Aku Mahu Career Growth

Salam Admin IIUM Confessions. Entry ni aku send gune akaun fb yg satu lagi. Minta tolong sangat2 confession ni dapat disiarkan. Hari ni aku bangun pagi, first thing yang ada kat kepala adalah nak hantar kat sini. Sebelum ni aku silent reader je kat sini. Tentang apa? Tentang keje aku sekarang. Tentang situasi aku sekarang. Aku nak minta pendapat kat semua yang ada kat sini. Untuk abang2 dan akak2 HR, otai2 kat bidang manufacturing, atau sesiapa saje yang boleh bagi guide kat aku.

Ok, sekarang aku 29 tahun. Grad degree tahun 2012. Aku amik Civil Engineering. Lepas grad aku kerja memang dalam bidang aku, start 2012 to 2015. Tapi still lompat2. Within that time, aku tukar kerja dalam 5 kali. Kenapa aku tukar kerja sampai 5 kali? Ye, aku nak gaji lebih . Lagi satu aku tak nak duduk site. Panas. Last position aku even sebagai exec pun, dah tak duduk site, aku masih tak dapat stay lame. Sebab aku discover yang rupenye aku ni tak suke drive jauh2. Site meeting almost every day. Tempat projek sume jauh2. Then, aku resign. Aku admit, aku yang salah time tu. Tak dapat adjust diri dengan kerja. Boleh kata tak bersyukur pun ade. Ok, memang aku salah time tu.

Mid 2015 tu, aku tanam anggur dalam 3 bulan. Aku decide nak buat career change. Fikir punya fikir, aku rasa aku nak try bidang manufacturing. Kenapa manufacturing? Sebab mindset aku time tu keje kilang ni environment die tak payah nak keluar sangat. Keje pun kat dalam kilang je. So aku tekad nak mula dari bawah. Aku gune result SPM je. Sebab banyak apply sebelum tu mention ade degree sume tak dapat. First position aku dalam manufacturing sebagai operator pengeluaran. Kilang tu family business. Order gempak jugak dalam dan luar negara.

Operator kat kilang tempat aku keje tu mostly foreigner. Local boleh kire dengan jari. Nak dijadikan cerita, aku keje operator dalam 3 minggu je. Sebab kebetulan time tu ada vacancy untuk production clerk. Management tanya ok tak kalau tukar jadi clerk? Time tu harapan aku bersinar kembali. Aku fikir kalau aku keje sungguh2, buat bagus2, mesti slowly boleh naik. Maksudnya aku aim nak sampai level exec. Oye, time tu baru aku declare ade degree. Hostel pun disediakan. Aku fokus jadi production clerk dari end 2015 sampai sekarang lebih kurang 2 tahun lebih.

So, apa yang aku nak sampaikan sebenarnya? Sebenarnya aku nak luahkan yang aku nak CAREER GROWTH. Aku tak pernah MC sepanjang keje kat situ. Cuti pun tak ambik sangat. Attitude dan keje memang aku jage. Bonus dan kenaikan ada tapi tu lah setaraf untuk clerk je. Aku report direct to production manager. Aku sedar job scope aku dah macam production executive (kat kilang tu takde production executive). Tambah production clerk lagi. Tambah supervise operator lagi. Aku yakin aku overload. Melalui observation aku, takde tanda2 career development plan oleh company. Kat company tu pun orang jenis keluar masuk even untuk position executive.

So sekarang aku memang nak resign. Aku nak minta pendapat kat sume, patut tak kat dalam resume aku letak history aku dalam bidang civil dulu? Takut lebih dua muka surat pulak. Kalau tak letak, nanti kata tak transparent pulak. Sebab sekarang ni aku ada try hantar resume mention sume start first aku keje sampai sekarang. Tapi still belum ade pape. Semua pandangan, nasihat dan apa2 saja sangat2 dialu-alukan. Terima kasih.

– Ms Robot

– Ms Robot

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *