Takut Nak Kerja

Hai korang semua. Aku tak tahu nak cerita apa yang terbuku dalam hati aku ni pada siapa. Kalaulah admin luluskan luahan aku ni; seronoknya. Aku harap korang yang baca, rajin-rajinlah nasihatkan aku yea.

Aku baru je habis belajar bulan 1 haritu. Actually aku extend satu sem. Patutnya aku grad bulan 10 tahun lepas. Ade beberapa paper aku kantoi sem-sem awal pengajian. Ikutkan boleh je aku tempur habis-habisan untuk grad on time tapi lepas penyakit lama aku serang aku balik, aku jadi lembap sikit.

Masa aku form5, aku sakit. Klinikalnya aku dapat MDD ( major depression ) , waktu ni aku tak consult psychiatrist pun kerana kesedaran tentang penyakit mental tak banyak lagi time tu. Aku consult psy pun 2 tahun lepas tu lepas aku jadi kurang waras time kat matriks.

Aku hampir-hampir je rasa nak give up dengan degree aku waktu last semester kat universiti. Sakit murung aku datang; tapi sejak aku form 4/5 aku bukan sakit murung yang biasa aka klinikal. Aku ada gangguan jin. Aku expect sihir dan tahu siapa yang buat sebab symptom sakit aku ni tak sama dengan histeria yang biasa-biasa.

Okeyla straight to the point. Aku dah habis belajar. Kalau nak ikutkan course aku; agak susah la nak cari kerja. Lagi-lagi aku perempuan. Bidang aku bidang kejuruteraan. Aku trauma la jugak; dulu kat lab masa aku study, ramai yang taknak team dengan aku sebab aku lembap bab hands on. Yea aku tak nafikan. Aku akan jadi silent group member dan blur. Mungkinlah aku salah course.

Dalam subjek lain pun, ramai taknak team dengan aku. Sebab kebolehan software aku takdalah hebat mana. Sedih kot.. kadang tu member baik sendiri pun tak nak ambil aku jadi ahli team sebab aku lembap. Jujurlah aku cakap, aku memang lembap. Tapi aku buat kerja! Aku ada inisiatif nak siapkan group project. Ada time project sukar aku akan cari senior untuk tolong ajarkan. Dan selebihnya aku akan usaha contribute pada team.

Bila rasa macam ni, aku takut nak cari kerja dalam bidang aku. Aku takut aku tak mampu buat. Sekarang aku tengah fikir panjang. Perlu ke aku give up tak payah cuba kerja bahagian kejuruteraan? Aku ada lah congak-congak nak kerja jadi operator pengeluaran kat kilang. Pedulilah degree engineering aku. Lagipun aku takut nak hidup jauh dari family. Aku takut aku tak pandai berkawan dan aku tak boleh adapt dengan perangai orang bandar di bandar besar yang mostly pentingkan diri sendiri.

– Budak Pemalu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *