Assalamualaikum admin & warga iiumc sekalian.. harini aku nk confess tentang kisah rumah tangga aku, tapi maafkan saya sebab saya confess di sini.. saya nak pandangan yang dari orang yang berilmu sebab tu saya confess di sini..
Sedikit perkenalan, aku berusia 26 tahun & merupakan seorang anak tunggal perempuan dari 6 adik beradik.. Mak & ayah saya seorang yang bekerjaya hebat.. Mak seorang Pegawai kerajaan, dan ayah seorang Accountants.. pada tahun 2014 saya telah menyatakan pada mak & ayah saya yang saya telah berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama ilman.. saya berkenalan dengan ilman ketika masih belajar di university..
Dipendekkan cerita, kami pun bertunang pada tahun yang sama iaitu pada tahun 2014.. kami bertunang selama setahun, tahun 2015 kami berkahwin.. alhamdulillah semua berjalan lancar.. orang kata kalau pada awal kawin semua manis, tapi tak pada aku.. aku selalu bergaduh dengan suamiku pada awal perkahwinan.. aku tak pernah tahu rupanya suamiku seorang yang panas baran, pandai dia sembunyi kan ketika sedang bercinta & bertunang dahulu.. aku bunting pelamin, alhamdulillah Allah beri rezeki anak.. tapi yang menyedihkan, aku jadi punching bag suamiku ketika aku mengandung sulung.. aku memang diam bila kena marah, aku sabar je.. tapi bila satu tahap tu aku dah tak tahan, aku terkurang ajar dengan dia.. start dari tu dia pukul aku dalam 3-4 kali masa mengandung.. pukulan dia bukan dari sepak terajang tapi dia lempang aku sekuat hati.. rasa macam pecah bibir masa tu, memang aku menangis tak henti & kadang2 lari rumah.. bila dia pujuk, aku pun balik rumah semula.. bilamana aku stress masa mengandung si sulung, anak aku cacat.. tapi aku redha bila Allah kasi ujian begitu..
Belum reda tangisan aku sebab anak aku cacat, masa berpantang suami aku cari pasal dengan aku lagi, tapi aku ingat2 lupa pasal apa dia marah sangat.. aku berpantang kat rumah mak ayah aku, bila takde orang kat rumah sebab keluar bekerja dia start cari pasal & tak puas hati.. aku mengantuk masa tu, aku pun terlelap sekejap sebab malam tu tak boleh tido sebab si anak taknak tido.. aku tak perasan anak menangis, si suami datang & baling bakul (yg isi barang2 baby macam bedak, cologne, lotion & macam2) ke arah muka aku.. terkejut aku masa tu, memang sakit ya rabbi.. sampai bercalar muka aku (yg bila luka kering tu, muncul luka keras2 warna hitam/coklat tu)
Bila mak ayah aku balik kerja, dorang tanya kenapa dengan muka aku? Aku cakap terjatuh.. laki aku ada masa tu, dia diam je..
pastu benda tu habis camtu je bila dia pujuk aku..
Kemudian, aku habis pantang & alhamdulillah aku sihat.. dalam 4 bulan lepas tu aku tak period, bila cek pregnancy test, aku mengandung.. aku redha je, sbb salah aku dengar je cakap suami.. suami aku tak bagi ambil perancang.. aku pun follow last2 lekat eventhough dah pakai barrier (paham2 sendiri)..
Suami aku mmg suka anak ramai, dia mmg gembira.. tapi dalam hati aku ada perasan tak suka mengandung anak dia.. sbb aku selalu teringat dia pukul aku masa mengandung sulung dulu, aku takut berulang lagi..
Berkat doa setiap kali lepas solat, alhamdulillah dia tak pukul aku masa mengandung anak kedua ni.. mungkin juga sebab aku selalu hantar ayat2 lelaki dayus suka pukul perempuan kat whatsapp dia.. so dia jadi behave baran dia bila aku nasihat kat whatsapp.. walaupun dia just seen, tapi aku tahu dia baca.. alhamdulillah..
Sekarang ni anak kedua aku umur 10 bulan, tetiba tadi aku kena pukul lagi sebab aku bergaduh mulut dengan suami aku.. aku surirumah tapi aku, suami & adik beradik suami ada buat bisnes bersama, tapi yg buat keje aku sorang mestilah aku hangin, so aku cakap la kenapa dia & adik beradik dia tak tolong? Tapi duit nak.. dia jadi marah sebab aku TERcakap ‘bodoh’ pada Adik beradik dia..(tapi kami bergaduh berdua dalam rumah).. dia marah sangat sebab aku cakap camtu.. so tadi petang aku kena pukul kat badan, & kena cekik dengan dia.. dah la masa tu aku tengah sediakan barang2 bisnes.. habis jatuh barang2 sebab kena pukul kat badan, huhu.. lepas dia cekik aku sepuas hati, dia keluar rumah.. aku tak tahu dia pergi mana, sbb aku menangis tak henti sambil buat bisnes tu sorang2..
Yang jadi punca bergaduh ni sebab masa aku balik rumah parents aku, aku tolong abang aku buat bisnes dia.. suami aku macam tak suka, dia asyik ajak balik je.. sedangkan malam tu aku dah cakap yang aku nk tolong abang aku bisnes esok & dia kata ok… tapi lain pulak yang jadi, dia paksa aku balik.. dia siap cakap ‘bisnes sendiri buat sendiri la, takyah nk menyusahkan orang lain!’.. aku diamm je, sbb aku malas nk bergaduh kat rumah parents aku.. so bila adik beradik dia tak tolong aku, aku tak puas hati la.. cakap kat aku suruh bisnes buat sendiri tak payah harap orang lain tolong, tapi adik2 dia taknak tolong walaupun tu bisnes sama2.. pastu melenting bila aku cakap camtu pada adik dia.. dia cakap pada abang aku macam tu tak apa pulak .. hmm
Sampai sekarang aku & suami aku tak bertegur sapa, masing2 buat hal sendiri.. aku bertahan sebab anak2 aku yg masih kecil.. aku takde tempat mengadu.. gila nk mengadu kat parents & parents in law.. memang takkan aku cerita.. kat sini je tempat aku luah perasaan sedih aku.. setiap kali lepas solat aku menangis, aku mengadu kat Allah moga suamiku tak pukul aku lagi.. ye memang aku pun salah sebab mulut tak reti nak jaga… itu yg suami aku sampai pukul aku.. nak bercerai sangat2 la takut & malu dengan pandangan orang.. aku tak kuat lagi nk minta cerai..doakan aku kuat tempuh dugaan ini ya sahabat-sahabat.. itu sahaja untuk kisah ini.. tq sebab sudi baca..
– Si semut
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit