Assalam dan Hai admin. Nama aku Far umur 26. Aku nak cerita pasal perkahwinan aku yang diaturkan oleh family aku. Aku pun tak tahu macam mana nak mula. Perkahwinan aku ni, bukan parents yang tentukan. Tapi nenek aku. Ok bermulalah kisah.
Aku ni memang cucu kesayangan nenek aku, sebab aku ni jenis yang dengar cakap sikit. Apa-apa yang nenek aku suruh, aku jarang melawan. Aku ikut je apa kata dia. Termasuklah bab perkahwinan aku ni.
Kisahnya bermula bila sepupu aku yang umur 22 tu kahwin dulu daripada aku. Memang family belah ibu aku ni, ramai yang kahwin awal. Jadinya, bila aku yang berumur 25 ni tak kahwin lagi, nenek aku anggap aku ni bujang tak laku. Aku ni jenis malas nak fikir pasal kahwin, sebab aku nak tumpukan pada ekonomi aku dulu. Aku nak kukuhkan ekonomi aku dulu baru laa aku fikir pasal kahwin. Tapi alhamdulillah, umur 25 tu memang aku dah ada semuanya. Rumah, kereta, simpanan kahwin and simpanan peribadi.
Aku cakap “Nek, biar laa Far tua pun. Lelaki kahwin umur 30 still ok lagi. Far baru 25 nek, muda lagi nek.” Tapi nenek aku tetap berkeras “takde Far, tunggu kamu ni, sampai kiamat pun kamu tak kahwin.” Aku diam je laa malas nak ambik port sangat. Lepas sebulan, nenek aku diam je. Aku ingatkan nenek aku tak jadi nak jodoh kan aku. Rupanya dalam diam nenek aku rancang.
Seminggu lepas tu, nenek aku tunjukkan gambar passport pempuan tu. Nama dia Aina, Aina ni anak buah angkat nenek aku. Kiranya, dia ni anak kakak nenek aku laa. Pempuan tu boleh tahan cun laa, selalu gambar passport laa paling buruk sekali. Tapi dia memang cantik, muka dia lembut.
Aina ni umur 24, yatim piatu takde adik-beradik Neklong aku ambik dia dari makcik dia masa umur dia 10 tahun. Dia ni cantik, pandai buat kerja rumah, aku pernah jumpa dia sekali sahaja. Dia pernah tunang, tapi tak de jodoh. Okey, dah tahu pasal aina kan.
Nenek aku tanya, “setuju tak ? Kalau setuju, nenek teruskan. Budak ni memang bagus, sebab rajin pandai buat kerja rumah, pandai masak.” Aku cakap “suka hati lah nek, Far ikut je. Tanya laa ibu ayah. Kalau ibu ayah setuju, Far pun setuju.”
Long story short, aku pun berkahwin dengan dia. Well, dia memang ok. Tapi a bit awkward sebab aku tak pernah jumpa dia, betul2 masa kahwin tu laa aku jumpa dia. Masa tempah baju kawin pun pergi lain lain masa. sebab aku busy. Memang lembut cara dia cakap, cara dia layan parents aku. Aku memang bersyukur laa sebab dipertemukan dengan perempuan macam dia.
Tapi masa malam tu, lepas masuk je bilik. Dia terus diam, sepatah pun dia tak cakap. Tapi aku takde laa fikir apa-apa, maybe just dia letih or malu dengan aku. Lepas seminggu, aku pindah ke rumah yang aku beli tu. Lepas pindah rumah aku ni, dia sikit-sikit berubah.
Dia tidur bilik lain, aku jadi macam terdiam. Sebab dekat rumah ibu aku, dia layan elok je bergurau bagai. Dekat rumah aku ni, dia boleh tidur bilik lain ? Dia tak masak, dia tak kemas. And aku ajak dia berbincang. Kau tahu dia cakap apa ? “Ni bukan pilihan aku, kau yang nak kawin dengan aku. Buat apa aku nak buat benda semua ni ?”. Serious memang aku terkejut.
Aku tanya dia, “dah tahu taknak kawin, kenapa setuju ?” Dia balas “kau ingat aku ada pilihan ke ?”. Hari-hari kitorang bergaduh, sampai 1 masa. Aku hampir nak lafaz cerai. Tapi aku tahan, walaupun aku marah. Aku tak pernah bahasakan ‘kau aku’ dengan dia. Aku tetap panggil Syg. Aku memang tak cerita benda ni kat family aku, termasuk nenek. Aku taknak nenek rasa serba salah.
Sepanjang perkahwinan aku, Aina tak pernah bagi aku sentuh dia. Ini aku tak kisah sangat, mungkin dia malu or masih tidak bersedia. Tapi dia memang tak nak aku sentuh dia, even kalau aku nak pegang tangan pun dia tak bagi.
Hari-hari aku berdoa, supaya dibukakan hati dia untuk aku laa. Sedangkan aku boleh terima dia, aku boleh kongsi semuanya dengan dia, tapi kenapa dia tak boleh ? Aku layan dia dengan baik, aku hormat dia sebagai isteri and sebagai perempuan. Tapi dia langsung tak hormat aku sebagai suami apatah lagi sebagai lelaki.
1 haritu tu, aku terambik dia punya biskut. Dia punya hangin. Bergema rumah tu dengan suara dia. Masa tu memang aku hilang sabar, dia pun meroyan macam orang gila. Aku ni bukan jenis pemarah, tapi malam tu Aku tengking dia “Sampai bila nak macam ni ?! Bagitahu sy!” Dia terus diam.
Malam tu, dia takde kat rumah. Aku tak tahu dia pergi mana. Aku tanya ibu, aku tanya nenek, tanya mak angkat dia pun diorang semua tak tahu. Malam tu, aku ingat lagi pukul 11.45 malam. Dia hantar WhatsApp dekat aku, dia tulis “Lepaskan aku.” Tapi aku saja tak balas.
Esoknya, dia still tak balik. Aku balas WhatsApp dia yang malam tadi punya. “Sy bagi awak masa 2 bulan untuk fikir benda ni, kita baru je kahwin, tak sampai setahun lagi. Ingat apa pesan nenek, apa pesan ibu. Kalau awak rasa awak boleh perbaiki, kita sama sama perbaiki hubungan ni.”
Sepanjang hari aku rasa tak tentu arah, aku memang sayang dia. Siapa tak sayang bini kan ? Dan, genap sebulan dia tak balik, dia bagi whatsapp “aku dah fikir betul-betul, ceraikan aku.” Masa ni memang aku betul betul lost. Selama sebulan aku tunggu jawapan dia, aku mengharapkan dia akan kekal dengan aku. Tapi dah ini yang dia nak, aku akan tunaikan.
Bulan 8 tahun lepas, aku lafazkan cerai di pejabat agama. Mungkin tak ada jodoh aku dengan dia, aku halalkan makan minum dia. Mungkin dia ada calon yang lebih baik dari aku, tak apa lah.
Oh ya, nenek dan family aku hanya tahu kisah aku ni bila seminggu sebelum aku lafaz cerai. Diorang agak terkejut, sebab aku tetiba je nak cerai. And diorang marah aku, sebab tak cuba untuk selamatkan perkahwinan aku. Aku pun cakap kat diorang yang aku salah. Aku memang menyalahkan diri aku sepenuhnya, kenapa aku tak salahkan dia ? Sebab bagi aku dia perempuan yang baik, tapi mungkin atas paksaan family angkat dia, yang buatkan dia stress untuk kahwin dengan aku.
Alhamdulillah, aku tenang. Mungkin ini bahagian aku, insyaAllah ada pengganti Aina. Ada yang lebih baik dari dia mungkin. Moga dia pun jumpa yang lebih baik dari aku dan yang boleh bahagiakan dia.
Itu jelah cerita aku, yang mana rasa cerita ni macam tak logik, terpulang. Ini memang pengalaman aku, kalau ada pengajaran, korang ambil lah jadikan teladan. Yang buruk tu korang jadikan sempadan.
Terima Kasih Admin, Assalamualaikum.
– Far Away From You
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit