Salam,
Pertama sekali, terima kasih sebab click kisah benar ni (if tersiar). Sekadar sedikit perkongsian dan berkongsi harapan untuk yang dalam kemelut ujian. Kisah aku ni berkaitan jodoh & kerjaya. Kisahnya panjang dan berbelit2 jadi aku cuba pendekkan sebaik mungkin.
Straight to the point. Tahun 2015 kembali bertemu seorang kawan lama, lelaki. Kami sudah lama kenal tapi kawan atas kawan. Pertemuan tahun 2015 itu spark bibit-bibit saling suka sama suka (sedangkan dulu punya tak suka dia). Kami makin rapat dan ambil keputusan nak melangkah lebih jauh. Things were progressing well and we were happy.
Awal 2016 dia tiba-tiba menjauh. Aku pun tak faham kenapa jadi aku cuba dapatkan penjelasan dari dia tapi dia bertindak pelik, acuh tak acuh, lari dan mengelak. Aku pulak jadi haru biru tak keruan. Ini pelik sebab aku dah biasa dengan isu kena tinggal ni sebab aku berprinsip jangan diratapi what is not meant to be tapi kali ni rasa resah lain macam. Dada rasa mcm kene rentap, makan tak lalu. Sebab aku tarasa seperti ada benda tak kena, aku buat istikharah n solat hajat dan aku mimpi.
Aku mimpi, kami berdua jatuh gaung ditolak oleh seorang lagi kawan kami (the one that introduced us) atas satu pulau. Pulau aku bersih siap ada pavement tapi pulau dia berlecak n dia cedera & comot. Memisahkan kami adalah sungai yang cantik tapi ada ikan kacuk naga yang jugak sangat cantik, tapi yang menakutkan ada 2 sami bertapa dekat tebing sungai tu. Aku cuba cross tapi tak berjaya. Aku panggil dia tapi dia cuma pandang aku dengan sayu sebelum merangkak pergi. Aku kejar – jalan keluar dari pulau aku is a beautiful stairs yang bawa aku ke satu bridge yang juga cantik, tapi jalan keluar dari pulau dia pula kotor susah berselut dah jauh nuuuuun dibawah sana. Aku panggil dia ajak naik atas tapi dia berlalu pergi…sampai hilang dari pandangan.
Lepas tu aku terbangun. Mengucap tak sudah aku lepas tu dan aku admit aku sedih sgt. For the next few days aku mimpi dia jugak after istikharah. Dia datang bagi cincin, minta maaf lepas tu lepaskan aku seolah2 terpaksa. Few times macam tu. And it continues for a year.
Dalam tempoh setahun tu macam2 jadi. Benda ni jadi kes ok. Aku dapat kerja tempat best n satu pejabat dengan kawan kepada lelaki tu. The one that introduced us. Kitaorg jarang cakap sebab department lain tapi adalah dia cakap aku just meroyan je sbb kena tinggal. (Ingat point ni ok?) Tapi aku tak rasa mcm diri sendiri nak depressed or meroyan semata sebab kena tinggal, tho dalam keadaan mengong tu aku malas nak fikir aku iyakan aja. Still continue solat sunat doa semua tu minta Allah tunjuk what is wrong with me.
Awal 2016 aku pegi jumpa Ustaz ntk bayar zakat perniagaan (aku ada business tapi drpada kes itu aku tutup. Aku jd mcm meroyan – and that is a different story k) aku baik dengan ustaz ni sebab aku dulu jaga projek rumah dia. Tuptup aku tertanya about mimpi aku. Dia terus suruh aku turun bawah pegi check sebab kat situ ada sesi rawatan Islam. Aku taknak sebab tak rasa perlu, tapi dia berkeras. So fine aku pun pergi register. Elok je register tiba2 terus penuh registration (kerja Allah) and dari situ aku dapat tau aku terkena sihir.
Jengjengjeng…sihir ape kawan2?
Sihir pemutus, jodoh DAN kerjaya. Gila tak gila? Barulah terjawab kenapa life 2015 to 2016 aku jadi kes. Balik tu aku terus jumpa mak aku, mintak maaf kat dia, dan bagitau kat dia finding ustaz tu. Terus dia cakap “dah agak dah”. Maka bermulalah episode melawan sihir aku. Dan ingat tak point kawan aku cakap aku meroyan tu? Time dapat tau ni kerja sihir only can I forgive myself sebab berkelakuan depressed sebab it wasnt meeee. See. Memang sejenis hati batu aku ni.
For a year aku kuat bertahan. Dedikasi. Garang nak mampos melawan syaiton itu. Mid 2016 I lost my job sbb mak aku berhentikan aku. Sedih baq hangggg sebab I love that position, but that only happened lepas semua orang tau aku tengah bergelut dengam sihir. Ada la benda jadi tapi we keep it short, ok? Tapi kau tau ape jadi? Kawan tu pegi canang aku yang tergila-gila kat dia kat kawan2 office. Padahal yang aku sayang is KAWAN dia. Siap text mak aku surub bawak aku jumpa psikiatrist. Manusia pelik wal ajaib. Ok. Enough about him tapi sila ingat dia ok.
Pendek kata teruk la sampai aku rasa nyawa2 ikan. Pernah berhari2 tak sedar, pernah sedar2 aku keletihan adik2 aku cakap aku menari lenggok siam n cakap siam (aku keturunan je siam tapi tak reti cakap. N aku menari ala2 kayu bergoyang gituuh keras ketung). Aku rasa macam at the end of my life. Ye la sampai tahap dr sedap2 badan aku terus jadi papan lapis, mana nak ada energy dah nak lawan.
Sampai tahap masuk hospital k. Waktu tu aku redha.
Aku cakap, thank you Allah, kalau bukan sebab sihir ni aku takkan kenal betapa manisnya ibadah.
Thank you Allah. Kalau bukan sebab sihir tu aku takkan aku kenal siap kawan siapa lawan.
Thank you Allah. Kalau bukan sebab sihir tu aku takkan faham apa perasaan orang lain yang terkena sihir.
Thank you Allah. Kalau bukan sebab sihir tu entah2 aku dah dating kelaut tak ingat Kau.
Thank you Allah…sebab pilih aku. Sebab masih sayang aku. Sebab buka hati aku. Serious aku nangis teresak2 n rasa dada berbunga2 dapat menikmati ujian tu. Aku dah tahap redha pasrah yang happy.
Takpe la kalau tak dapat kerja. So aku buat cookies. 2nd month sales aku berjaya bayar hutang2. 3rd month aku tiba2 pandai buat kek walaupun dulu bantat2 belaka.
Tak apa la kalau tak dapat kawin. Kalau tak dapat kawin tu bukan sebab hantu. Tu sebab takdir. Takpa takpa. (Tipu ye sedih tu takde. Sediiiih) Mak aku hantar n sponsor belajar buat kek glamer (tak boleh cerita nanti senang nak teka sapa hahaha) so aku bersukaria buat kek la kan. Lupakan pasal jodoh. Lupakannnn. Aku ingat inilah kemuncak redha aku…
Dan tiba2 jodoh sampai. End of 2016 aku terkawin dengan bestfriend aku. Biadap ye cara beliau. Aku ingat dia main2 tapi tak. Selamat dah kitaorg jadi permanent roomate.
Subahanallah…susunan Allah. Cantikkan?
Dia hantar sihir itu sebab dia nak temukan aku dengan dunia kek. Sejujurnya aku tak nampak target untuk bidang aku ni. Setakat nak amik lesen professional. Lepas tu?? Haha. Tapi dengan bidang kek meng kek ni aku nampak target. Aku nak bukak studio. Boleh buat kek puas2. Kek cantik2. Dessert sedap2. Gemukkan permanent roomate aku (ok tak kesian dia. Doakan dia kuat ye kawan2 nak reduce weight dia balik haha) n ultimately ajar ramai2 ilmu kek mengekek.
Sihir tu juga asbab untuk buka hati permanent roomate aku untuk aku (dia terbuka hati dengan cara yang pelik sekali – another story tho).
Sihir tu juga to slow me down sebab sejujurnya aku jenis ribut. To help me enjoy life. To remind me there is more to life other than kerjaya.
Dan ultimately, untuk mengigatkan aku hamba-Nya yang dia sayaaaaang kita semua.
Ni cerita aku. I was once dalam golongan yang tak rasa diri layak untuk bahagia. Aku diuji. Masih diuji. Hanya untuk dipanggil balik. Diberi rasa manisnya ibadah. Dikembalikan rasa bertuhan.
Untuk semua diluar sana…semua orang layak untuk bahagia. Ustaz Muhammad Al Amin ada cakap. Allah kalau nak bagi syurga, Dia bagi di dunia lagi; dalam bentuk ketenangan. Hati yang bahagia is hati yang tenang. Aku doakan kita semua bahagia dan terus bahagia.
Cari la redha tu dalam hati. InsyAllah.
Amin.
Regards
Sis penari kaku.
– Kiara
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit