aku and pandang aku. Tapi nasib baik dengan rupa kawan baik aku tapi jelingan dia tajam nak mati. Sampai sudah aku tak leh nak lupa owh yeah benda ni jadi bukan waktu malam ok..mesti tengah hari sebab aku biasa tidur kejap waktu tu. Waktu malam pulak aku selalu terbangun pukul 3..maksud aku tepat-tepat pukul 3 tapi aku husnudzhon jela Allah nak kejutkan aku suruh solat malam hahaa…

Habis second year aku dan tak kena tindih dah..Elok je aku tido lena malam2 tapi ku sangka panas rupanya hujan di tengah hari. Masa aku sem pertama tahun 3, aku mimpi arwah nenek aku. Aku ingat lagi masatu ada aku, mak aku , bapak sedara aku and ada lagi 2 3 org macamtu dekat rumah nenek aku. Kitorang duduk dalam bilik arwah nenek aku masatu, tiba2 nenek aku sapa kitorang dekat tingkap bilik dia. Korang nak tahu tak apa dia bagi??? Dia hulurkan daging dekat aku tapi aku takut nak dekat so aku tolak2 mak aku suruh amikkan..Aku ingat takde pape lah kan..Cuma mimpi biasa je maybe dia rindu cucu dia la kot hahaha tapi tekaan aku meleset wehh.. aku mimpi lagi dalam 3 hari lepas tu, aku mimpi dekat tempat yang sama dia tanya aku sedap tak daging tu. Bila terbangun je aku cuak gila..aku bagitau mak abah aku and then abah aku tanya kawan dia yang alim2 sikit..kawan dia cakap ada yang nak bagi benda tak elok dekat aku.

Aku tak mimpi apa2 dah lepas tu tapi tadi aku dah mimpi buruk lagi. Aku mimpi aku dekat tanah perkuburan and guess what aku tanam apa?? Aku tanam daging!! And sekarang aku dah takut gila nak tidur aku cuma husnudzon je aku mimpi pelik2 sebab aku tertidur and tak baca doa tidur. Padan muka!

And lastly, maaflah kalau confession aku ni bosan ke apa ke hehe . Aku sampai sekarang fikir apa tanda benda2 ni jadi dekat aku. Aku harap aku tabah lah nak hadap dengan perangai penakut aku yang extreme lagi haha..Setakat ni aku amalkan baca 3 qul je and alhamdulillah makin okey. Tu je bebelan aku untuk malam ni bai2.
-Fatin

– Fatin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *