Nama aku Dino (kod name). Terasa macam detectif pula. Gadis berumur 16 tahun. Terima kasih admin jika sudi luluskan luahan hati ni. Luahan ni panjang so terima kasih readers sebab sudi baca.
Aku rasa aku dah diberi tanggungjawab yang berat untuk mencegah maksiat pada umur ini. Cerita ni bukan tentang aku, tapi tentang kawan aku, aku bagi dia nama F.
Walaupun aku perempuan, aku agak rapat dengan F, seorang classmate aku yang lelaki. Dia banyak bagi tunjuk ajar kepada aku dalam pelajaran. Aku ni bukannya pandai sangat, dan aku hargai friendship kita F.
So sebab dasar sayang kepada seorang rakan, seorang saudara Islam, aku tak sanggup tengok F di jalan yang salah.
F ada girlfriend. Aku bagi nama dia S.
Tahun lepas, F ada mempermainkan best friend aku sebab nak sorok perasaan dia kepada S. Seramnya F ni sehinggakan dia malukan BFF aku tu sampai ke pengetahuan family BFF. Tapi F tak tahu yg aku dan BFF rapat macam adik-beradik. Aku juga yg tukang bagi nasihat.
Aku tak faham motif dia, dan aku harap aku akan tahu juga satu hari nanti.
Tapi akhirnya, sebelum PT3, si F ni pergilah lamar S jadi girlfriend dia. Of course S tu terima. S tu memang aku tahu suka kepada F.
And I know dalam tempoh tahun lepas lepas lamaran tu, macam2 berlaku. Masa tu, ketika F dan aku tak sama class, classmate F tak suka relationship si F.
So nak buat hangatkan keadaan, F tetiba cakap yg dia break up lepas empat bulan lamaran dalam group chat kelas. Semua happylah.
Tapi kebahagiaan hanya sementara.
Rupa-rupanya F tipu je. Nak tengok reaksi kawan-kawan dia. S pun ikut gelak sekali.
Result PT3 keluar. Aku dan F kira dpt keputusan yang membolehkan kami masuk kelas pertama. F pun result dia lagi gempak dari aku. Si S? Kelas kelima. S memang biasa-biasa je.
Dalam kelas, aku duduk sebelah F. Arrangement cikgu. Aku dan F ni rapat tahap suka bercerita tentang hidup masing-masing. Memang at first, aku takut kalau rapat sangat dengan F, minda aku boleh rosak. F ni suka mencarut.
Tabah jelah aku ni. Demi addmath yang disayangi tetapi susah difahami.
And aku rasa makin teruk F tahun ni.
Setiap pagi sebelum kelas start, masa rehat & petang, mesti F jumpa S. Dating lah kiranya tu. Masa dating pun aku perasan ada je sentuhan ringan-ringan. Allah. Tak sanggup aku.
F pernah cakap yang dia setiap hari kena cakap dengan S. Call dia. Sampai berjam-jam.
Masa ujian pun orang lain study, si F pergi jumpa si S. Aku tengah bersangka baik yang F tolong S study. Sebab aku pernah nampak F ajar S addmath, padahal S tak ambil pun subjek tu.
Dan F sentiasa siapkan homework. Walaupun last minute. Aku kadang-kadang jugak tiru homework dia. Biasalah pelajar.
Nak buat lagi sadis, hubungan mereka direstui parents masing-masing. Padahal baru 16 tahun.
Macamlah aku tak tahu plan mereka nak dating masa cuti ni. Excited F cerita kat aku sebelum start cuti.
Masa aku scroll social media, S ada post gambar F dan S dating. Ada satu gambar buat aku nak muntah. Rapat gila mereka berdua. Dan ada satu gambar pegang tangan.
Hampir semua orang ada best friend kan? So F pun ada seorang rakan baik, katalah namanya D.
Aku kesian tengok D stress sangat sebab dia juga yang banyak tegur F. Dia pun sayang F sebagai seorang rakan. D seorang je yang berani tegur F secara terang-terangan.
Nak cara lembut tak boleh. Nak cara kasar nanti terus lari pula.
Tapi F tak ambil endah. Makin gelak ada lah.
Aku rasa friendship mereka dalam ambang perpecahan.
Aku pun tegur F. Tapi lembut lah sikit. Bagi aku, F ni keras kepala. Dia memang tak akan break up dengan S . So tak guna nak halang relationship mereka.
F pernah cakap yang dia memang tahap cinta angau. Aku quote, “Kalau S sakit, aku rasa risau gila.”
Lagak macam suami isteri.
Aku pernah send ayat Al-Quràn larangan tentang zina. Tapi akhirnya, masih sentuh2 jugak.
Aku pernah bincang dengan dia tentang tanggungjawab suami isteri. Masa tu subjek PSK. Ada satu bab tu cerita tentang keluarga. Aku ambil kesempatan lah ni.
Aku ada cakap yang F tu pandai kan? Dia tahu.
Dia tahu. Aku pernah minta F suruh S berhenti share kisah relationship mereka di social media. Dia ada cerita yang dia pun tak suka S post gambar ‘sweet’ diorang. Aku suruh simpan gambar tu sendiri2. Kononnya biar special. Sekurang-kurangnya kurang dosa mata aku.
Tapi macam tak jadi je.
Dia tahu sebelum kahwin, dia mesti ada kerja tetap, rumah satu, kereta satu. Dia kena belajar sungguh-sungguh so dia dapat sara keluarga.
Ini masalahnya. He knows.
Macam mana nak tegur dah? Dia dah tahu apa halal haram, tahu tanggungjawab, tapi tak nak buat tindakan.
Dan tahu tak aku rasa malu dengan imej yang F bawa? Di sekolah aku, lagi ramai non-muslim dari yang muslim. Kawan-kawan non-muslim F pun tak suka relationship mereka. It’s just too much. And it’s getting out of hand.
Buat D, we can do this. Sabar jelah dengan everything. You already jalankan tanggungjawab untuk mencegah maksiat, tapi he won’t listen. You did your best. Don’t blame yourself.
Aku harap readers boleh bagi pandangan. D dan aku plan nak rehat dari semua kekusutan ni buat sementara waktu. Tapi aku takut dalam tempoh tu, F akan makin jauh.
Sungguh, aku buntu. Aku hanya mampu doa. Dan tegur berterusan.
Cerita ni hanya daripada pandangan aku. Ada banyak sisi lain. Sisi F, S, D. Tapi ini yang setakat aku tahu.
– Dino
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit