Salam aku nur. Penderita panic attack. Aku pun taktau apa punca sebenar aku start dapat panic attack dan selama tempoh 6bulan aku tak tau pun sebenarnya itu simptom panic attack.
Tapi seingat aku pada bulan 2 tahun lepas aku pernah tercekik ketika makan, pada masa tu aku tak dapat bernafas hingga terasa muka jadi panas serta merta dalam masa 2 ke 3 saat, dan ketika itu aku terus cuba batuk dan keluarkan makanan tu semula dan akhirnya aku dpt bernafas.
Sejak dari peristiwa tu aku jadi lebih berhati2 ketika makan terutamanya ketika makan daging. Dalam tak sedar, panic attack akan menyerang ketika aku sedang makan sbb semasa makan tu aku akan teringat2 kejadian tercekik tu.
Pernah sekali tu paling teruk aku lunch dgn kawan2 makan steak, dari start makan aku dh berkata2 dalam hati “aku kene makan ni slow, supaya tak tercekik”.
Tiba2 aku terasa sesak nafas, sukar nak bernafas, tangan sejuk, terasa nak mati dan terus hilang selera nak makan. Simptom tu aku dapat dari tengahari tu sampai ke malam sebab nya aku asyik dok fikirkan aku dh nak mati waktu. Aku berzikir, solat, doa dan baca quran tetap juga tak hilang simptom tu. Dan pada hari tu juga aku jadi pendiam, aku tak boleh nak bercakap, sesak nafas yang teruk sangat.
So, esoknya aku pegi klinik. Aku cerita kan simptom2 yang aku alami, then doktor terus terangkan yang itu adalah simptom panik attack, aku kena kawal perasaan dan penafasan kalau2 panik attack menyerang lagi. Dari sejak tu aku dah jarang2 kene, dalam sebulan sekali je.
Tapi sejak dua minggu ni aku perasan aku kerap sangat kene, tak kira masa. Kadang2 tengah drive, tengah makan, tengah kerja di ofis, tengah layan anak2. Sampai kadang2 terasa khayal tak cukup oksigen mungkin. Tiba2 mood terus down. Aku cuba kawal perasaan dan nafas tapi lambat sangat nak hilang simptom nya. Aku jadi makin risau, tak happy, serabut.
Jadi aku mohon sesiapa yang pernah atau sedang mengalami perkara yang sama dengan aku sudilah korang share kan apa aku perlu buat dan macam mana aku nak sembuh terus dari penyakit ni.
Tq
– nur aina
– Nur aina
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit