Dimana Kesudahan Semua Ini

cukup lah aku kenalkan diri aku hanya sebagai S. masih berumur 20an dan sudah mempunyai kerjaya yang stabil. aku seorang gadis yang biasa sahaja. sebenarnya..aku buntu. aku betul2 buntu. aku perlukan nasihat.bukan kecaman.

aku ceritakan serba sedikit latar belakang kisah aku, aku pernah bercinta dengan N sehingga hampir 4 tahun, namun dia memutuskan hubungan tu kerana alasan berkahwin atas pilihan keluarga. aku siasat benda ni melalui adik dia,rupa2nya dia berkahwin dengan pilihan dia sendiri, maknanya aku dimadukan sebelum dikahwini, ye, x dinafikan aku mmg sedih , mmg amik masa yang lama utk aku move on. kecewa yg teramat kecewa..

setahun lebih selepas tu, aku masih contact dgn adik dia, byk dia nasihatkan aku lupakan abg dia, tapi dalam masa tu aku cuba buka pintu hati aku utk lelaki lain. dalam masa yg sama, adik dia yg aku namakan M cuba approach aku, setelah aku solat mtk diberikan petunjuk, aku memilih M utk dijadikan peneman hidup. M berjanji akan menebus segala silap abgnya dan akan membahagiakan aku..

pada awalnya, aku kurang yakin dgn M, tapi..lama kelamaan, bila aku nampak sendiri kesungguhan M, aku mula jatuh cinta. termasuklah M mula perkenalkan aku dgn keluarganya sebagai pilihan hatinya dan keluarganya pn menunjukkan penerimaan yang baik. alhamdulillah..bertambah keyakinan aku bhw pilihan aku xsalah.

namun, hampir setahun lebih hubungan aku dgn M,si N datang kembali menagih simpati, katanya dia betul2 sygkan aku, tapi risau aku marah, jadi..dia nk bagi aku sejuk dulu, baru dia akan cari aku balik. sisa2 rindu itu masih ada..cuma aku sedar yg aku xkan berpaling semula, tambahan pula dia dah ada anak isteri. ak hanya melayan sekadar kawan, dan sentiasa menyedarkan dia ttg hakikat dia sudah bkeluarga.

hal ini rupanya sampai ke pengetahuan keluarga mereka, bila keluarga mereka tahu siapa pilihan sebenar adiknya, mereka merasakan aku memilih si M utk membalas dendam terhadap keluarga mereka atas kesalahan yang si N buat pd aku beberapa tahun dulu, keluarganya mula menentang hubungan aku dgn si M. si M tetap meyakinkan aku bhw dia akn berusaha memujuk keluarganya menerima aku dan menyedarkan keluarganya bhw aku ikhlas menerima M dan tiada perasaan utk membalas dendam. aku pernah berputus asa dalam hubungan ni. tapi melihat kesungguhan si M mempertahankan hubungan ni, aku terus kuat.

oh lupa nk bgtau, keluarga aku xde halangan dalam perhubungan ini. masuk tahun ke 6 hubungan dgn aku dan si M, dalam mengharungi halangan keluarganya, dia masih berusaha utk memujuk keluarganya menerima pilihannya iaitu aku. kami ambil keputusan utk berkahwin pd tahun ini, kami menghadiri kursus kahwin bersama, dan mula membuat persiapan ke arah perkahwinan secara perlahan2 supaya keluarganya nampak kami serius dlm hubungan ni..

selang 2 minggu selepas tu, ayah si M meninggal dunia, sejurus kematian ayahnya, dia hubungi aku. aku lah orang pertama yang dia hubungi kerana katanya aku adalah orang yg pling penting dlm hidupnya selepas ibu bapanya. aku terlalu menghargainya kerana aku yakin dia begitu mencintaiku. malam tu aku cuba hubungi dia, dengan niat utk bertanya kabar n menenangkan kesedihan dia kehilangan ayahnya. tapi..yg aku dapat 1 msg, “xpayah ber abg abg sgt lah dgn laki org”. Allah..ujian ape ni? byk kali ak baca msg tu. betul ke yg aku baca ni. ya Allah..apa semua ni..

malam tu aku xmampu nk tidur. semalaman aku berfikir. apa salah aku. kenapa aku. betul ke. macam mana kalau betul2. aku inginkan kepastian. kalau betul, aku akn undur diri, aku xkn sekali2 mengambil hak org.ak jgk mangsa penceraian ibu bapa aku. ak tahu mcm mne sakitnya melalui semua ni..tp aku terpaksa tunggu sampai esok pagi.

pagi esoknya bila dia dh mula contact aku..aku bgtau ttg msg tu. dia akhirnya berterus terang, dia dah berkahwin seminggu dgn pilihan keluarganya, aku xpercaya, tp slepas aku mencari n siasat, ye betul..dia xtipu. dia kata dia terpaksa berkahwin sebab permintaan ayahnya. aku mtk kami buat keputusan utk redha n terima saje semua ni..sbb dah xblh undur.perkahwinan itu perkara yg besar.

dia bersungguh menyatakan dia xbhgia n akn bpisah dgn isterinya bukan kerana aku. tapi kerana dia sndiri xredha n xikhlas dgn pkhwinan tu. utk ape dia truskan klau dia lgsg xde perasaan n xbhgia. dlm masa yg sama, dia memujuk ak supaya jgn tgglkn dia n bjnji akn ttp bkahwin dgn aku.

dia xtggal bersama isterinya sebab setiap malam dia akn call aku n menyatakan kesungguhan bhw dia xpnh main2 dgn aku. aku buntu sebenarnya..apa patut aku buat. apa keputusan yang patut aku buat. perlu ke aku tunggu? jgn tanya samada aku masih syg dia @ x. 6 tahun lbih ak bsame dia, mustahil utk aku kata ak blh lupakan dia dgn begitu saje..

aku keliru, aku buntu sebenarnya. apa pilihan yang terbaik aku patut buat. bukan aku tidak cuba utk melupakan dia, tapi ia tidak semudah yang diungkapkan. aku xtahu samada ini ujian untuk hubungan aku dan dia atau dia sememangnya bukan terbaik untukku.

bantu aku kawan2..

– aku yang keliru

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *