Salam
Aku baru menjalani kimo untuk cycle akhir. Akhirnya selesai 6x kimo.
Kimo adalah benda paling azab. Aku rasa yang paling azab adalah selepas kimo. Kimo ni panas. Dan aku pernah tak makan 2 hari selepas kimo sebab aku xboleh makan. Makan dan muntah.
Tapi aku gagahkan diri. Pergi blend air buahan untuk bagi aku tenaga. Aku pernah merangkak nak ke toilet dalam rumah sendiri.
Dan rambut aku memang gugur teruk. Dan aku lost weight teruk. Setiap kali aku kena kimo. Setiap kali tuh aku nak quit
Aku selalu cakap aku tak nak kimo.
Sakitnya tuhan yang tahu.
Aku memang tutup semua social media aku . Sebab emosi aku tak stabil sangat . Dan aku paling benci kalau orang tanya aku. Kau okay? Rawatan ini berapa % boleh sembuh? Kau makin kurus la.
Ceh tanya macam orang normal ajak pergi travel ke sediakan makanan berkhasiat ke. Ajak main game ke apa. Bagi set gundam ke.
Aku tau aku sakit dan sakit aku makin teruk.
Aku sendiri takut nak tidur setiap malam sebab aku takut aku tak bangun esoknya.
Ye aku memang single tapi aku takut kalau aku mati nanti parents aku sedih.
Emosi orang sakit sentiasa berubah ubah.
Aku anak perempuan sorang 5 beradik. Aku sudah berhenti kerja sebab aku tak suka bebankan orang dengan kerja aku. Yela aku kena bertapa di hospital berbulan bulan. Aku ikut abah aku bahagian engineering. Tapi aku bukan civil la. Konon nak ada IR la kt depan nama macam abah. Tapi aku macam xsempat ja.
Abang abang aku semua lecturer ikt mak aku. Adik laki aku dia traveller and lecturer music.
Aku da pernah post 2x kat sini
Nanti korang carilah.
Aku masih hidup dan bernafas. Aku nak berterima kasih kat orang asing yang aku jumpa time first time aku pergi kimo selepas aku buang breast kiri aku . Aku breast cancer tahap 3. Mula mula susah nak biasakan sebab aku kena pakai sport bra and ada la bahan sokongan dan tidak boleh makan sembarangan takut bagi effect kat luka pembedahan.
Sekarang dah biasa, ala2 pengkid dah aku.
Aku nak berterima kasih kat abang grab yang duk bawak aku ulang alik hospital.
Bukan family aku tak tolong aku tp aku dah biasa berdikari. Aku dari kebetulan terorder abang grab ni sampai la dia volunteer nak anta ambik aku setiap kali ada rawatan. abah dah offer dia jadi driver sepenuh masa aku setiap kali ada rawatan. Aku xsuka orang kesian kat aku tuh aku suka random people tapi random people pun suka kesian kat aku. Penat aku jadi gagah
Kepada abg grab hensem
Terima kasih tolong saya dari day 1 sampai sekarang. Mintak maap sebab selalu muntah dalam kereta ke apa. Maap sebab selalu menyusahkan.
Terima kasih sebab selalu gigih google makanan untuk pesakit kanser kalau aku lapar nak makan secara tiba tiba.
Tapi saya bukan sihat untuk bersama awak k. sedangkan mak ex tunang saya pun suruh putus tunang takut anak dia jadi duda.
Jadi saya taknak awak jadi duda muda dan kacak. Sebab kalau saya mati nanti saya takut saya jelma jadi hantu kalau awak kawin lain dan kacau hidup awak . ahhahaaaaa. Saya ni kuat jeles tau
Jadi saya harap segala keputusan saya beritahu haritu awak terima dengan hati terbuka tau.
Banyak lagi hijabsta muda dan sihat diluar sana. Kalau perlu nanti saya buatkan akaun tinder untuk awak k.
Saya minta maaf k
Berbalik pada family. Semua okay. Aku makin okay dengan semua family aku.
Dan parents aku da pindah kl sebab nak dekat dengan aku. Dorang duduk rumah depan rumah aku. Aku pernah pengsan dekat sehari dalam rumah aku. Mujur waktu tuh adik aku datang rumah. Aku yang tak nak pindah ke tempat lain. Sebab aku selesa dengan rumah aku.
Aku bukan tak nak buat rawatan kat area rumah parents tapi aku da biasa dengan hospital sekarang.
Dan bukan family aku xnak hantar aku pergi hospital tapi aku xnak mereka tengok aku dalam rawatan. Aku memang tak bagi orang lawat aku.
Dan doakan aku tabah untuk 21 cycle radioterapi.
Aku redha untuk semuanya. Kurang2nya aku tak perlu diet untuk kurus tau.
Aku sekarang makin pelupa dan makin hilang rasa buat lawak. Aku depress kadang kadang. Aku memang off semua hubungan ngan kawan kawan aku. Sebab aku selepas kimo aku akan jadi sangat emosi, tengok rambut gugur banyak. Lost weight banyak. Kulit dan kuku aku tercabut dan merekah sebab kimo.
Aku banyak kali fed up nak stop kimo.
Cuma malam nanti aku bercadang tengok band yang aku suka ja nanti.
Confession ini aku ambik masa berhari nak tulis.
Okay guys, jaga diri jaga makan jaga kesihatan ingat Tuhan k.
-cik bunga-
– Cik Bunga
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit