Assalamualaikum readers dan admin iiumc. Sekiranya confession ni tersiar, aku dahulukan dengan ucapan terima kasih buat admin.
Aku baru je terbaca sebuah kisah di KRT yang buat aku rasa nak tulis isi hati aku sebab aku nak tahu pendapat netizen, tak kisah lah bernas ke bawang ke. Kalau nak buka topik ni dengan orang lain secara direct memang tak lah sebab ia aib. Ceritanya berkenaan terlanjur.
Kisah yang di KRT tu pasal seorang perempuan yang pernah terlanjur masa muda2 dulu tapi temui kebahagiaan dengan orang lain dan menikah. 4 tahun bercinta lepas tu kahwin. Rasanya semua pernah dengar kan pendapat yang mengatakan aib macam tu baik tutup, tak payah kongsi dengan bakal suami. So perempuan ni pilih jalan tu. Lepas tu suatu hari yang tak dijangka lelaki tu sembang2 dengan kawan2 dia pasal topik terlanjur ni dan dengan gahnya cakap “Aku kalau dapat isteri perempuan dah kena tebuk ni tak fikir 2 kali dah, terus cerai je. Cerai talak 3. Cash. Sayang tak sayang lain cerita” Dia balik dan ceritakan pada isteri dia. Isteri dia menjauh dari dia sebab terasa hati dan sebab risau telah jatuh talak tu. Lepas sekian waktu baru dia terus terang pasal status dia yang dah terlanjur dulu2 dan minta si suami pergi pejabat agama untuk tahu status talak tu. Keputusannya telah sah jatuh talak 3. Menangis lah suami dan kemudiannya tak berhentilah kejar bekas isteri tu. Isteri juga amat sedih kena berpisah tapi nak buat apa lagi dah, nasi dah jadi bubur.
Sejujurnya… aku juga seorang yang pernah terlanjur. Lelaki yang terlibat tu tak nak bertanggungjawab dan akhirnya menikah dengan orang lain. Bagai nak gila aku waktu tu. Tapi Allah takdirkan ada seorang lelaki jatuh cinta kat aku selepas tu. Aku keberatan sangat waktu tu sebab aku rasa diri aku kotor. Lelaki ni baik, tahap wara’. Detail macam mana dia boleh suka aku tu tak payah la cerita meleret and hilang point nanti.
So, straight to the point, dengan peribadi dia yang baik of course aku suka dia jugak tapi aku resah gelisah sebab status aku. Aku menangis fikir betapa tak layaknya dia dapat orang macam aku. Rasa nak pecah dada simpan rahsia ni. Akhirnya aku pilih untuk terus terang. Dia tenang je, dia tanya ada orang lain tahu tak, dan terus dia cakap, “Saya jatuh cinta dengan awak sekarang, perkara yang lepas dah tak ada kena mengena dengan yang sekarang. Saya cuma nak minta jangan bring up hal ini dah okay? Kita simpan jauh2.” (Aku rasa nanti mesti ada yang akan kata entah2 dia ni pun pernah terlanjur sebab tu boleh terima, haha. Serius talk kalau kenal dia ni takkan siapa boleh brain dia buat maksiat.)
Aku sangat beruntung dia boleh terima. Dan kami pun dah selamat kahwin, seteruk mana kami pernah bergaduh pun tak pernah walau sikit atau sekali pun dia ungkit silam aku.
Jadi, berbalik pada tajuk, perkara macam ni macam mana kita nak timbang tara baik diberitahu atau tidak? Aku amat bersyukur Allah bagi kekuatan nak bagitahu bakal suami waktu tu, dan natijahnya aku rasa aman. Takde langsung dah apa2 rahsia dari suami. Aku boleh jadi diri sendiri dengan dia dan tak takut kena judge. Dalam kes perempuan tadi, decision dia backfired. Aku tahu pasal taqdir, tak ada jodoh apa semua tu, tapi dalam hal ni persoalannya, patutkah seorang perempuan jujur tentang status terlanjur tu untuk elak kejadian macam di atas?
Allah maha baik bagi aku rezeki suami baik dan dapat berterus terang dengan dia. Tapi tak semua orang nasib sama. Jadi, aku cuma nak tahu pendapat korang apa implikasi bila perkara tu dirahsiakan dan adakah berahsia lebih baik atau jujur?
– Bunga Tanjung
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit