20 Slang Yang Terkenal di Malaysia

“Oi macha! Jom! Pi yum cha mou? Don’t say I bo jio!”

Sekiranya anda seorang pelancong yang pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia, adakah anda akan memahami bahasa di Malaysia yang digunakan seperti contoh tersebut ? Bahasa slanga di Malaysia terdapat banyak jenis kerana seperti yang anda tahu, Malaysia mempunyai keunikan dari segi kepelbagaian kaum seperti Melayu, Cina dan India. Bahasa Slanga atau bahasa pasar yang digunakan oleh rakyat Malaysia secara tidak langsung memupuk perpaduan dan memudahkan proses berkomunikasi di antara satu sama lain.

Sebagai rakyat Malaysia, kami mengakui bahawa kami kreatif apabila ingin menyatakan apa yang kami rasa dan apa yang kami mahukan !. Kami cenderung untuk mencipta slanga ataupun bahasa-bahasa di Malaysia untuk merapatkan lagi jurang antara kaum sekali gus menolak isu perkauman demi mengekalkan keamanan yang menjadi daya tarikan pelancong dari negara lain. Sebenarnya terlalu banyak contoh bahasa slanga yang kerap digunakan tetapi untuk perkongsian kali ini kami menyediakan 30 bahasa di malaysia yang diklasifikasikan sebagai bahasa slanga.

Jadi apakah contoh bahasa slanga atau bahasa pasar di Malaysia yang sering digunakan ? Mari ikuti perkongsian dari kami !

1. Bo Jio
Perkataan pertama dalam senarai kami adalah “Bo Jio” dari bahasa Mandarin yang agak popular digunakan. Ia digunakan untuk menyatakan “kenapa kamu tidak menjemput saya ?!”. Anda boleh gunakan bahasa slanga ini, “Bo Jio” sekiranya anda mendapati anda tidak dijemput ke mana-mana acara yang dihadiri oleh kenalan anda.

2. Walao / Walao Eh
Perkataan ini sering digunakan sekiranya anda tidak suka, terkejut atau marah. Walao boleh disamakan dengan “Kenapa macam ini ?!” ataupun dalam bahasa Inggeris “what the heck?”. Kami boleh beri jaminan bahawa anda akan sering dengar perkataan ini sekiranya anda bercakap dengan rakyat Malaysia.

3. Macha
Seterusnya adalah perkataan kegemaran semua rakyat Malaysia. “Macha” membawa maksud “Abang” dari bahasa Tamil dan bukannya bermaksud “Matcha” teh hijau dari Jepun tersebut. Anda akan kerap mendengar “macha” sekiranya anda berkunjung ke restoran mamak. Contoh ayat yang boleh anda gunakan adalah “Macha ! roti canai satu, Teh Tarik kurang manis satu !”.

4. Potong stim
Bayangkan anda sedang menonton filem secara “online” di rumah, tiba-tiba kelajuan internet di rumah anda turun dari 30 mbps ke 1 mbps, dan kebetulan ia menganggu di bahagian yang anda tunggu-tunggukan dalam filem tersebut, itulah yang dipanggil “potong stim” ! Ia memberi makna yang sama dengan perkataan Inggeris “killjoy”.

5. Dei
Sekiranya “macha” anda jatuh ke dalam longkang ataupun jatuh dari basikal, anda mengatakan “Dei” sebelum membantunya (atau ketawa, merakam aksi tersebut dan menyiarkan ke Youtube). “Dei” adalah bahasa di Malaysia yang sesuai digunakan apabila anda melihat kenalan anda melakukan sesuatu yang bodoh atau cuai.

6. Mat Salleh
“Mat Salleh” bukanlah nama seseorang, tetapi ia merupakan sesuatu bahasa pasar di Malaysia yang merujuk kepada orang asing berkulit putih dan lazimnya ditujukan khas kepada pelancong dari Eropah mahupun Amerika.

7. Paiseh
Bahasa slanga ini dipinjam dari bahasa Hokkien dan sangat sesuai digunakan sekiranya anda berada di dalam situasi memalukan seperti rakan anda terlupa untuk menutup zip seluarnya.

8. Best
Sama seperti versi Inggeris, tetapi dengan lebih banyak emosi kerana sememangnya rakyat Malaysia terkenal dengan emosi yang berlebihan. Contoh ayat yang boleh menggunakan perkataan “best” adalah “kedai ini sangat best ! semua makanan sedap”.

9. Boss
Di Malaysia, sesiapa sahaja boleh menjadi bos – pemandu teksi anda, pelayan anda dan sebagainya, walaupun mereka secara teknikalnya bukan majikan anda! Ini adalah bahasa di Malaysia yang boleh anda gunakan jika anda ingin mewujudkan suasana mesra antara anda dan mereka!

10. Cincai
Perkataan ini digunakan sekiranya anda tidak pasti untuk membuat sesuatu keputusan. Ia boleh disamakan dengan “Apa-apa saja lah”

11. Tapau
Berasal dari dialek Cina yang digunakan meluas oleh semua kaum di Malaysia. Tapau membawa maksud untuk membungkus makanan dari mana-mana restoran atau gerai.

12. Ah, Leh, Lo, Lah, Wor
Ungkapan-ungkapan Malaysia adalah benar-benar unik, dan ini semua penambahan kata-kata yang digunakan untuk mempercepat perbualan dengan makna yang berbeza!

13. Atas
Jangan bingung jika rakan anda melawat rumah anda dan seperti: “Wow, tempat anda sangat atas oh!”. Ambil itu sebagai pujian, kerana “atas” bermaksud “kelas tinggi” di Malaysia

14. Jom
Ini bermakna “mari kita pergi”! Anda boleh menggunakannya apabila anda mahu menjemput seseorang secara meriah!

15. Belanja
Belanja bermaksud apabila seseorang membayarkan bagi pihak anda apa yang telah dibeli. Sebagai contoh, rakan pejabat anda “belanja” makan tengah hari.

16. Syok
“Syoknya dapat makan kek setelah sebulan diet!” beginilah cara untuk menggunakan perkataan “syok”. Ia menunjukkan rasa puas hati terhadap sesuatu.

17. Gostan
“Kedai makan yang sedap tu dekat belakang, dah terlepas. “gostan” balik”. Contoh ayat tersebut sudah boleh membuatkan anda faham bahawa “gostan” bermaksud undur.

18. GG / Mampoi.
Apabila anda telah melakukan sesuatu dan akhirnya hasilnya tiada atau tidak seperti yang anda mahukan, anda boleh menggunakan “GG” atau “mampoi”.
Contoh: “Saya tidak belajar untuk peperiksaan kali ini, GG liao ah!”

19. Pokai
“Banyaknya jualan murah, tapi aku tengah “pokai” sekarang ni”. Untuk mudah difahami, “pokai” bermakna anda tiada duit untuk berbelanja.

20. Tudio / Fuyoh
Adakah anda pernah klik pada reaksi “tudio / fuyoh” di Facebook? Ya, kita bercakap tentang emoji “wow”! Ini digunakan untuk menyampaikan rasa kagum dan kejutan.

Walaupun kata-kata slanga di Malaysia mungkin kelihatan aneh bagi orang asing tetapi ia benar-benar unik dan kami berharap anda seronok dan mendapat sedikit pengetahuan selepas membaca senarai ini! Tentu la, kalau nak meningkatkan bahasa Inggeris atau Bahasa Cina yang lebih formal, membaca merupakkan cara yang amat berguna!

 

– Naomi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *